Salam Semua
Mak Long selalu dapat permintaan mengenai resipi yang sesuai untuk pesakit kencing manis. Ada beberapa resipi yang Mak Long dah sesuaikan untuk diabetes, Mak Long senaraikan untuk kemudahan rujukan anda.
spicy chicken wings and celeriac chips
Mixed Fruits with yoghurt and cream
Baked chicken in homemade BBQ marinade
Berry Medley with creme fraiche
Soy milk pannacotta with raspberry coulis
Spicy Thai-Style Quinoa, Smoked Mackerel and Mushroom Salad
Swift Chicken Fingers in Beds of Lettuce
Ayam Masak Merah Resepi Atuk Abah
Mak Long’s thousand island dressing
Pak Long’s low carb chilli sauce

Assalamualaikum mak long.
Semlm, lepas buat check up suami sy disahkan diabetes. Sy terus ‘kalut’. Klw sy masak lauk pauk melayu apa yang boleh menggantikan nasi? Sy ada tgk resepi nasi tiruan di atas, tp ada x lg yg sesuai dgn lauk pauk tu? Petang semlm sy buatkan mee goreng basah untuk makan malam. Cadang untuk hari ni buatkan mee rebus. Tp klw hari2x mee naik ‘cemuih’ jgk…hehehe…please mak long….bantu saya..
Salam Emmy
Malangnya nasi dan semua jenis mee mengandunugi kandungan karbohidrat yang tinggi dan ini tidak sesuai untuk diabetes. Untuk sesuaikan dengan lauk pauk Melayu MakLong cadangkan Emmy cuba gunakan quinoa untuk gantikan nasi. Kalau susah nak dapatkan quinoa, nasi tiruan MakLong lebih baik untuk gantikan nasi. In fact kalau Emmy amalkan nasi tiruan ni, kadar gula dalam darah akan turun dengan cepat. Atau boleh saja kalau suami Emmy makan lauk pauk Melayu tanpa nasi langsung. Itu pun boleh membantu diabetes juga.
Lama Mak Long tak menulis…..
as’salam mak long..
suami saya juga baru disahkan kena diabetis…saya sangat2 sedih…takut, dan tak tahu nak buat apa….hari2 saya google pasal diabetis dan baca apa yang patut dan tak patut diambil. saya harap saya dapat jaga dia dengan baik…dan saya harap suami saya dah sembuh….
Salam Yati, Maklong pun tumpang sedih. Bagaimanapun Maklong nasihatkan supaya berjumpa doktor supaya diabetes suami Yati dapat diawasi dan dibendung. Untuk mengurangkan kadar gula dalam darah sila ikuti tips Maklong dalam link Petua untuk Diabetes
Salam Maklong,
resepi Maklong ini memang sedap2 belaka tapi mak saya la pulak. seleranya, selera kampung. bila saya cuba 1 dua daripada resepi2 ni. dia mula tak selera makan. kalau boleh, hari2 dia nak nasi. mcmanapun saya sedang cuba praktikkan dia makan nasi tiruan tu. kdg2 bukan senang nak ubah selera org yg dah bertahun hidup dgn nasi ni. jgn dia berungut lepas ni udah ler…hehehe
Salam Nor,
memang susah nak ubah selera orang tua.. Mak Long fahm benar sebab ayah Mak Long pun sama jugak.. Kalau susah sangat nak makan nasi tiruan, cuba gantikan dengan beras basmathi tapi rendam dulu sebelum di masak, kemudian pastikan yang portion nasi sedikit saja tapi lauk dan sayuran yang lebih. Kebanyakan lauk-pauk kampung Melayu sesuai untuk diabetes asal saja tidak diperisakan dengan sebarang jenis gula atau sos. Mak long harap Nor tak putus asa dan tak patah semangat. Mak Long doakan Nor kuat dan sabar dalam menghadapi kerenah orang tua ye..