
Nasi tiruan? Tengok gambar nampak macam nasi kan? Bagi mereka mengalami penyakit manis atau sesiapa yang ingin menurunkan berat badan, nasi tiruan ni adalah sajian paling sesuai untuk menggantikan nasi dalam hidangan Melayu.
Bahan-bahannya:
Separuh bunga kobis sederhana besar (lebih kurang 250gm)
kelapa parut (setengah biji )
Air mendidih
1 sudu teh mentega (jangan digantikan dengan majerin kerana tujuan utama disini adalah menggunakan lemak asli)
secubit garam
lada putih
Caranya
Sebaiknya gunakan bunga kobis yang benar-benar segar kerana lebih segar lebih mudah disagat. Dengan menggunakan sagat yang kasar, parut bunga kobis kesemuanya termasuk bahagian batang di tengahnya. Masukkan kesemua bunga kobi dalam periuk dan curahkan air mendidih agak-agak separas dengan bunga kobis. Tutup dan rebus dengan api kuat selama lima minit. Saring dalam tapisan, pastikan air rebusan benar-benar tuntas. Masukkan semula bunga kobis ke dalam periuk tadi. Panaskan. Masukkan mentega. Campurkan kelapa parut, garam dan lada putih. Gaul sebati.
Hidangkan panas-panas bersama lauk-pauk Melayu.

Pingback: Grilled aubergine in sambal « Mak Long’s Kitchen
Pingback: Petua Pemakanan Untuk Kencing Manis – Bhg 3 « Mak Long’s Kitchen
terima kasih banyak2 atas info yang diberi. info tersebut amat berguna untuk isteri saya (dan juga saya) yang tengah menghidap diabetes ketika mengandung. di harap pada masa hadapan, mak long akan sajikan kami tentang amalan permakanan untuk pesakit kencing manis.
Salam kenal zulhelmi,
Terima kasih kerana sudi singgah. Maklong harap isteri Zulhelmi jaga pemakanan baik-baik semasa mengandung. Maklong tak fikir penyakit diabetes boleh diwarisi antara ibu dan anak bagaimana pun sekiranya cara pemakanan tak diubah dari awal peluang untuk anak mendapat diabetes dan mengalami kecanduan gula pada umur muda adalah tinggi. Elakkan gula dan minum air banyak-banyak. Maklong doakan Zul helmi dan isteri sihat sentiasa, kandungan isteri selamat dilahirkan dan mendapat anak yang sihat serta cukup sifat. Take care.
Salam Mak Long;
Kalau Mak Long sudi, saya nak contoh menu makanan yang sesuai untuk penghidap kencing manis ini.
Cthnya:
a) Makan pagi
-air masak
-xxxx
b) Makan tengah hari
-air masak
-xxxx
c) Makan malam
-air masak
-xxxx
Terima kasih di atas kesudian dan pertolongan Mak Long kepada saya.
T/kasih.
Cadangan Amafita ni cukup bagus sekali. Maklong akan cuba usahakan untuk mengepos artikel mengenai menu cadangan ini dalam masa yang terdekat, insya Allah.
setelah membaca artikel ini, saya dapati bahawa lemak adalah baik utk pesakit diabetes i.e. butter, minyak sapi dan susu (tetapi mempunyai rasa dan bau yang hamis). bagaimana pula sekiranya ada setengah orang tidak boleh mengambil lemak diatas. jadi apakah jenis lemak yang sesuai diganti terutama utk sandwich? keluarga kami hanya sukakan marjerin dan susu pekat. tolong mak long bagi cadangan. saya juga ingin dapatkan resipi utk pesakit diabetes seperti cadangan amafita yang mak long telah cuba, terima kasih.
salam mak long…terima kasih atas petua2 mak long..saya berumur 19thn dan kerap rasa dahaga+idam makanan manis2 sejak 2 minggu lepas.saya syak saya menghidap diabetes..saya memang ada ‘sweet tooth’ jadi sekarang saya rasa sangat takut..
.bolehkah diabetes dirawat secara tradisional??herba ke..
Salam Hanani
Hanani masih muda lagi. Kalau rasa syak ada diabetes elok lah pergi jumpa doktor. Disebabkan usia Hanani yang muda, Maklong jangka doktor mungkin akan sarankan diet. Jadi elok kalau Hanani mula dengan petua Maklong. Memang ramai pesakit diabetes yang suka manis, Mak Long panggil ini kecanduan gula. Mak Long anjurkan supaya Hanani berhenti makan makanan manis. Gantikan gula dengan splenda atau stevia. harap ini membantu
Assalamulaikum mak long.. Terima kasih atas resepi ni.. Saya adalah penghidap diabetes tahap dua yang kini berusia awal 20an.. setelah hampir lima tahun menghidapi masalah ini, sya telah mencuba banyak cara untuk menurunkan paras gula saya.. kadang2 memang kecewa sangat melihat ibu dan ayah yang risaukan keadaan saya.. terima kasih pada mak long di atas resepi ini..
Salam Syikin, Terima kasih sudi singgah.. Mak Long gembira kalau resepi yang membantu untuk Syikin. mak Long harap keadaan Syikin akan bertambah baik.
Macamana kalau pesakit diabetes tu ada kolesterol tinggi atau masalah jantung? sesuai ke kelapa parut tu di dlm nasi tiruan?
Salam Miyati,
Kelapa parut tu boleh saja walaupunada kolesterol tinggi atau masalah jantung. Kalau Miyati masih bimbang sila baca link ini(http://www.second-opinions.co.uk/cardiovascular.html) yag menyediakan beberapa artikel berguna mengenai lemak yang sebenarnya lebih baik untuk kolesterol dan jantung
Asalamualaikum mak long…hari ini saya melayari internet untuk mencari maklumat punca/penyebab, kesan /akibat dan panduan pemakanan yang sesuai untuk suami saya yang baru masuk 2 tahun mengidap kencing manis. bila saya terbaca petua ini , tak salah kalau saya cuba. semoga petua mak long sesuai untuk suami yang saya.
Salam Suryani. Terima kasih sudi singgah. Mak long harap juga yang petua Mak long sesuai untuk suami Suryani
Salam…
Abah saya baru sahaja dinasihatkan mengambil suntikan insulin setiap hari di waktu malam. Sekarang juga saya perlu mengawasi segala pemakanan dia sebab abah saya memang Food Lover tambahan pula dengan perniagaan makanan yang diusahakan oleh ibu bapa sekian lama. Sekarang perlu track apa yang diambil. Yang menu wajib dalam menu diet Abah, saya wajibkan pengambilan Susu Omega + Oat 2 kali sehari.
Sekarang saya sedang giat mencari menu-menu yang sesuai buat Abah. Sebab kasihan tengok dia makan tak lalu sebab semua makanan adalah “dull” for him. Sampai saya pun kena makan sorok-sorok dekat luar. Tak sampai hati nak makan depan dia.
Harap boleh sediakan lebih banyak resepi ye Mak Long.
Terima Kasih
salam mak long
saya baru berumur 18 tahun..saya syak saya menghidap diabetes.saya kerap kali rasa dahaga dan luka saya lambat pulih.mungkin atas faktor keturunan kerana ayah saya penghidap kencing manis.saya kurang minum air manis tetapi saya sering minum air sejuk dan makan nasi dalam kadar yang banyak.saya harap mak long boleh bagi sedikit nasihat….
Salam Diana
Alahai 18 tahun masih terlalu muda untuk mengidap diabetes. Tapi kalau penyakit sudah ada dalam keluarga memang tidak mustahil. Wajar sangat kalau Diana bermula hari ini untuk bertukar cara hidup dengan cara mengamalkan petua Maklong. Bukan sahaja ia baik untuk kesihatan bahkan insya Allah ia juga boleh membantu mengurangkan berat badan dan meningkatkan tenaga. Ini bermakna bukan sahaja bukan sahaja kena kurang manis tapi kena pantang gula. Cubala Maklong doakan Diana berjaya.