Conet yang nakal

2004_0614at_home_10006

Inilah kucing Mak Long. Nama rasmi yang didaftarkan Princess. Nama Princess Mak Long pilih sebab dia suka duduk atas kusyen seolah-olah puteri yang menduduki tahta. Tapi Mak long panggil Conet aje. Pertama kali kami bawa dia balik ke rumah dia comel sangat. Jadi walaupun namanya Princess tapi yang lekat di panggilan Conet.  Conet ni nakal tapi pemalu. Dia sangat manja dengan kami berdua tapi bila saja ada tamu berkunjung, conet lari bersembunyi dalam almari pakaian Mak Long. Oleh kerana kami tinggal di dalam flat, Conet jarang keluar rumah kecuali pada waktu malam. Dia tak pernah keluar rumah melainkan berteman. Jadi tiap-tiap malam lepas Maghrib/Isya Conet akan menunggu di pintu depan mengiau dengan kuatnya meminta dibukakan supaya dia boleh keluar rumah. Bukannya lama pun. Conet akan lari masuk rumah semula bila dia ternampak jiran lalu di depan rumah.

Sudah beberapa malam Conet tak dapat keluar rumah kerana cuaca di luar sangat sejuk. Suhu jarang melebihi 10C.    Malam tadi setelah kami berdua masuk bilik tidur dan semua lampu telah dipadamkan, Conet masih lagi berlegar-legar di ruang tamu dan dapur. Sebenarnya dia agak resah sebab dah berhari-hari asyik di dalam rumah saja. Pak Long dah lena tapi Mak Long masih lagi menaip mengemaskinikan blog menggunakan laptop di atas katil. Jam dah menunjukkan pukul 10.00 malam. Tak lama kemudian, kedengaran tapak kaki Conet menguis-menguis pintu bilik tidur kami. Mak Long tahu dia nak masuk bilik. Mak Long biarkan saja. Conet melompat dan bergayut pada pemegang pintu sehingga pintu terbuka. Kemudian dia menolak pintu dengan hidungnya sehingga pintu terkuak. Conet pun masuk bilik tidur kami. Sebaik saja pintu terbuka terasa udara sejuk menyergah masuk sama. Mak Long terus marah Conet, “Conet, I wish you can close doors just as you are capable of opening them! You’ve just let the cold air in.” (Kucing UK, dia paham cakap omputih saje 🙂 ). Mak Long bangun dan tutup pintu bilik semula.

Mak Long kembali ke atas katil menyambung kerja. Conet pun melompat atas katil sama. Dia mula mengiau kecil dan menggeserkan kepala dan hidungnya pada bucu laptop Mak Long. Mak Long tahu apa yang dia hendak. Dia dah kesejukan dan sekarang dia minta dipeluk. Nantilah, Mak Long nak siapkan pos ni dulu.  Conet masih mengiau lagi dan asyik meggeser laptop dengan pipinya. Dia berhenti sekejap dan duduk di sisi laptop sambil memerhatikan Mak Long bekerja. Sedang Maklong khusyuk menaip, tiba-tiba dengan tak semena-mena Conet menerkam dan menggigit tangan Mak Long.

AUWWWWWW!! Mak Long tersentak. “Why did you have to that for?” Mak Long marah Conet. Conet lari bersembunyi di bawah meja ditepi dinding bilik tidur.  Mak Long pun cepat-cepat poskan mesej dalam blog Mak Long, padamkan laptop dan letakkanya di atas meja. Mak Long tarik selimut dan letakkan kepala atas bantal. Mak Long capai novel yang Mak Long baru mula baca beberapa hari dan mula membaca. Conet melompat semula ke atas katil dan melabuhkan perutnya atas perut Maklong. Badannya dibengkukkan dan kepalanya diletakkan diatas kedua kaki hadapannya. Mak Long usap kepala Conet perlahan sambil membaca.  Tak sampai beberapa minit dia mula berdengkur.

Alahai .. marah Mak Long kat Conet pun dah hilang…

Advertisements

6 Comments

Filed under Anecdote

6 responses to “Conet yang nakal

  1. beshnya ada koceng yg manja giteww….. koceng kami asik merajuk dan ilang jek… koceng yg pertama merajuk lps kite cakap “takde makanan la miiyu…takyah masuk aaa” lepas tu dia ilang tak balik2… koceng yg kedua lps kita warning dia psal dia berak dkt langsir baru kite…pon terus ilang tak balik2 gak… paham bahasa sungguh koceng2 itewwww

  2. salamz…
    waaaa…comelnye si conett…..baper umo dier eks maklong?? hehehe…memang noorsha suker kucing…tapi takleh nak bela sekarang ni coz ader baby kat uma….tunggu dier besar sket baru leh bela kucing balik…..maklong dok obersi kat ner tu eks?study ke kejer?…uhuhuh…banyak tanyer laks…. kim salam conet tu eah….comelnye…rase nak geget² telinger dier… uhuhuh…. 🙂

    • Mak Long

      salam nOOrsha. Terima kasih kerana sudi mengunjungi dapur Maklong. Conet ni sekarang 3thn setengah. Satu-satunya pengarang jantung kami berdua. Mungkin nOOrsha boleh bela kucing bila baby dah besar sikit ek.. :0)

  3. Salam perkenalan…

    Nampak blog ini thru mimieJibam’s.

    Cutenyer la hai Conet tuh… rupa cute… kelaku pon cute jugakkkk… 😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s