Menjaga ahli keluarga yang mengidap diabetes di hospital

Semalam Maklong mendapat mesej dari salah seorang pembaca blog Maklong ni mengenai ahli keluarganya yang terpaksa dirawat di hospital kerana komplikasi diabetes yang menyebabkan kakinya bernanah. Sedih betul Maklong bila dengar kisah seperti ini.

Memanglah tujuan Maklong berkongsi petua di sini semata-mata untuk mengelakkan pesakit diabetes dari sampai ke tahap ini. Sayugia Maklong ingatkan jua yang petua Maklong ini sama sekali tidak bertujuan untuk menggantikan perubatan doktor. Sebaiknya petua Maklong ini diamalkan bersama dengan perubatan doktor supaya ubat doktor tu lebih berkesan dan proses penyembuhan dapat dipercepatkan. Insya Allah kalau diamalkan dengan tekun pesakit akan mulai sembuh dan ubat doktor dapat dikurangkan sedikit demi sedikit. Jadi kalau doktor dah beri ubat tu, makanlah jangan tak makan.

Cumanya kalau pesakit diabetes tu dah terpaksa dirawat di hospital kena awasilah pemakanan yang dihidangkan di hospital. Secara umumnya pemakanan di hospital biasanya melebihkan rendah lemak. Lebih-lebih lagi waktu sarapan, the most important meal of the day, kalau diwad kelas satu atau hospital swasta mungkin istimewa lah sikit tapi kalau di wad kelas tiga kadang-kadang tu roti marjerin dengan air milo dan mungkin telur setengah masak. Ini Maklong sebutkan sepuluh tahun yang lalu ye, kalau dah berubah sekarang Maklong mintak maaf banyak-banyak. Jadi sebaiknya kalau boleh biarlah ada ahli keluarga pesakit tu yang dapat membantu menyediakan makanan tambahan untuk menampung keperluan pesakit semasa di hospital.

Maklong nak kongsi kisah orang kesayangan Maklong yang baru-baru ni juga terpaksa dirawat di hospital. Mula asalnya Maklong agak keberatan untuk bercerita kisah ni di sini sebab ini kisah peribadi tapi bila dapat mesej tu semalam Maklong ubah fikiran dan Maklong harap ia dapat dijadikan teladan untuk kebaikan bersama. Orang kesayangan Maklong tu mengidap diabetes . Bagaimanapun dia masuk hospital bukan kerana komplikasi diabetes tapi kerana penyakit lain yang perawatan dan perubatannya boleh memberi impak secara langsung terhadap penyakit diabetesnya.

Makanan yang disediakan untuk sarapan pagi : roti dengan majerin, cereal dengan susu rendah lemak. Hidangan tengahari sandwic dengan isi yang dipelbagaikan dan makan malam boleh jadi nasi dengan lauk kari atau fish and chips. Selain dari itu pilihan untuk makanan halal walau pun ada disediakan tapi sangat terhad. Jadi Maklong usahakan dengan kerjasama kedua mertua Maklong untuk memastikan yang orang kesayangan Maklong tu sentiasa mempunyai cukup bekalan makanan halal yang sesuai dengan keperluan diabetiknya. Hampir setiap hari kami bekalkan dia dengan telur rebus, keju, peanut butter yang tidak bergula, butter, sosej yang telah dimasak, ayam bakar yang dihiris nipis atau daging bakar yang telah dihiris nipis. Maklong bekalkan jugak sayur-sayur segar seperti salad lettuce, timun dan tomato ceri, buahan segar seperti epal/pic, biskut ryevita yang mempunyai kandungan karbohidrat rendah untuk dimakan bersama butter atau peanut butter. Nasib baiklah dia ada bilik jadi dia boleh simpan makanan tersebut dalam biliknya sendiri. Oleh kerana banyaknya makanan tu kami kena sediakan cooler bag untuknya siap dengan icepack sekali. Selain daritu kami berikan jugak dia berbotol-botol air untuk minuman.

Minggu pertama Ramadan, ubat baru diperkenalkan dan bila Maklong buat kajian sedikit mengenai ubat itu, Makong dapati memang ianya mempunyai impak secara terus terhadap penyakit diabetes. Beberapa kali dia cuba berpuasa tapi gagal kerana terpaksa berbuka disebabkan kesan negatif ubat itu terhadap diabetesnya.

Sepanjang dia berada di hospital, Maklong pastikan yang Maklong hadir dalam sesi konsultansi dengan pakar yang merawatnya bukan sahaja untuk mendapatkan penjelasan tapi jugak untuk memberi pendapat dan maklumbalas terhadap perawatannya. Pakar tersebut taklah sentiasa sependapat dengan Maklong tapi sekurang-kurangnya dia dengar jugak apa Maklong katakan.

Minggu kedua Ramadan doktor pakar menukar preskripsi dan ubat lain pulak diperkenalkan. Alhamdulillah ubat yang akhir ini nampaknya lebih serasi dan dua minggu kemudian orang kesayangan Maklong tu dah boleh balik rumah. Alhamdulillah juga kerana dengan ubat ini dia dapat berpuasa dengan sempurna. Awalnya doktor menjangka yang rawatan hospital tu boleh berlanjutan hingga enam bulan tapi berkat Ramadan Allah keluarkan dia selepas beberapa minggu.

Dalam mengamalkan petua ini, kita pasti akan bertembung dengan orang-orang yang mungkin tidak setuju dengan kita. Kadang-kadang orang itu adalah doktor/ahli perubatan yang merawat pesakit atau kadang-kadang mereka itu adalah teman-teman atau saudara-mara atau ahli keluarga kita dan boleh jadi juga orang itu adalah pesakit itu sendiri.

Jangan putus asa dan jangan mengalah. Banyakkan bersabar, berdoa dan banyakkan bersedekah. Insya Allah, Allah tu Maha Mendengar. Dia yang Empunya penyakit dan Dialah jua yang Empunya penyembuhnya. Kita hanya dapat berusaha. Wallahu a’lam.

Lagi Petua untuk Diabetes

Advertisements

6 Comments

Filed under Tips

6 responses to “Menjaga ahli keluarga yang mengidap diabetes di hospital

  1. salam kenal MAK LONG…emil singgah dari blog ALONG..i’m so grateful as i had a very useful info here about diabetes…as i also faced same problem here…my BIL was attacked bt stroke wit hypertension & diabetes…you’ve been so helpful to me..thank you..

    may i link yours???nice jnowing you…salama

    • Mak Long

      Salam Emil, selamat datang ke blog Maklong yang tak seberapa ni. Maklong hanya berkongsi pengalaman. Kalau apa Mak Long tuliskan ni bermanfaat buat Emil, alhamdulillah sangat-sangat. Nanti Maklong linkkan blog emil juga ya.. 🙂

  2. Salam MakLong. Semoga Allah memberkati MakLong atas ilmu yg di kongsi tu. Alhamdulillah, Along takda famili yg berdiabetik. Bila Emil minta respi utk diabetik problem, Along cadangkan blog MakLong ni. Di harap MakLong teruskan usaha murni ni.

  3. Pingback: Petua Pemakanan Untuk Kencing Manis |

  4. sue

    Salam mak Long.. Thanks atas maklumat ni..Sue sekarang ni tenag menjaga MIL yg kena kencing manis yg teruk..Serch2..jumpa mak long punya web..Apa2 pun, selamat berkenalan maklong..

    Sedap2 juga menu di sini..

  5. saadah

    Berkenalan dengan blog mak long membuat saya teruja dan bahagia..semenjak saya tau suami baru saya penghidap diabeties 10 tahun yang lalu, saya berusaha untuk menjaganya sebaik mungkin..penjagaan lebih kepada pengawalan,,syukur blog mak long banyak membantu..terima kasih ..sesungguhnya hanya Allah yang akan membalasnya, amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s