Sebelum ni Mak Long pernah bercakap tentang Splenda sebagai pengganti gula dalam makanan. Hari ini Mak Long nak bercerita teng stevia pulak. Berbanding Splenda, stevia lebih mudah didapati di Malaysia. Bagaimana pun Mak Long masih belum berpengalaman lagi dalam masakan Mak Long, jadi jom kita teroka sama-sama.
Stevia berasal dari sejenis herba bernama Stevia rebaudiana yang juga dikenali sebagai sugarleaf/sweetleaf atau daun manis. Ekstrak steviol glycoside yang didapati dari tumbuhan ini mengandungi kemanisan 300 kali lebih tinggi dari gula. Oleh kerana stevia tidak memberi kesan negatif terhadap kadar gula dalam darah, ia sangat sesuai untuk pengidap diabetes. Stevia kini menjadi semakin popular di kalangan pengamal diet rendah karbohidrat.
Malaysia kini adalah salah sebuah negara yang sudah mengusahakan stevia sebagai tumbuhan makanan. Sebagai pemanis stevia tidak mempunyai rasa pahit yang biasa terdapat dalam bahan pemanis lain seperti saccharin atau cyclamate. Selain pemanis seperti Equal stevia, Mak Long dapati banyak juga produk berunsurkan stevia yang kini terdapat di pasaran Malaysia. Ini termasuklah sirap kordial yang telah dimaniskan dengan stevia seperti produk Stevia Sweet. Ini cukup baik untuk pengidap diabetes terutama di saat menghampiri hari raya.
Setakat ini Mak Long sudah pernah menggunakan stevia untuk memperisakan masakan bagi menggantikan gula tapi Mak Long masih lagi mencari cara untuk menggunakan stevia untuk membuat kuih-muih. Sesiapa yang berpengalaman dan pernah menggunakan stevia dalam pembuatan kuih-muih harap dapat dikongsikan disini untuk kebaikkan bersama ya..

as’salam mak long….baru semalam saya discuss dengan suami pasal stevia ni…rasa gembira pulak bila mak long post n3 pasal stevia. kat mana ye nak beli gula stevia ni mak long? saya ada pergi farmasi…ada dijual…tapi bagi saya mcm tak sesuai utk guna dlm masakan sbb pakingnya kecik2 mcm equal tu….kalau utk pemanis dlm minuman oklah….
tapi saya ada beli satu gula…lupa dah apa brand n nama nya…kat farmasi tu jugak….farmacist tu cakap, gula ni baik utk diabetic sbb manisnya base on fruit dan rendah GI baik utk paras insulin dan glukose…..dan yang ni sesuai utk replace gula biasa sebagai bahan masakan. nanti saya update apa namanya….lupa la pulak…
Crystalline Fructose
Saya sekarang mengamalkan produk manis stevia untuk kurangkan penggunaann gula dan menjaga kesihatan.Ternyata lebih gunakan stevia daripada gula.. Manis stevia memang sedap dan murah setanding dgn produk lain yang gunakan gula.. boleh lawat: http://www.manis-stevia.com
Terima kasih Ahmad Wadi kerna berkongsi link ini. Nampaknya manis-stevia banyak menyediakan produk minuman yang kita boleh gunakan seharian.
askm mak long. saya ada tanam/semai beberapa polibeg pokok stevia.. saya nak tahu macam mana cara nak jadikan daun stevia menjadi serbuk teh.
Salam Shima,
Terima kasih kerana sudi singgah. Sebenarnya Mak Long hanya gunakan produk stevia yang sedia ada di pasaran jadi Mak Long tak berapa tahu macamana nak gunakan stevia dari daunnya. Nanti Mak Long cuba find out ye.. Kepada pembaca lain diluar, siapa yang ada pengalaman dan pengetahuan boleh tak dikongsikan disini?
salam shima,
saya nk sgt tau cara2 daun steia mnjd serbuk teh..
As Salam Shima, kat man awak beli benih pokok stevia tu? Sayapun berminat nak tanamnya di rumah.