Daily Archives: December 16, 2008

Petua pemakanan untuk kencing manis – Bhg 2

Maaf lah sebab lama tertangguh untuk menyambung topik ini. Baik, sebagaimana Mak Long sebut tempoh hari, petua asasnya adalah:

BERPANTANG GULA, KURANGKAN KARBOHIDRAT DAN LEBIHKAN LEMAK

A) BERPANTANG GULA

Ini bukan sahaja terhad kepada gula tebu, gula kastor, gula melaka dan madu. Ia juga termasuk sebarang gula tersembunyi yang terdapat dalam produk makanan yang dipakejkan. Baca kandungan bahan yang disenaraikan pada label produk dan awasi sebarang bahan yang berasaskan gula seperti maltose, sucrose, fructose atau apa sahaja yang berakhir dengan -ose. Awasi juga gula yang terdapat dalam sos dan kicap. Kebanyakan kicap dan sos buatan Malaysia mengandungi kandungan gula yang tinggi. Mak Long gantikan sos tomato dengan menggunakan tomato puri/passata yang dicairkan dengan sedikit air panas. Gunakan kicap jenama Kikkoman kerana jenama ini tidak menggunakan gula.

B) KURANGKAN KARBOHIDRAT

Karbohidrat yang perlu dielakkan sama sekali adalah makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat paling tinggi seperti tepung, roti, jenis ubi seperti ubi kentang dan ubi kayu, pulut dan nasi. Malangnya makanan ini jugalah makanan ruji kita. Pernah Mak Long berbincang mengenai perkara ini dengan keluarga Mak Long, mereka berkata, “Habis kalau tak makan nasi nak makan apa?”.

Masya Allah. Tuhan itu Maha Kaya. Dunia ini dijadikanNya luas. Banyak lagi rezeki Allah yang halal atas muka bumi ini yang boleh kita jadikan makanan. Insya Allah, Mak Long akan senaraikan beberapa alternatif yang kita boleh gunakan untuk menggantikan nasi/roti. Antaranya adalah nasi tiruan yang Mak Long baru saje poskan beberapa hari lepas. Beberapa resepi yang Mak Long dah poskan pun sesuai untuk kencing manis.

Selain dari itu kebanyakan sayuran hijau dan kekacang yang kita makan juga sesuai untuk pesakit kencing manis.

C) LEBIHKAN LEMAK

OK disini Mak Long berbeza dengan pandangan konvensyenel kerana lemak yang Mak Long maksudkan adalah lemak asli yang tepu. Ini termasuklah lemak binatang, mentega (butter); minyak sapi, susu penuh krim, lemak keju dan minyak kelapa. Asasnya sebarang lemak yang tidak mengalami proses yang berlebihan adalah lemak sesuai untuk pemakanan pesakit kencing manis. Untuk memasak Mak Long banyak gunakan mentega atau minyak sapi. Oleh kerana Mak Long agak sukar mendapatkan minyak kelapa, Mak Long gunakan minyak kacang tanah untuk menggoreng minyak dalam.

Lemak yang tidak sesuai adalah lemak majerin, susu skim, minyak jagung, minyak bunga matahari dan minyak lain yang melalui proses yang rumit untuk sampai ke dapur kita.

Mak Long pasti ramai yang tidak percaya dan tidak bersetuju dengan apa Mak Long tuliskan. Pasti juga ramai doktor yang akan menyanggah petua Mak Long ini. Mak Long hampir boleh dengar pertanyaan-pertanyaan yang sedang mungkin diajukan:

Lemak tepu? what about my cholesterol? Takkanlah apa yang kita belajar selama ini salah? dan sure banyak lagi soalan.

Silalah ajukan komen, insya Allah kita boleh bincang. Sebelum tu Mak Long tinggalkan pembaca dengan bacaan-bacaan lanjut disini.

Petua Pemakanan untuk kencing manis – Bhg 1

Petua Pemakanan untuk kencing manis – Bhg 3

Advertisements

24 Comments

Filed under Diabetic-friendly, Tips

Onion bhajiyas

22012007001122012007003

Hidangan onion bhaji ini sesuai untuk pesakit kencing manis kerana Maklong gunakan tepung kacang kuda yang kandungan karbohidratnya lebih rendah dari tepung gandum. Ia sesuai dihidangkan sebagai kudapan waktu petang atau sebagai sarapan pagi.

Bahan-bahannya:

1 biji bawang besar (dikupas dan dihiris separuh bulat)

4 sudu besar tepung besan (kacang kuda)

1 biji  telur

2 sudu besar air

secubit garam dan lada sulah

minyak untuk menggoreng

Hidangan 2 orang

Gaulkan bawang dengan tepung kacang kuda. Masukkan garam dan lada sulah. Pecahkan telur dan masukkan dua sudu besar air dan kacau rata. Goreng dalam minyak dalam seperti jemput-jemput. Hidangkan panas-panas.

1 Comment

Filed under Breakfast, Diabetic-friendly, Starter, Vegetable