Nasi Beriyani Versi Mak Long

061120080021

Nasi beriyani Mak Long masih menggunakan formula yang sama tapi sedikit berbeza dari nasi beriyani gam atuk abah. Pertama, campuran rempah beriyani yang Mak Long gunakan disini tak sama dengan yang Atuk Abah guna. Kedua, Mak Long gantikan sos tomato dengan tomato buah. Ini kerana sos tomato mempunyai kandungan gula yang tinggi dan Mak Long memang berusaha untuk mengelakkan  menggunakan gula dalam masakan.

Bahan-bahannya

400 gm daging kambing (dipotong kecil)

4 cawan beras basmathi (direndam selama 20-30 minit kemudian disaring)

1/2 paket rempah beriyani (Mak Long guna Briyani Bombay Mix)

2 bawang besar dihiris nipis

4-6 biji tomato dicincang

2/3 cawan yoghurt dikacau

daun ketumbar diracik halus

daun pudina diracik halus

4 biji buah pelaga

4 kuntum bunga cengkih

1 kuntum bunga lawang

serpihan kayu manis

85 gm sultana

100 gm buah gajus

beberapa titik air ros

2 sudu besar susu segar

kuma-kuma

garam

4 sudu besar minyak sapi

Hidangan 4 orang

Panaskan ketuhar pada suhu 180 C. Basuh beras perlahan-lahan dan rendam dalam air selama 20-30 minit. Toskan. Panaskan susu dan apabila mendidih turunkan dari api, masukkan koma-koma dan biarkan ia menyerap kedalam susu.

Gaulkan daging dengan rempah beriyani dan yogurt sehingga sebati. Perapkan. Sementara itu, panaskan minyak sapi dan goreng buah gajus sehingga kekuningan. Asingkan. Sekarang goreng pula sultana sehingga kembang. Angkat dan toskan.

Masukkan bawang dan goreng hingga kekuningan kemudian masukkan tomato yang telah dicincang. Masak tomato sehingga benar-benar layu dan hancur. Masukkan daging dan kacau rata. Tutup dan renihkan dengan perlahan. Di dalam belanga yang lain, masukkan beras, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan garam. Penuhkan belanga denga air dan didihkan. Kacau perlahan-lahan untuk mengelakkan beras melekat ke dasar periuk.  Apabila air telah mendidih selama 8-10 minit, tuangkan air dan saringkan beras ke dalam tapisan.

Seterusnya gunakan sebuah periuk logam yang berdasar tebal dan cedokkan separuh daging kedalamnya. Taburkan sebahagian daun pudina dan daun ketumbar. Taburkan sepertiga kismis sultana dan buah gajus. Tutupkan dengan separuh daripada nasi setengah masak. Renjiskan dua tiga titik air ros. Buat beberapa lubang pada nasi dan sudukan susu yang telah terendam koma-koma ke dalam lubang-lubang itu. Cedokkan separuh lagi daging dan tutupkan ke atas lapisan nasi. Ulangi dengan taburan daun pudina, daun ketumbar dan sepertiga lagi kismis sultana dan buah gajus. Tutupkan dengan nasi yang selebihnya.  Ulangi renjisan air ros dan koma-koma. Sebagai lapisan akhir, taburkan selebih daun pudina, daun ketumbar, buah gajus dan kismis sultana.

Tutup dengan kedap dan bakar dalam ketuhar selama 40 minit. Untuk menghidangnya, sudipkan perlahan-lahan supaya nasi tidak hancur. Oleh kerana nasi beriyani ni sudah berkuah dan berdaging, Mak Long hanya hidangkannya dengan salad sayuran dan acar buah epal sahaja.   

Advertisements

6 Comments

Filed under Rice

6 responses to “Nasi Beriyani Versi Mak Long

  1. Mak Long,

    Koma-koma/kuma-kuma tu apa dia ekk ?

  2. Mak Long

    Koma-koma adalah stigma bunga crocus yang dikeringkan. Ia digunakan untuk memberi wwarna dan rasa pada makanan. Dalam bahasa Inggeris di panggil saffron dan bahasa Arab za’faran. Ianya agak mahal sedikit. Kalau tak silap Mak Long di Malaysia harganya boleh mencapai RM 12 untuk satu paket kecil kurang 25gram. Kalau tak ada koma-koma boleh sahaja ditukar dengan kunyit serbuk.

  3. oo…safron yer…

    ada byk di riyadh ni.

    terima kasih.

  4. Mak Long

    Saffron memang berasal dari Timur Tengah jadi tentu banyak di Riyadh. Agaknya harganya mesti lebih murah di sana ye. Apa pun Mak Long harap saorangorang cubalah resepi ni yang MakLong dapat dari abah MakLong. Insya Allah sedap.

  5. Insyaallah….saya akan cuba.

  6. nadia

    sultana tu apa?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s