Nasi Tiruan – sesuai untuk kencing manis

19012007

Nasi tiruan? Tengok gambar nampak macam nasi kan? Bagi mereka mengalami penyakit manis atau sesiapa yang ingin menurunkan berat badan, nasi tiruan ni adalah sajian paling sesuai untuk menggantikan nasi dalam hidangan Melayu.

Bahan-bahannya:

Separuh bunga kobis sederhana besar (lebih kurang 250gm)

kelapa parut (setengah biji )

Air mendidih

1 sudu teh mentega (jangan digantikan dengan majerin kerana tujuan utama disini adalah menggunakan lemak asli)

secubit garam

lada putih

Caranya

Sebaiknya gunakan bunga kobis yang benar-benar segar kerana lebih segar lebih mudah disagat. Dengan menggunakan sagat yang kasar, parut bunga kobis kesemuanya termasuk bahagian batang di tengahnya.  Masukkan kesemua bunga kobi dalam periuk dan curahkan air mendidih agak-agak separas dengan bunga kobis. Tutup dan rebus dengan api kuat selama lima minit. Saring dalam tapisan, pastikan air rebusan benar-benar tuntas. Masukkan semula bunga kobis ke dalam periuk tadi. Panaskan. Masukkan mentega. Campurkan kelapa parut, garam dan lada putih. Gaul sebati.

Hidangkan panas-panas bersama lauk-pauk Melayu.

Advertisements

28 Comments

Filed under Diabetic-friendly, Vegetable

28 responses to “Nasi Tiruan – sesuai untuk kencing manis

  1. Pingback: Grilled aubergine in sambal « Mak Long’s Kitchen

  2. Pingback: Petua Pemakanan Untuk Kencing Manis – Bhg 3 « Mak Long’s Kitchen

  3. terima kasih banyak2 atas info yang diberi. info tersebut amat berguna untuk isteri saya (dan juga saya) yang tengah menghidap diabetes ketika mengandung. di harap pada masa hadapan, mak long akan sajikan kami tentang amalan permakanan untuk pesakit kencing manis.

    • Mak Long

      Salam kenal zulhelmi,
      Terima kasih kerana sudi singgah. Maklong harap isteri Zulhelmi jaga pemakanan baik-baik semasa mengandung. Maklong tak fikir penyakit diabetes boleh diwarisi antara ibu dan anak bagaimana pun sekiranya cara pemakanan tak diubah dari awal peluang untuk anak mendapat diabetes dan mengalami kecanduan gula pada umur muda adalah tinggi. Elakkan gula dan minum air banyak-banyak. Maklong doakan Zul helmi dan isteri sihat sentiasa, kandungan isteri selamat dilahirkan dan mendapat anak yang sihat serta cukup sifat. Take care.

  4. amafita

    Salam Mak Long;

    Kalau Mak Long sudi, saya nak contoh menu makanan yang sesuai untuk penghidap kencing manis ini.

    Cthnya:

    a) Makan pagi

    -air masak
    -xxxx

    b) Makan tengah hari

    -air masak
    -xxxx

    c) Makan malam

    -air masak
    -xxxx

    Terima kasih di atas kesudian dan pertolongan Mak Long kepada saya.

    T/kasih.

    • Mak Long

      Cadangan Amafita ni cukup bagus sekali. Maklong akan cuba usahakan untuk mengepos artikel mengenai menu cadangan ini dalam masa yang terdekat, insya Allah.

  5. rozi hassan

    setelah membaca artikel ini, saya dapati bahawa lemak adalah baik utk pesakit diabetes i.e. butter, minyak sapi dan susu (tetapi mempunyai rasa dan bau yang hamis). bagaimana pula sekiranya ada setengah orang tidak boleh mengambil lemak diatas. jadi apakah jenis lemak yang sesuai diganti terutama utk sandwich? keluarga kami hanya sukakan marjerin dan susu pekat. tolong mak long bagi cadangan. saya juga ingin dapatkan resipi utk pesakit diabetes seperti cadangan amafita yang mak long telah cuba, terima kasih.

  6. hanani

    salam mak long…terima kasih atas petua2 mak long..saya berumur 19thn dan kerap rasa dahaga+idam makanan manis2 sejak 2 minggu lepas.saya syak saya menghidap diabetes..saya memang ada ‘sweet tooth’ jadi sekarang saya rasa sangat takut.. 😦 .bolehkah diabetes dirawat secara tradisional??herba ke..

    • Mak Long

      Salam Hanani
      Hanani masih muda lagi. Kalau rasa syak ada diabetes elok lah pergi jumpa doktor. Disebabkan usia Hanani yang muda, Maklong jangka doktor mungkin akan sarankan diet. Jadi elok kalau Hanani mula dengan petua Maklong. Memang ramai pesakit diabetes yang suka manis, Mak Long panggil ini kecanduan gula. Mak Long anjurkan supaya Hanani berhenti makan makanan manis. Gantikan gula dengan splenda atau stevia. harap ini membantu

  7. Syikin

    Assalamulaikum mak long.. Terima kasih atas resepi ni.. Saya adalah penghidap diabetes tahap dua yang kini berusia awal 20an.. setelah hampir lima tahun menghidapi masalah ini, sya telah mencuba banyak cara untuk menurunkan paras gula saya.. kadang2 memang kecewa sangat melihat ibu dan ayah yang risaukan keadaan saya.. terima kasih pada mak long di atas resepi ini..

    • Mak Long

      Salam Syikin, Terima kasih sudi singgah.. Mak Long gembira kalau resepi yang membantu untuk Syikin. mak Long harap keadaan Syikin akan bertambah baik.

  8. miyati

    Macamana kalau pesakit diabetes tu ada kolesterol tinggi atau masalah jantung? sesuai ke kelapa parut tu di dlm nasi tiruan?

  9. Saya ingin memperkenalkan Alpha Lipid Lifeline, suatu produk yang berasaskan Kolostrum (susu awal lembu) yang telah membantu saya untuk menurunkan tahap gula ke 5.00 (normal) setelah meminum dua bulan.
    Kepada mereka yang berminat, sila hubungi saya di 012-2452810.
    Salam,
    Hani Ibrahim

  10. suryani

    Asalamualaikum mak long…hari ini saya melayari internet untuk mencari maklumat punca/penyebab, kesan /akibat dan panduan pemakanan yang sesuai untuk suami saya yang baru masuk 2 tahun mengidap kencing manis. bila saya terbaca petua ini , tak salah kalau saya cuba. semoga petua mak long sesuai untuk suami yang saya.

  11. Salam…

    Abah saya baru sahaja dinasihatkan mengambil suntikan insulin setiap hari di waktu malam. Sekarang juga saya perlu mengawasi segala pemakanan dia sebab abah saya memang Food Lover tambahan pula dengan perniagaan makanan yang diusahakan oleh ibu bapa sekian lama. Sekarang perlu track apa yang diambil. Yang menu wajib dalam menu diet Abah, saya wajibkan pengambilan Susu Omega + Oat 2 kali sehari.

    Sekarang saya sedang giat mencari menu-menu yang sesuai buat Abah. Sebab kasihan tengok dia makan tak lalu sebab semua makanan adalah “dull” for him. Sampai saya pun kena makan sorok-sorok dekat luar. Tak sampai hati nak makan depan dia.

    Harap boleh sediakan lebih banyak resepi ye Mak Long.

    Terima Kasih

  12. diana

    salam mak long
    saya baru berumur 18 tahun..saya syak saya menghidap diabetes.saya kerap kali rasa dahaga dan luka saya lambat pulih.mungkin atas faktor keturunan kerana ayah saya penghidap kencing manis.saya kurang minum air manis tetapi saya sering minum air sejuk dan makan nasi dalam kadar yang banyak.saya harap mak long boleh bagi sedikit nasihat….

    • Mak Long

      Salam Diana
      Alahai 18 tahun masih terlalu muda untuk mengidap diabetes. Tapi kalau penyakit sudah ada dalam keluarga memang tidak mustahil. Wajar sangat kalau Diana bermula hari ini untuk bertukar cara hidup dengan cara mengamalkan petua Maklong. Bukan sahaja ia baik untuk kesihatan bahkan insya Allah ia juga boleh membantu mengurangkan berat badan dan meningkatkan tenaga. Ini bermakna bukan sahaja bukan sahaja kena kurang manis tapi kena pantang gula. Cubala Maklong doakan Diana berjaya.

  13. mira

    salam mak long,….
    boleh tak mak long cadangkan menu untuk darah tinggi pulak

  14. Roza

    Salam Maklong. Saya minta izin share artikel dalam blog ini ke dalam facebook saya. Terima kasih- Roza

  15. Rafidah

    Salam MakLong , terima kasih dgn pelbagai petua yang dicatatkan, kalau tidak saya pun pening mcm mana nak mengawal kencing manis suami saya. sekarang ni dah naik paras 16.9. umur baru 40. tapi tulah sukar sikit nak terima makannan yang baru . Bagaimana dengan Pasta , sepegeti dan makaroni jenis apa yang sesuai?

    Dari Rafidah Sepang

    • Mak Long

      Salam Rafidah, kalau di UK dulu ada low carb pasta tapi disini rasanya susah nak cari. Kena kreatif lah sikit. Maklong pernah cuba buat gantian pasta dengan hirisan kobis putih (jenis keras) untuk masakan spaghetti. Memang agak lain lah sikit rasanya tapi cubalah..ya 🙂

  16. anna

    Suami saya mengidap kencing manis hampir 4 thn. Dr beri ubat dan dpt kawal bacaan dr 5- 7 pd setiap sesi perjmpan dgn. dr. Pd bln lps catatan bacaan sgt tggi 24.5. Pd bln ni pula 25. Apakah yg blh saya tlg suami utk menurunkan bacaan tersebut. Sekarang saya masakan suami nasi beras taj mahal hidroponi(tanpa kolestrol) sebelum gi kerja suami mkn 2 keping roti bijiran penuh. Sesuai x makanan itu?

    • Mak Long

      Salam Anna,
      Bacaan 24.5 / 25 adalah sangat tinggi. Pada hemah saya suami puan semestinya sudah diberikan ubat oleh doktor. Sila teruskan ubat tersebut. Pada masa yang sama sila kunjungi laman mengenai petua pemakanan diabetes dalam blog ini dan cuba amalkannya. Kalau turunkan kadar gula dengan cepat saya cadangkan cuba elakkan sebarang gula dan karbohidrat dalam pemakanan suami puan. Tapi boleh jadi juga dia mungkin tak dapat menahan pantang tersebut. cubalah sedikit demi sedikit agar bacaannya dapat dikurangkan. Selamat berjaya.

  17. mirak

    salam kak long saya baru berumur 30 tahun dan telah disahkan mengidap diabetis, terbaru saya membuat pemerksaan dan mendapati paras gula saya telah mencecah 25..saya telah melakukan pelbagai cara untuk mengurangkan paras gula dengan tidak mengambil gula. tidak makan nasi dah hanya minum air kosong sahaja tetapi hasilnya tetap sama 25..saya sertakan sekali dengan ubat doktotr tetapi hasilnya sama juga. apakah cara pemakanan yang sebetulnya bagi pesakit seperti saya ini? contoh apa yg boleh dimakan pada waktu pagi, tengah hari dan juga malam?

    sekian terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s