Petua Pemakanan Untuk Kencing Manis – Bhg 3

Makanan yang perlu dielakkan sama sekali:

  • Gula – semua jenis
  • semua jenis manisan dan coklat (kecuali coklat masakan yang mengandungi minima 70% coklat asli dalam kuantiti yang rendah)
  • semua jenis makanan yang mengandungi gula derivatif yang mempunyai akhiran -ose seperti glucose, sucrose, lactose, maltose dan banyak lagi.
  • Makanan berkanji seperti pulut, beras (terutama beras siam), gandum, jenis-jenis ubi seperti ubi kentang dan ubi kayu
  • Susu rendah lemak atau susu skim, dan susu pekat manis (Susu cair atau susu segar penuh krim dibolehkan dalam kuantiti yang sedikit)
  • Yoghurt rendah lemak dan yoghurt berperisa (termasuk susu berperisa)
  • Sos cili, sos tomato dan kicap (kecuali kicap jenama Kikkoman kerana jenama ini tidak mengandungi gula)
  • Semua jenis minuman dalam botol/tin, sirap dan skuasy
  • Buahan dalam tin dan jus buah-buahan (buahan dalam bentuk jus mempunyai kandungan gula lebih tinggi dari buahan segar) kecuali jus yang dicairkan – satu bahagian dicampurkan 4 bahagian air.

Makanan yang sesuai dimakan:

  • Semua jenis daging – kambing, lembu
  • jenis burung – ayam, itik, turkey, puyuh, merpati dsbnya
  • Hati, limpa, paru, buah pinggang (mengandungi khasiat vitamin dan mineral yang sesuai untuk tubuh)
  • Sosej dan nuget (bagaimanapun awasi senarai bahan dalam produk di pasaran kerana kebanyakan terdapat bahan tambahan yang perlu dielakkan seperti gula dan bijirin)
  • Semua jenis lemak binatang – tiada had seperti butter dan minyak sapi. Jangan buang lemak daging dalam masakan.
  • Ikan dan makanan laut termasuk yang dikeringkan
  • Telur – tiada had termasuk telur asin (kecuali telur “Omega-3” kerana telur jenis ini telah dihasilkan dari makanan tiruan yang mengandungi hormon tambahan)
  • Minyak kelapa, santan, kerisek, butter, minyak sapi, krim dan yoghurt penuh lemak
  • Keju kecuali cottage cheese. Pastikan anda dapatkan keju yang vegetarian kerana keju yang tidak dilabel vegetarian adalah tidak halal.
  • Herba dan rempah ratus
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan segar bergantung kandungan karbohidrat
  • Tauhu, tempeh dan produk dari soya

Sayur-sayuran yang sesuai

  • Lobak merah
  • Lobak putih
  • Leek
  • Labu air
  • Labu panjang
  • Labu kuning
  • Asparagus
  • Taugeh (termasuk taugeh kacang hitam, taugeh kacang soya, taugeh kacang hijau)
  • Kacang panjang
  • Semua jenis Kobis
  • Bunga kobis
  • Broccoli
  • kacang buncis
  • Kacang tolo
  • Tomato (segar atau dalam tin)
  • semua jenis cili
  • Lada benggala
  • Bayam
  • Kangkung
  • Kailan
  • Semua jenis Sawi
  • Semua jenis cendawan
  • Dedaun salad
  • Dedaun hijau seperti pucuk ubi, pucuk ranti, pucuk labu, pucuk manis
  • Semua jenis ulam herba
  • Bebawang (seperti bawang besar, bawang putih, bawang merah, daun bawang)
  • Kucai
  • Petula
  • Bendi
  • Timun
  • Terung
  • Kelapa termasuk kelapa parut
  • Bangkuang atau sengkuang
  • water chestnut
  • Celery
  • Brussel sprout

Buah-buahan segar yang sesuai

  • Epal
  • Mangga (tidak lebih dari satu)
  • Nanas
  • Jambu batu
  • Betik
  • Peach
  • Strawberry
  • Blueberry
  • limau bali
  • limau nipis
  • limau kasturi
  • Tembikai dan jenis-jenis melon
  • Belimbing
  • Blackberry
  • Raspberry
  • Kiwi
  • Oren
  • Limau mandarin
  • Pear dan buah lai
  • Laichi
  • Avocado
  • Durian (tidak lebih dari 2 ulas)
  • Rambutan (tidak lebih dari 2 biji)

Kekurangan idea untuk menu masakan? Dapatkan inspirasi dari senarai resepi Maklong yang mesra diabetik atau diabetic-friendly dan hidangkannya bersama nasi tiruan.

Petua Pemakanan untuk Kencing Manis – Bhg 1

Petua Pemakanan untuk Kencing Manis – Bhg 2

62 Comments

Filed under Diabetic-friendly, Tips

62 responses to “Petua Pemakanan Untuk Kencing Manis – Bhg 3

  1. Pingback: Petua Pemakanan untuk kencing manis – Bhg 1 « Mak Long’s Kitchen

  2. Pingback: Petua pemakanan untuk kencing manis – Bhg 2 « Mak Long’s Kitchen

  3. salam maklong, my FIL pon pengidap diabetic juga selalu tu mmg dia berpantang la bab2 mkn ni..ssh jugak ye bnyk yg x buleh dimakan..tak sangka lak ader nasi tiruan tu,,sedap ke? maklong penah cuba? blh suggest kt my FIl tu pon kalau sesuai dgn selera dia..hehh.sekarang ni mmg dia mkn beras yg kurang kanji.nyway thanx to u for sharing the infos yer..

    • Mak Long

      Salam cikwan, terima kasih kerana sudi singgah. Kalau tengok pada senarai bahan yang tak boleh makan memang nampak macam banyak, seolah-olah macam tak ada benda yang boleh dimakan. Tapi kalau kita fokus pada bahan yang boleh dimakan, sebenar lebih banyak perkara yang boleh dimakan. Karbohidrat dan gula merupakan punca paling utama yang menyebabkan komplikasi hipoglisemia dan hiperglisemia dikalangan pengidap diabetes. Sebaik sahaja pengidap diabetes makan gula/karbohidrat tinggi, tahap gula dalam darah akan naik mendadak dan kemudian turun ke tahap bawah minima dengan drastiknya. Perubahan drastik inilah yang bahaya. Sebab tu gula dan karbohidrat memang kena pantang terus. Masalahnye pulak, Maklong memang tahu susah untuk memulakan pantang ini sebab pengidap diabetes biasanya juga mengalami ketagihan gula/karbohidrat. Tapi kalau prihatin dan dengan sokongan penuh ahli keluarga terdekat, insya Allah boleh dikawal. Maklong mintak sangat lah agar cikwan dapat membantu FIL cikwan tu. Jangan sampai ketahap kronik sehingga menimbulkan komplikasi lain yang boleh menyebabkan bahaya yang life threatening. Nasi tiruan ni memang Maklong selalu buat. Nak kata sedap tu relatif sebab kalau dah terbiasa dengan nasi memang lidah susah nak terima. Kalau payah sangat nak tukar ke nasi tiruan cuba tukar ke beras basmathi dan pastikan serving nya kecil sahaja. Get as much support from family members and loved ones as possible.

      I wish you all the best and take care.

  4. As

    salam mak long..
    thanks 4 the tips… sgt2 berguna.. betul kata mak long bnyk lagi yg pengidap diabetic boleh makan.. kalau tidak.. rasa takut nak makan itu ini.. btw,thanks 4 sharing..appreciate it!

  5. bariey

    salam mak long… mak saya baru saja disahkan penghidap kencing manis baru2 ni. beliau juga mempunyai darah tinggi..

    soalan saya.. bagaimana cara pemakanan bagi kombinasi penyakit tersebut? boleh ke makan daging, lemak daging tu..? saya takut kencing manis dah ok, tp darah tinggi plak yg naik.. huhu… tolong saya mak long…

    • Mak Long

      salam nik bariyyah,
      terima kasih kerana sudi singgah.. Maklong pun ada penyakit darah tinggi.. dan maklong dapati petua ini juga berguna untuk darah tinggi.. Yang penting, pastikan juga yang daging diiringi dengan sayur-sayuran dan sayuran segar

  6. Salam MakLong. Slmt Berpuasa. Ucapan dan doa dari along ada di kad ucapan di rumah along.

  7. wan

    mak long,
    setahu saya senarai buahan2 yang mak long senaraikan tu byk gula fructose dan sucrose. dan susu segar juga tinggi gula lactose nya. hmm, boleh saya tahu dari mana mak long dapat senarai makanan yang dibolehkan tu?

    • Mak Long

      salam wan,
      Terimakasih kerana sudi singgah. Memang betul kata Wan tu, buah-buahan segar mengandungi gula fruktose dan susu mengandungi gula laktos. Buah-buahan segar yang maklong pilih adalah dari jenis yang mempunyai indeks glisemik yang rendah yang tidak memberi impak yang tinggi kepada kandungan gula dalam darah. Kuantiti hidangan buah-buahan untuk satu orang hendaklah tidak lebih dari dua/tiga potong untuk buah yang besar saiznya atau dua/tiga biji untuk buah yang kecil seperti strawberi/raspberi. Maklong hanya gunakan susu penuh lemak itupun hanya dalam minuman seperti teh/kopi. Bagi yang mempunyai kadar yang tidak stabil sebaiknya gantikan susu dengan krim. Bagaimana sekiranya ada kesilapan maklong dalam senarai buah tu maklong sangat alukan feedback dari Wan.
      Selamat menjalani ibadah puasa. MAaf zahir batin dari Maklong

    • Mak Long

      salam wan,
      Bila Maklong baca balik jawapan tu baru Maklong perasan yang Maklong belum menjawab soalan wan tu. Sumber senarai buah-buahan tu Maklong ambil dari sini (http://www.second-opinions.co.uk/foods.html). Harap membantu.

  8. Pingback: Mixed Fruits with yoghurt and cream « Mak Long’s Kitchen

  9. fara

    sy ade msalah… ayah sy kene strok dibhagian kepala.. tekanan darah dan kencing manis tinggi… jd saya perlukan maklumat tentang pemakanan nye…yg sy lihat yg mak long senaraikan ini… banyak mmbantu sy.. tetapi… buahan2 yg mak long senaraikan tu sprti tidak sesuai… dan Semua jenis daging – kambing, lembu… itu bukan ke boleh meningkatkan kan aras… erm boleh x beri pandangan….

  10. aisy

    assalamualaikum,

    mak long…mak long ada tak resepi yang sesuai utk pesakit yg ader kencing manis dan darah tinggi?

  11. eya

    assalamualaikum mak long,mama eya da lama kne kencing manis ni.baru2 ni buat medical check up,doctor ckp da teruk.ada infection dkt pundi kencing,darah kotor and kalau xjaga kemungkinan boleh sakit buah pinggang.mama skrg tension sgt sebab dia xboleh mkn.bila mkn je kencing manis dia naik.dia xtau nk mkn apa dah.eya ada baca yg pasal pati tu.tu untuk org kencing manis ye?

  12. wasabi

    salam..melalui ape yg saye bace ni..mgkn dh ade silap konsep utk pemakanan dlm kencing manis..ape yg penting sekali sbnrnye kuantiti mknn yg diambil pada satu2 mase…bknnye kene elakkan terus..masih boleh ambil nasi cthnye..cume kuantiti perlu dikurangkan..kalau slalu ambil 1 pinngan penuh cube kurangkan kepda setengah pinggan..slain tu..mknn yg tinggi lemak juga x elok utk pesakit kncg manis..sbb slah satu punca diabetes terjadi adalah disebabkan pengumpulan lemak yg menyebabkn tindkan insulin brkurangan..insulin ialah hormon yg btanggungjwb bawak msk gula dlm sel tubuh..bila insulin kurang..kurng gula dpt dibawa msk dlm sel..jadi gula akn tinggi dlm darah..slah satu cara utk bantu pesakit kencing manis adlah dgn tingkatkan aktiviti fizikal..x perlu blari laju2 setiap hari..cukup dengan brjln laju setiap hari 20-30 minit..insyaallah akan bantu turunkan gula dlm darah tu..maaf kalau saye mngganggu..saye cume brkongsi ape yg saye tahu dan betulkn semula konsep pemknn untuk knng manis ni..

    • Suri

      Minta maaf mencelah. Tapi saya cuma nak berkongsi matlamat terbaru.

      “mknn yg tinggi lemak juga x elok utk pesakit kncg manis”
      Kenyataan ini adalah tidak tepat.

      “Triglyceride (abbreviated TG or TAG, for triacylglyceride) – is the storage form of fatty acids.  Triglycerides are made of up three fatty acids linked to 3-carbon molecule called glycerol that acts as a sort of backbone.   While triglycerides are stored in fat cells (called adipose cells or adipocytes), they also circulate in the bloodstream, and are easy to measure.  Obviously elevated levels of stored triglycerides are harmful (i.e., excess fat stored in fat cells), but so, too, are elevated levels of circulating (i.e., in blood) triglycerides.  In particular, when circulating triglycerides are made up of saturated fatty acids, there is evidence of harm.  Contrary to what people believe, eating saturated fat does not increase saturated fatty acid content in triglycerides.  In fact, reduction in carbohydrate intake, coupled with increased saturated fat intake, actually lowers both circulating triglycerides and the amount of saturated fatty acid within triglycerides.  Unfortunately, most doctors don’t realize this and they tell patients with elevated triglycerides to reduce fat intake.  Ironically, this is the wrong treatment.”
      http://waroninsulin.com/glossary

      Penyelidikan terkini menunjukkan sebaliknya. Sila rujuk link ini.
      High Fat and Low Carb Diet Better for Diabetes Type-2 –
      http://www.medicaldaily.com/news/20120512/9856/diabetes-fat-carbohydrates-diet-insulin.htm

      • Mak Long

        Terima kasih Suri kerana sudi berkongsi maklumat ini. I feel vindicated. Mklong juga berpegang pada pendapat yang sama.

        Ia selaras dengan petua Mklong : berpantang gula, kurangkan karbohidrat dan lebihkan lemak.

        Memang kebanyakan doktor di Malaysia especially masih berpegang kepada pendapat yang makanan yang tinggi lemak tidak elok untuk pesakit diabetes. Jadi kalau berdebat dengan doktor atau pakar pemakanan memang boleh jadi bertegang urat. But despair not, kerana at least mereka bersetuju bahawa karbohidrat dan gula is bad for diabetes. Eventually we hope they will get there. Sewajarnya kita sebagai pesakit atau carer (penjaga pesakit) perlu melakukan penyelidikan sendiri melalui pembacaan dan perbincangan sihat dengan pengamal perubatan holistik. Kita yang patut lebib bertanggungjawab atas kesihatan diri kita.

        Bagi mereka yang mungkin kurang faham maklumat yang Suri kongsikan di atas, Maklong cuba terjemahkan di bawah ini:

        “Trigliserida (TG singkatan atau TAG, untuk triacylglyceride) – adalah bentuk penyimpanan asid lemak. Trigliserida terbentuk dari tiga asid lemak yang dikaitkan dengan molekul 3-karbon yang dipanggil gliserol yang bertindak sebagai sejenis tulang belakang. Manakala trigliserida disimpan dalam sel lemak (dipanggil sel-sel adipos atau Sel lemak), ia juga beredar dalam aliran darah, dan mudah untuk diukur. Yang jelas, tahap trigliserida tersimpan yang tinggi adalah berbahaya (iaitu, lebihan lemak yang tersimpan dalam sel lemak), tetapi begitu juga, tahap trigliserida yang beredar (iaitu, dalam darah). Khususnya, apabila edaran trigliserida terdiri daripada asid lemak tepu, terdapat bukti yang kondisi ini boleh membahayakan kesihatan. Bertentangan dengan apa yang orang percaya, memakan lemak tepu tidak meningkatkan kandungan tepu asid lemak dalam trigliserida. Malah, pengurangan pengambilan karbohidrat, ditambah pula dengan peningkatan pengambilan lemak tepu, sebenarnya menurunkan kedua-dua edaran trigliserida dan jumlah asid lemak tepu dalam trigliserida. Malangnya, kebanyakan doktor tidak menyedari perkara ini dan mereka memberitahu pesakit yang mempunyai tahap trigliserida tinggi supaya mengurangkan pengambilan lemak. Ironinya, ini adalah rawatan yang salah”

        OK maklong harap info ini membantu semua.

  13. perakboy

    askum mak,
    saya ni budak perak berumur 29 tahun,baru2 ni sy ada bt pemeriksaan kesihatan dan sy dapati kandungan gula dalam darah tinggi 17.2,sy ni kosong dalam pengatahuan dlm pnyakit ni.risau pun ada takut pun ada sy ni masih bujang dan ada tnggungjawab yg perlu d laksanakan.apa nasihat mak untuk org yg mcm sya ni?apakah langkah yg perlu sya ambil untuk mencegah dari sy alami pnyakit kncing manis ni atau sy ni memang dah ada penyakit ni cuma sy x tau jer?harap mak dapat bantu sya,

    dari,
    perakboy29

    • Mak Long

      Salam Perakboy,

      Bacaan 17.2 tu agak tinggi untuk orang muda sebaya anda. Nasihat pertama maklong adalah dapatkan nasihat doktor dan situasi ini pastinya perlukan pengawasan pakar diabetes untuk satu tempoh sehingga ia kembali normal. Maklong bukanlah doktor jadi maklong tak ada tauliah untuk menentukan ubat.Tapi sebagai orang yang menjaga pesakit diabetes Maklong cukup jaga makanan yang dapat membantu mengawal kadar gula dalam darah. Dan kalau ini di couplekan dengan perubatan doktor ia akan menjadikannya lebih berkesan dan terkawal dalam masa yang lebih singkat. Dari segi makanan, maklong boleh cadangkan supaya Perakboy elakkan gula dalam makanan atau masakan; kemudan kurangkan karbohidrat (nasi/roti/makanan bertepung). Perakboy boleh rujuk laman Petua untuk Diabetes dalam blog ni dan maklong harap ianya membantu.

  14. siti zaharah bt abdul wahab

    salam…sy nk tnya mak mertua sy kna kecing manis yg agak truk la jugak skrng ni dok ada kat hspitl&dh kna potong sikit tp doktor nk potong lgi smpai kat betis mcm mn nk elak dari di potong lagi?

  15. Mak long,
    Bagaimana dengan penggunaan susu untuk diabetis? bagaimana pula dgn oat dan roti berserat?

    • Mak Long

      Salam Azrinna,
      Susu mengandongi laktos. Kalau nak guna untuk teh atau kopi guna susu penuh krim dan bukan susu skim (rendah lemak). Oat baik untuk diabetis, kalau nak makan oat jangan guna susu sejat tapi guna campuran susu penuh krim dengan krim. Sebaiknya oat tu di masak dengan campuran susu tadi dengan sedikit garam dan dimakan begitu saja. Kalau suka oat manis, jangan guna gula sebaliknya guna splenda atau stevia.

  16. Mak Long

    Oh lupa Azrinna pasal soalan mengenai roti berserat. Roti berserat walau pun ia berserat ia mengandungi karbohidrat yang tinggi. Jadi kalu boleh elakkan.

  17. Mak Long,
    1) Kalau kita tgk oat tu karbohidrat dia tinggi. Ia jadi sesuai utk diabetis cz serat ia jg tinggikah?
    2) Mak long, kalau tk jadi keberatan blh tak Mak Long share nutrisi untuk kekacang.

    • Mak Long

      Salam Rien

      Oat memang tinggi karbohidrat. Tetapi ia juga tinggi serat dan mempunyai glisemik indeks yang lebih rendah dari roti berserat. Kebanyakan karbohidrat mengandungi kanji yang apabila dimetabolisma ia bertukar terus menjadi glukos. Insulin membantu penyerapan glukos ke sel badan lantas menyeimbangkan kadar glukos dalam darah. Dalam pesakit diabetik, proses ini tidak berlaku dengan efisyen dan ini menyebabkan sugar spike atau kenaikan mendadak kadar glukos dalam darah. Glisemik indeks mengukur kadar kecepatan kadar kenaikan glukos dalam darah apabila karbohidrat dihadamkan. Serat tidak dimetabolisma menjadi glukos dan glisemiks indeks yang rendah menyatakan kadar kenaikan glukos dalam proses penghadaman adalah lambat. Oat yang baik untuk diabetik adalah jenis rolled oat dan bukan oat hancur. Awas juga sebab kadang oats dipasaran ada yang telah dimasukkan gula.

      Harap ini membantu. Mak Long

  18. Mak Long,
    O terima kasih Mak Long.

  19. Mohd Nor Kamarudin B. Hj. ABu Bakar

    As’salamualaikum Mak Long..
    Alhamdulilah bersyukur saya kehadrat ALLAH, kerana saya dapat memjumpai blog mak long. Blog mak long banyak membantu saya yang baru tahu ada kencing manis dan darah tinggi. terima kasih banyak2 mak long.Wasalam.

    • Mak Long

      Salam kenal Md Nor Kamaruddin,
      Terima kasih kerana sudi singgah. Mak Long hanya berkongsi pengalaman. Mak Long bersyukur sangat-sangat sekiranya apa yang Maklong kongsikan dapat membantu walaupun sedikit. Mak Long harap tips yang Mak Long kongsi ni dapat membantukan menstabilkan kesihatan Md Nor.

  20. eddy

    addy…….

    assalammulaikum maklong, saye nak tanya pasal untuk turunkan kadar gula dlm darah dgn cepat, saye mcm dah susah nak trnkn kndngn gula saye, saya penah check gula dalam darah saya guna alat uji kencing manis bacaannya adalah 22. saye perasan setiap pg saye mesti bangun untuk buang air kecil dan dlm 2 ke 3 jam mesti saye rase nak trkncng, bdn saye pun dah terasa susut klu blh nak minta maklong bg tip pemakanan harian untuk saye dan saye nak cuba dan ikut tip pemakanan maklong. klu maklong tak keberatan, terutamanye waktu mlm

    • Mak Long

      Eddy sekiranya Eddy mengalami masalah kerap buang air kencing,Maklong sarankan agar segera berjumpa doktor supaya ujian darah boleh dibuat untuk mengesan samada diabetes Eddy telah menjejaskan fungsi buah pinggang. Pastikan yang Eddy memaka ubat doktor da menurut tips Petua untuk diabetes yag Maklong dah sediakan

  21. Mohd Nasir

    Salam Mak Long. Info yang sangat menarik dan berguna untuk semua.
    Semuga usaha murni Mak Long sentiasa diberkati allah selalu…amin.

  22. jaa

    Salam Maklong, saya baru saja di diagnos dengan diabetes. Saya rasa sangat sedih kerana saya sangat mengawal jumlah pengambilan makanan yang manis. Tapi bila saya baca artikel yang maklong sertakan, tidak terlintas langsung bahawa sos, kicap, susu cair semuanya mengandungi kadar gula yang tinggi. Saya juga suka makan ubi kentang dan jenis ubi yang lain berbanding nasi. Saya nak tahu, boleh atau tidak saya menukar diet nasi dengan menggunakan beras bismathi dan beras perang. Tk….

    • Mak Long

      Salam Jaa,
      Terima kasih kerana singgha di blog Mak long. Its not the end of the world kalau anda didiagnos dengan diabetes. Yang penting anda jaga pemakanan, insya Allh diabetes anda akan terkawal. pada asasnya pemakanan untuk diabetes yang Mak Long sarankan adalah berpantang gula dan kurangkan karbohidrat. Kebanyakan produk makanan di Malaysia mengandungi kandungan gula tersembunyi, di sini kita perlu berhati-hati. Kalau diabetes anda di tahap tidak kritikal boleh gunakan beras basmathi/beras perang. Sekiranya kritikal, maka tukar dengan nasi tiruan. Sila lihat dalam senarai resepi untuk diabetes dalam blog ini. Mak Long doakan Jaa berjaya.

  23. Assalamuaialaikum w.m.t..
    maklong,sy sdh b’khwin & bkl b’gelar ibu dlm tmpoh 1bln sj lg.sy ade mslh ttg kcing mnis & sy baru sj m’alaminya baru2 ni.adekh ia t’jd d sbb kn sy mengndg??sy tlh mnum air gula d klink & bcaan gula dlm darah adlh agk tggi 8+..sy t’sgt risau.bagaimana cara utk mengurangkn kadar gula dlm darah dlm tempoh 1mggu??ini kerana sy akn ke klinik utk ambil drh lg pd mggu akn datg..tlg sy maklong,sy buntu..

    • Mak Long

      Salam Kyra Damia kalau bacaan gula dalam darah adalah 8+ diambil ketika selepas makan tidaklah teruk sangat. Ia boleh dikawal melalui pemakan dan kalau Kyra amalkan petua Pemakanan Diabetes Bhg 1/2/3 rasanya ia boleh membantu. Pastikan anda minum banyak air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Maklong harap ini membantu Wallahua’lam

  24. azuni

    Assalamualaikum Mak Long,

    adakah kekacang juga perlu dielakkan oleh pesakit diabetis? contohnya macam kacang kuda, kacang tanah n segala jenis kekacang yg dijadikan makanan ringan yang banyak dijual di pasaraya.

    • Mak Long

      assalam azuni. Maklong biasanya makan kacang kuda / kacang tanah sebagai kudapan atau cemilan kerana ia mengandungi protein dan lebih rendah kandungan karbohidratnya dari kudapan biasa yang selalunya mengandungi kandungan gula dan karbo yang tinggi.

  25. mohd salim

    Salam. Mak Long. Saya nak tanya bolehkah pesakiot diabetes makan tosai dan cepati. Sekian. T.kasih

    • Mak Long

      Assalam Mohd Salim. Setahu Maklong tosai dibuat dari beras dan capati dari tepung kacang kuda. Beras mempunyai mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi jadi kurang elok untuk diabetes. Kacang kuda pula mengandungi karbohidrat yang relatif tinggi tapi lebih rendh dari beras atau gandum. Pada masa yang sama kandungan protein juga lebih tinggi jadi ia pilihan yang lebih baik. Bagaimanapun Maklong nasihatkan agar dicatu komsumsi agar tidak melebihi 1 keping.

  26. Izan

    Assalamualaikum wbt..mak long, saya ni dah lama x makn nasi nd minum minuman yang bergula.. tapi gula saya waktu pagi before bfast still 7.0 and above.. yg mana doc kata masih tinggi..and sekarang ni saya ade komplikasi mata kiri saya kabur yang teramat sangat and melalui pemeriksaan doc kata, darah dah penuh dibelakang mata saya.. and doc still suruh saya kontrol gula..saya dah putus asa and xtau nak makan apa lg dah..in fact, saya rasa mcm dh tak nak makan apa lagi dah..sedih and this coz my bp pun naik jugak sbb stress..please mak long toling saya…

    • Mak Long

      Salam Izan,
      Terima kasih kerana sudi singgah. Terlebih dahulu, Maklong nak tanya samada Izan telah didiagnoskan pengidap diabetes. Kerana menurut apa yang Izan nyatakan bunyinya seperti Izan mungkin sudah mengidap diabetes untuk beberapa waktu. Kalau belum Mklong nasihatkan wajarlah Izan lakukan pemeriksaan doktor dengan kadar segera. Kalau sudah didiagnoskan diabetes maka petua Mklong perlu diamalkan bersama perubatan doktor supaya kadar pemulihan lebih berkesan. Berbalik kepada soalan mengapa sesudah mengamalkan pantang karbohidrat/ gula tapi kadar gula masih tinggi di waktu pagi, Mklong tak dapat beri jawapan spontan. Untuk membantu Izan mendapat jawapan bg soalan ini, cuba Izan buat daily food diary. Disamping bacaan gula sebelum makan di awal pagi setiap hari, tuliskan juga setiap makan dan minuman yang Izan konsumsi sepanjang hari. Diari ini boleh memberikan clue mengapa kadar gula Izan masih tinggi di waktu pagi. Ini kerana walaupun sudah secara sedar tidak makan nasi/gula, boleh jadi makanan yang Izan makan itu mengandungi kandungan gula yang tersembunyi. Misalnya produk berserat tinggi yang terdapat di pasaran seperti roti dan oats boleh juga mengandungi kandungan gula tinggi. Kalau Izan nak boleh juga poskan diary tu disini dan kita boleh siasat sama-sama. Jangan putus asa kerana rezeki Allah tu luas. Insya Allah banyak lagi makanan yang Izan boleh makan.
      Maklong harap ini boleh membantu. Wallahu a’lam

  27. Kia

    assalamualaikum Mak Long..Moga Allah sentiasa memberi rahmat kepada hambanya yang sentiasa memberi nasihat berguna utk dikongsi bersama. Saya pengidap diabetes Type 2. Saya nak tanya pada Mak Long, brp kadar gula bagi pengidap diabetes ini dalam sehari (maksudnya tahap maksimum ) Adakah dibawah paras 10 ? Saya pernah bertanya kepada Ketua Jururawat dan beliau berkata seelok-eloknya kadar gula pengidap diabetes di bawah 10 (selepas makan)

    • Mak Long

      Betul tu Kia. Secara purata, bacaan gula dalam darah yang normal adalah antara 4-6 sebelum makan dan di bawah 10 selepas makan. Sebaik-baiknya pastikan anda mengambil semua perubatan yang disarankan doktor dan dalam masa yang sama amalkan petua pemakanan yang Maklong anjurkan. Maklong harap ini membantu.

  28. RAMIDAH

    asalamualaikum . .
    Mak Long . saye suke bace artikel2 dlm blog Mak Long . ianye sangat berguna . 😀
    tpi saye ade satu soalan . menu2 di ats ini sesuai dengan pesakit yg mnghidap penyakit kolestrol x ?

  29. zue

    as salam .. terjumpa blog ni secara tak sengaja .. penuh informasi rupanya; tahniah pada ML. Saya pengidap diabetes .. mula mengambil ubat ujung 2012. Saya keliru sikit melihat pada senarai makanan perlu dielak dan yang suai dimakan. Satu daripadanya YOGHURT. Kenapa ye .. yoghurt rendah lemak perlu dielak .. tapi yoghurt penuh lemak suai di makan ? Keduanya, ML tak ada pula senaraikan beras perang sebagai suai or boleh dimakan. Sedangkan dari pembacaan saya … beras perang yang paling disyorkan. Thanks for your reply … Kak zue ALOR SETAR

  30. Shamsul

    salam Mak Long..nak tanya..laksa ok tak dimakan oleh pesakit kencing manis? Kuah laksa telah dicampur dengan perasa maggie.terima kasih

  31. norlizawati binti yusoff

    Salam.mak long boleh tak senaraikan susu tepung yg sesuai utk kencing manis

    • Mak Long

      Maklong mintak maaf Norlizawati. Maklong dah tak consume susu tepung kecuali susu kambing sahaja. Kadar laktosnya sedikit rendah dari susu lembu. Maklong lebih prefer susu kambing sebab ia lebih menyamai susu ibu. Ia bersifat alkali jadi tidak memberi kesan sampingan serta ia mudah dihadam.

  32. zue

    mak long …masak nasi guna beras perang /beras india..ok tak utk diabetic person ni..ye lah,kalau jenis yg nk makan nas everyday..tp daytime jer la..

  33. Terataisyaza

    Boleh juga dptkan nasihat drp yg pakar. Hubungi Dr Luqman,=0146332307 pengamal perubatan Ayurveda yg terbukti berjaya menyembuhkan pelbagai penyakit kronik, hasil gabungan herba2 rahsia keluarga turun-temurun. https://www.facebook.com/pages/Luqman-Ayurvedic-Herbs-Centre/377645228950903

  34. Selina

    Assalamualaikum Mak Long,
    Terima kasih kerana berkongsi ilmu dan resepi.
    Saya menghidap diabetes sejak lebih 15 tahun yang lalu. Kurang kefahaman tentang penyakit ini sebelum ini menyebabkan saya susah untuk mengawalnya. Ditambah dengan tekanan dari orang2 sekeliling yang sebenarnya kurang pemahaman tapi nak bagi peringatan, buat saya lebih tertekan dan berputus asa untuk mengawal keadaan saya. Akhir-akhir ini saya cuba belajar memahami keadaan saya, baru lah lebih senang nak kawal. Dah jumpa blog Mak Long ni buat saya lebih gembira dan bersemangat untuk hidup dengan diabetes.
    Saya harap penghidap diabetes lain jumpa blog Mak Long ni awal2 peringkat lagi supaya mereka boleh elak atau kurangkan komplikasi punca dari diabetes ini.

  35. Aisha

    Assalamualaikum Mak Long,
    Sy sudah 6 tahun mgidap diabetes. Sp satu ketika sy kena ambil suntikan insulin. Kalau berpandukan senarai buah-buahan mak long tu mg sedikit pun sy x boleh ambil.
    Pd satu hari sy telah memakan daun ulam raja. Alhamdulilah paras gula sy berkurangan sehingga doctor pun terkejut. Sy terus amalkan. Selain drpd itu air rebusan daun ketum juga sgt elok utk menurunkan paras gula disamping meningkatkan metabolisme.
    Cuma daun ketum ni payah nak dapat dan bukan boleh tanam suka2. Caranya mudah sama seperti merebus daun pegaga. Tiada lain2 campuran dan tidak memudaratkan seperti air ketum yg biasa kite dengar sudah dicampur dgn bahan yg bukan2.

    • sha

      as salam .. pertama kali dengar Ulam raja dan rebusan daun ketum dapat turunkan gula dalam darah. Yang biasa di dengari dan sering di cuba .. air rendaman kacang bendi je .. t/kasih kerana berkongsi

      • Mak Long

        Apa kata kita sama-sama cuba lepas tu kongsikan disini yang mana paling berkesan. Eloknya, kenalah dimaklumkan juga makanan lain yang di ambil pada hari yang sama dan apakah bacaan gula pada hari tersebut.. Amacam? Moga-moga perkongsian ini nanti dapat membantu rakan-rakan lain.

  36. ZIELA

    as salam mak long….

    saya ziela, sya ngidap kencing manis time ngndung…bacaan lepas minum air gula 11…tinggi dan saya sangt takut andai akan apa2 terjadi pada kandungan saya…setiap 2 minggu harus ambil darah untuk check kencing manis,,sejak ada kencing manis saya dah mula kawal pemakanan saya..
    bacaan 8.00am = 5.4, kol 11.30 = 6.2, kol 4.30 = 5.4 dan kol 9.00 = 5.5…

    sarapan pagi 3 keping roti gandum, lunch nasi beras perang, ikan, sayur dlm kuantiti yg bnyk, petag biskut jacob’s Hi-Fibre…untuk mkn malam saya mkn roti gandum 2 keping bersama telur sebiji,

  37. zam

    terima kasih maklong sebab berkongsi petua ni..bagus utk yg tgh mencarinya

Leave a comment