Quinoa?! Apa tu?


Quinoa adalah makanan ruji kaum kuno Inca di Amerika Selatan. Ia adalah sejenis biji jenis chenopodium dari pokok quinoa. Ia dikategorikan sebagai pseudo bijirin kerana pokoknya bukan dari jenis lalang seperti padi, gandum atau barli tapi dari jenis tumbuhan yang menyerupai pokok bayam.

Quinoa sangat dihargai kerana nilai  kandungan proteinnya sangat tinggi(12% -18%). Tidak seperti gandum atau beras (yang rendah lisin), dan seperti gandum, quinoa mengandungi kumpulan asid amino yang seimbang yang sangat penting untuk manusia, menjadikannya sebagai sumber protein yang luar biasa lengkap antara makanan nabati (makanan dari tumbuhan). Quinoa merupakan sumber yang kaya dengan serat,  zat fosforus, zat magnesium dan zat besi. Quinoa tidak mengandungi gluten dan ia  mudah dicerna.

Beza antara beras dan quinoa

Kalau dibandingkan beras perang dengan quinoa, untuk kuantiti hidangan yang sama:

Beras

Kalori: 140

Serat/fiber : 1 g

Protin : 3 g

Quinoa

Kalori : 160

Serat/fiber : 6.5 g

Protin: 6 g

Bukan sahaja quinoa  kaya dengan serat tapi ia mempunyai kualiti protin yang tinggi dengan kumpulan asid amino yang cukup lengkap.

Penyediaan Quinoa

Quinoa mentah mengandungi saponin pada kulitnya dan ini memberikannya rasa sedikit pahit apabila dimakan. Kandungan saponin ini dapat menghindarkan quinoa dari dimakan burung semasa peringkat penanaman. Quinoa mempunyai tekstur dan rasa yang ringan, ia mengembang saat dimasak, menjadikannya sesuai sebagai alternatif untuk beras putih atau couscous.

Langkah pertama dalam mempersiapkan quinoa adalah membuang saponin. Saponin kelihatan seperti buih sabun apabila terkena air.  Proses ini memerlukan biji quinoa direndam dalam air selama beberapa jam dan membilasnya dengan air lalu yang cukup dalam penapis halus atau dalam kain katun tipis sehingga buihnya hilang. Pembuangan  saponin membantu pencernaan, sifat sabun sebatian membuatnya bertindak sebagai ubat cuci perut. Kebanyakan  quinoa yang dipakejkan telah pra-dibilas untuk kemudahan kita.

Kaedah memasak quinoa adalah sama seperti memasak nasi, iaitu menggunakan sukatan dua cawan air mendidih untuk satu cawan quinoa. Quinoa perlu dididihkan pada suhu rendah dan dimasak selama 14-18 minit atau hingga kulit terpisah dari biji seperti ekor yang sangat halus. Quinoa yang sudah dimasak kelihatan seperti ikal kecil. Sebagai alternatif, kita boleh juga menggunakan rice cooker untuk memasak quinoa, sebagaimana memasak  nasi putih.

Di mana nak dapatkan Quinoa di Malaysia?

Mak Long tak pasti di mana kita boleh dapatkan quinoa di Malaysia. Maklong cadangkan cuba tanya  di health food shops atau supermarket yang mengedarkan makanan barat seperti cold storage.

8 Comments

Filed under Diabetic-friendly, Vegetarian

8 Responses to Quinoa?! Apa tu?

  1. Mak Long,
    di Malaysia ada di jual di cold storage. Harga untuk 500gm antara rm18-rm22. Bergantung pada jenis. Tak silap dia ada berbagai warna. Ada perang, kemerah-merahan n lain2.

  2. Saya nampak Quinoa ada dijual di bahagian organik di Carrefour Market di Pulau Pinang.

    • Mak Long

      Terima kasih Loo Choo Hong kerana berkongsi maklumat di sini. Mak Long harap info ini dapat membantu sesiapa yang ingin mendapatkan quinoa di sekitar Pulau Pinang.

  3. Fung Eng Kiong

    Dimana kita bolih beli guinoa di sabah. TQ

  4. Maizurah

    salam mak long,

    sy selalu beli quinoa ni dkt eu yan sang. tp quinoa utk bb food. selalunya sy campur kan dgn puree buah & kalau terdesak masa stok2 makanan bb dah habis, sy akan campurkan quinoa ni dgn nestum. so bb x lah makan nestum yg manis banget tu semata2. maybe lps ni mak long boleh keluarkan resepi utk bb pula.. ;)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s