Ada ke salad tengah malam? Salad ini Mak Long buat sebab mulut terasa nak mengunyah tapi sebab hari dah larut Mak Long tak nak makan suatu yang berat. Jadi Mak Long selongkar apa yang ada dalam peti ais, maka terhasil lah salad ni. Salad ni sesuai untuk pesakit kencing manis dan mereka yang selalu terasa perut lapar waktu tengah malam. Yang penting anda perlu pastikan ianya kurang karbohidrat, labih sayuran dan lebih protin. Di sini Mak Long gunakan daun gem lettuce, parutan lobak merah, timun, sweetcorn, parutan keju dan telur rebus. Kalau tak keju boleh guna ayam atau ikan goreng/bakar yang di siat-siat atau udang celur. Telur rebus ini Mak Long gunakan tips Nigella Lawson untuk dapatkan telur kuning yang lembut. Mudah aje. Rebus telur dalam air mendidih selama satu minit kemudian tutup api dan biarkan selama sepuluh minit. Lepas tu rendamlah telur dalam air sejuk supaya ia mudah dikupas.


Mak Long,
Brp byk karbohidrat dlm jagung ye? adakah jagung byk protein dan serat berbanding karbohidrat?
Mak Long ,
Saya ingin tanya adakah salad ini tidak memerlukan sosnya ?
Zety,
MakLong hanya gunakan mayonis sahaja. Zeti boleh sahaja gunakan sos salad lain kalau mahu.
Thanks for the blog. I am recently diagnosed as having diabetes so its a blessing to have more information to what kind of foods a diabetic can eat. I have been cutting sugar totally from my drinks, and now everything is ‘kosong’. I also try to avoid processed foods such as sauces and mayonnaise because (based on my food tech background) these have high content of starch (carb) and sodium. So i think these should be used sparingly. Maybe can substitute the salad dressings with lemon juice + olive oil + mixed herbs. Just some suggestion
Again, thank you so much for this blog.
Syabas kerana telah berjaya minum tanpa gula. After a while your palate akan menjadi lebih bersih dan sensitif dan akan dapat merasa natural sugar yang terdapat dalam makanan asli. About sauces tu, you are absolutely right!. Memang kebanyakan sos dan kicap di Malaysia yang mempunyai kandungan karb yang tinggi. Sebab tu Maklong rekomen supaya baca senarai ingredients pada food label. Di UK terdapat pilihan mayonaise yang rendah carbnya tapi di Malaysia kurang pilihan. Jadi lebih elok kalau guna sos atau mayonis yang dibuat sendiri.