Maaf lah sebab lama tertangguh untuk menyambung topik ini. Baik, sebagaimana Mak Long sebut tempoh hari, petua asasnya adalah:
BERPANTANG GULA, KURANGKAN KARBOHIDRAT DAN LEBIHKAN LEMAK
A) BERPANTANG GULA
Ini bukan sahaja terhad kepada gula tebu, gula kastor, gula melaka dan madu. Ia juga termasuk sebarang gula tersembunyi yang terdapat dalam produk makanan yang dipakejkan. Baca kandungan bahan yang disenaraikan pada label produk dan awasi sebarang bahan yang berasaskan gula seperti maltose, sucrose, fructose atau apa sahaja yang berakhir dengan -ose. Awasi juga gula yang terdapat dalam sos dan kicap. Kebanyakan kicap dan sos buatan Malaysia mengandungi kandungan gula yang tinggi. Mak Long gantikan sos tomato dengan menggunakan tomato puri/passata yang dicairkan dengan sedikit air panas. Gunakan kicap jenama Kikkoman kerana jenama ini tidak menggunakan gula.
B) KURANGKAN KARBOHIDRAT
Karbohidrat yang perlu dielakkan sama sekali adalah makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat paling tinggi seperti tepung, roti, jenis ubi seperti ubi kentang dan ubi kayu, pulut dan nasi. Malangnya makanan ini jugalah makanan ruji kita. Pernah Mak Long berbincang mengenai perkara ini dengan keluarga Mak Long, mereka berkata, “Habis kalau tak makan nasi nak makan apa?”.
Masya Allah. Tuhan itu Maha Kaya. Dunia ini dijadikanNya luas. Banyak lagi rezeki Allah yang halal atas muka bumi ini yang boleh kita jadikan makanan. Insya Allah, Mak Long akan senaraikan beberapa alternatif yang kita boleh gunakan untuk menggantikan nasi/roti. Antaranya adalah nasi tiruan yang Mak Long baru saje poskan beberapa hari lepas. Beberapa resepi yang Mak Long dah poskan pun sesuai untuk kencing manis.
Selain dari itu kebanyakan sayuran hijau dan kekacang yang kita makan juga sesuai untuk pesakit kencing manis.
C) LEBIHKAN LEMAK
OK disini Mak Long berbeza dengan pandangan konvensyenel kerana lemak yang Mak Long maksudkan adalah lemak asli yang tepu. Ini termasuklah lemak binatang, mentega (butter); minyak sapi, susu penuh krim, lemak keju dan minyak kelapa. Asasnya sebarang lemak yang tidak mengalami proses yang berlebihan adalah lemak sesuai untuk pemakanan pesakit kencing manis. Untuk memasak Mak Long banyak gunakan mentega atau minyak sapi. Oleh kerana Mak Long agak sukar mendapatkan minyak kelapa, Mak Long gunakan minyak kacang tanah untuk menggoreng minyak dalam.
Lemak yang tidak sesuai adalah lemak majerin, susu skim, minyak jagung, minyak bunga matahari dan minyak lain yang melalui proses yang rumit untuk sampai ke dapur kita.
Mak Long pasti ramai yang tidak percaya dan tidak bersetuju dengan apa Mak Long tuliskan. Pasti juga ramai doktor yang akan menyanggah petua Mak Long ini. Mak Long hampir boleh dengar pertanyaan-pertanyaan yang sedang mungkin diajukan:
Lemak tepu? what about my cholesterol? Takkanlah apa yang kita belajar selama ini salah? dan sure banyak lagi soalan.
Silalah ajukan komen, insya Allah kita boleh bincang. Sebelum tu Mak Long tinggalkan pembaca dengan bacaan-bacaan lanjut disini.
Petua Pemakanan untuk kencing manis – Bhg 1
Petua Pemakanan untuk kencing manis – Bhg 3

Pingback: Petua Pemakanan untuk kencing manis – Bhg 1 « Mak Long’s Kitchen
Salam mak Long,
Saya dari Muar Johor. Saya tertarik dgn petua yang di usulkan Mak Long bagi pesakit kencing manis, memandangkan parents saya juga penghidap penyakit tersebut. Tapi masalahnya mereka juga berkolesterol tinggi jadi bagaimana nak merealisasikan petua tersebut? Saya tidak dapat go through kepada link yang di sediakan Mak Long. Harap Mak Long boleh post kan isi kandungan dan saya harapkan reply dari Mak Long. Tq in advance.
Salam kenal Royza. Terimakasih kerana sudi singgah. Minta maaf kalau link tu tak jalan, nanti Maklong betulkan. Kalau orang tua Royza ada masalah kolesterol, Maklong sarankan baca artikel ini (http://www.second-opinions.co.uk/cholesterol_myth_1.html). Its an eye-opener. Lemak yang Maklong sebut dalam petua Maklong tu adalah lemak asli yang tidak melalui pemprosesan kimia seperti butter, minyak sapi, minyak kelapa. Produk rendah lemak yang banyak terdapat di pasaran seperti minyak sayuran, minyak jagung, pelbagai produk majerin adalah produk yang telah melalui proses kimia. (Tak percaya cuba baca senarai ingredients yang terdapat dalam produk ini next time Royza shopping di supermarket). Produk ini jugalah yang boleh memburukkan lagi tahap kolesterol (especially bad kolesterol) dalam tubuh kita and some of them juga mengandungi trans-fatty acid yang boleh menyebabkan kanser. Sebaliknya kalau kita amalkan pemakanan lemak asli, kita boleh meningkatkan tahap good cholesterol dalam badan dan good cholesterol ini penting untuk kesihatan tubuh kita.
Satu perkara yang Maklong amalkan tapi Maklong tak sebutkan adalah sayuran. Amalkan dua kali lebih banyak sayuran dari biasa terutama sayur hijau.
Maklong harap ini dapat membantu. Kalau Royza ada mushkil lagi jangan malu, insya Allah Maklong akan cuba jawab.
saya baru saja tahu yang saya mengidap kencing manis-saya sudah mula mengurangkan gula dan kabohairat dan makan nasi beras perang dan beras rebus.Saya mohon agar maklong dapat memberikan saya petua apakah makanan yang bagus untuk mengurang kadar gula yang saya ada ini. kadar gula yang ada dalam badan saya hari-hari turun naik. Buat masa ini saya belum lagi mengambil sebarang ubat untuk kencing manis, Doktor sarankan supaya saya cuba diet supaya kadar gula saya turun, kalau tak turun saya terpaksa makan ubat.Mak long tolongkan poskan saya jenis makanan yang boleh menurunkan kadar gula dalam badan saya ini.
Salam kenal Zubaidah. Terima kasih kerana sudi singgah. Eloklah kalau Zubaidah sudah mulai mengurangkan karbohidrat dalam makanan tapi sebaiknya elakkan langsung gula samada dalam masakan atau makanan. Sebagai individu yang baru didiagnosakan sebagai pengidap kencing manis yang belum lagi menggunakan sebarang dadah, seeloknya, mulai dari sekarang Zubaidah pacu sendiri kawalan kesihatan diri. Dapatkan blood glucose meter dari health shop and start to monitor your own blood sugar setiap hari. Kadar bacaan gula dalam darah yang normal adalah antara 4-7 mmol/l. Elok benarlah kalau Zubaidah amalkan petua Maklong ni insya Allah you will be able to live with diabetes tanpa sebarang ubat sepanjang hayat. Bagaimanapun, petua Maklong ni bukanlah petua yang diamalkan sekali sahaja (one-off) sebaliknya ia memerlukan komitmen yang berterusan sepanjang hayat, its a change of life style. Nanti Maklong akan cuba poskan senarai makanan yang sesuai, tapi pada asasnya macamni sajelah.. Kalau makan tengahari atau makan malam kurangkan nasi kepada satu senduk sahaja lebihkan lauk dan sayur-sayuran. Untuk sarapan pagi elakkan nasi lemak, roti canai atau kuih muih. Maklong amalkan telur rebus/telur goreng, nuget/sosej. Minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
Pingback: Petua Pemakanan Untuk Kencing Manis – Bhg 3 « Mak Long’s Kitchen
hye maklong..me again hehheh..kat part 1 pun i ada submit soalan kat mak long..cmne plak dgn besar faizah herba pony tu..mmg btl2 sesuai ke dgn pskt DM..i bg my mom mkn nasi guna beras tu..yg tu pon dia complain x sdp..huhuhu
Salam Hanna,
Terima kasih kerna sudi berkunjung ke dapur Maklong. Maklong tak pernah cuba beras ponni Faizah tapi Maklong tak dapat nak komen. Tapi kalau mak Hanna tak suka beras tu boleh cuba tukar dengan beras basmathi kerna beras jenis ni kurang kanji berbanding beras lain. Rendam beras lebih 20 minit dan seblum memasaknya. Kurangkan portion nasi (tidak lebih dari 2 sudu besar) dan imbangkan dengan lebih lauk pauk dan sayuran supaya dia tak terasa lapar. Maklong akan cuba kongsikan lebih resipi yang sesuai untuk diabetes tapi untuk sementara Hanna boleh saja masak lauk-pauk dan sayuran Melayu biasa cuma Hanna perlu elakkan gula dan gunakan ingredient yang Maklong senaraikan dalam petua Maklong.
Maklong bangga kerana Hanna mengambil berat akan kesihatan ibu Hanna. Maklong ucapkan maju jaya.
akum maklong, saya dh baca petua petua maklong dr bhg 1 – 3, sy masih tak faham apa yang di kt lemak tepu dan tak tepu.pastu kmapa bo makan je lemal2 sedangkan doct bilang elakkan lemak2.ikutkan petua maklong macam sedap de makanan tu semua.mcam tak berpantang sanagat.harap mak long boleh jelaskan secara detil pat bahagia 2 dan 3
Salam mak long…saya banyak mencari bahan mengenai kencing kerana saya pengidap kencing manis peringkat awal. Pelbagai produk yang saya cuba tapi kesannya tak nampak pun.. hari ini saya dipertmukan jodoh dgn website mak long ni.. Boleh pengidap diabetes minum susu tpung seperti omega-plus, anlene ke? Apabila makan banyak dikurangkan terasa lapar.. bila minum susu boleh alas perut.. saya juga suka mengudap.. apa kudapan yang sesuai untuk pesakit dm ni…tq.
salam mak long, saya baru dapat result bacaan gula saya 10.3 selepas ujian minum air gula kali ke2 utk ibu mengandung.kandungan saya berusia 30 minggu.for your info,arwah ayah saya merupakan pesakit diebetes.mak long ada x petua atau menu makanan utk kes saya ni?macamana dengan minyak zaitun utk memasak?
Salam..Mak Long Saya menghidap kencing Manis dan Darah tinggi dari tahun 2006 lagi dari usia saya umur 27 tahun lagi sehinggalah skrg umur saya 31 tahun.Saya mempunyai masalah saya telah cuba mengurangkan berat badan saya tapi hasilnya tetap sama.Saya ada masalah yang akan sentiasa lapar,walaupun dah makan 2 jam sebelum 2.