Monthly Archives: November 2009

Memahami Kecanduan Gula

Kecanduan gula adalah satu kondisi yang dialami oleh pesakit diabetes. Bermula dengan kecanduan gula inilah yang membawa kepada penyakit diabetes.  Ramai individu di luar sana yang bukan pengidap diabetes tidak menyedari yang mereka kecanduan gula.  Adakah anda mengalami kecanduan gula?

Perhatikan kalau anda mempunyai satu atau lebih simptom di bawah ini mungkin anda kecanduan gula:

  • makan bila rasa gugup atau nervous
  • selera berlebihan
  • terasa lapar walaupun baru lepas makan
  • jantung berdegup kencang bila terlepas waktu makan
  • rasa pitam bila lambat makan
  • mudah dapat selsema atau demam
  • sukar tidur waktu malam atau tidur tak lena
  • terasa letih bila bangun tidur
  • mudah rasa lelah
  • suka mengantuk diwaktu siang
  • resdung yang berpanjangan

Tidak semestinya seorang yang kecanduan gula hanya ketagih makanan manis sahaja seperti minuman manis, gula-gula, cokelat, biskut dan kek. Kadang-kadang seorang yang kecanduan gula juga suka  makan di tengah malam.

Bagaimana kita boleh jadi kecanduan gula?

Maklong ada terbaca dalam internet yang kecanduan gula menpunyai kesamaan dengan ketagihan heroin. Seperti dadah, kecanduan gula tidak datang serta merta tapi ia berlaku secara perlahan. Ini kerana gula mempunyai kesan kimiawi terhadap  otak dan tubuh kita. Bila kita makan makanan yang mengandungi gula, kesan kimiawi ini akan membuatkan kita terasa happy dan ini menjadikan tubuh kita menjadi bertambah teringin kepada gula.  Kita mula menambahkan gula dalam hampir semua jenis makanan yang kita makan bukan sahaja minuman dan kuih muih tetapi juga termasuklah semua jenis gulai, sayuran, roti, sambal, acar, sos dan kicap. Gula ditambah ke dalam makanan sebagai penambah rasa. Gula menjadi ‘secret ingredient’ dalam hampir semua jenis produk makanan yang dipakejkan samada secara nyata atau tersembunyi.  Macamana pulak gula ni tersembunyi? Apabila ia berselindung di sebalik nama-nama saintifik seperti sucrose, fructose, maltose, lactose, galactose dsbnya.  Tak percaya? Cubalah baca senarai bahan yang terdapat pada label produk makan yang dijual di kedai.

Dalam budaya Melayu pulak, masyarakat kita mengamalkan budaya  yang menggalakkan gula dalam kehidupan seharian. Pernah Maklong cabar keluarga Maklong untuk mengamalkan zero-sugar dalam rumah kerana dalam rumah kami ada ahli keluarga yang diabetes. Mereka jawab, “Nanti apa pulak orang kata kalau orang datang kita hidangkan air tanpa gula?”.  Sepatutnya kita lebih bersikap peduli apa orang kata kerana kesihatan kita, kita yang perlu jaga sendiri bukan orang lain.

Dalam persekitaran seperti inilah maka sedikit demi sedikit kita menjadi bertambah ketagih dan tanpa disedari tubuh kita mula mengalami simptom di atas.

Komplikasi kecanduan gula sangat memudaratkan kepada kesihatan. Antara komplikasi kecanduan gula

  • Berat badan bertambah dan bersamanya semua komplikasi obesiti;
  • kelemahan sistem imuniti
  • kerosakan gigi
  • diabetes bersama komplikasinya seperti hyperglicemia dan hypoglycemia

Bersambung…

Lagi Petua untuk Diabetes

6 Comments

Filed under Tips

Mengesan kadar gula dalam darah

Kalau nak pastikan samada petua diabetes Maklong ini berkesan atau tidak, Mak long sarankan cuba dapatkan glucometer. Glucometer ini boleh didapati di kebanyakan farmasi. Glucometer digunakan untuk mengesan kadar gula dalam darah dan ini boleh dilakukan sendiri oleh pesakit atau dibantu oleh ahli keluarga pesakit. Tak payah tunggu hingga berjumpa doktor untuk check kadar gula dalam darah kerana kalau ini dilakukan sendiri di rumah penyakit diabetes dapat dikawal dari menjadi bertambah teruk sehingga menyebabkan komplikasi lain yang sukar untuk diubati.

Set glucometer terdiri dari meter pembaca kadar gula, test strip, lancet (jarum halus) dan lancet pen. Lancet atau jarum halus biasanya dipakej dalam kotak dan setiap lancet hanya boleh digunakan untuk sekali bacaan saja. Ia tidak boleh dikongsi antara dua orang. Untuk bacaan baru kena guna lancet baru setiap kali.

Untuk mendapatkan bacaan,

  • Masukkan lancet ke dalam pen lancet dan ketatkan;
  • Pasang suis meter dan masukkan test strip kedalam meter;
  • Bersihkan hujung jari dengan alcohol pad dan picit jari supaya darah mudah keluar;
  • Dengan bismillah, letakkan pen betul-betul pada tengah hujung jari dan tekan punat pen supaya jarum lancet dapat mencucuk hujung jari dengan baik;
  • Titiskan darah pada test strip dan perhatikan meter mula memproses bacaan.

Idealnya kadar bacaan kadar gula yang normal adalah dalam julat antara 4 – 7 mmol/l dalam keadaan perut kosong; kurang dari 10 mmol/l 90 min selepas makan dan lebih kurang 8 mmol/l sebelum  tidur. Kadar ini boleh berbeza antara individu jadi sebaiknya dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.

Amalkan mengambil bacaan setiap selepas bangun tidur sebelum sarapan. Rekodkan ke dalam buku catitan dan elok kalau buku catitan ini dibawa bersama ketika berjumpa doktor.

Lagi Petua untuk diabetes.

11 Comments

Filed under Diabetic-friendly, Tips

Creamy pasta with salmon

Creamy pasta with salmon

 

Untuk hidangan kepada pesakit diabetes gunakan spaghetti low-carbydrate, tapi mungkin susah nak dapat kat Malaysia so boleh gantii dengan kobis yang dihiris nipis memangjang menyerupai spaghetti.

Leave a comment

Filed under Fish, Main Dish

Mixed Fruits with yoghurt and cream

mixed fruits with cream and yoghurt

Walaupun petua untuk diabetes yang Maklong amalkan mengabaikan gula, tidak bermakna kita tidak boleh menikmati buah-buahan manis. Dalam Petua Pemakanan Untuk Kencing Manis – Bhg 3  Maklong ada senaraikan buah-buahan yang dibolehkan tapi tak semestinya kita boleh duduk mengadap sedulang durian atau sebakul limau mandarin kerana ini sudah pasti akan menyebabkan peningkatan mendadak kadar gula dalam darah.  Bagaimanapun, tidak mengapa kalau kita menikmatinya sebagai pencuci mulut di akhir hidangan.

Di sini Maklong gunakan epal dan oren yang dipotong dadu dihidangkan bersama double cream dan greek yoghurt dihiasi dengan taburan permata buah delima. Boleh saja diselang selikan dengan buahan lain seperti pear, mangga, honeydew, betik atau buahan lain.

2 Comments

Filed under Dessert, Diabetic-friendly, Fruit

Quinoa

Quinoa

Quinoa (disebut keenwa) adalah satu alternatif yang baik untuk menggantikan nasi. Quinoa adalah sejenis bijirin yang berasal dari Amerika Selatan khususnya pergunungan Andes. Ia mempunyai tekstur seperti nasi. Kandungan karbohidratnya lebih rendah dari nasi sementara kandungan protin lebih tinggi dari nasi. Dalam proses penghadaman quinoa melepaskan kandungan karbohidrat secara perlahan ke dalam tubuh menjadikannya sesuai untuk pengidap diabetes.  Tak hairanlah kalau ia digelar superfood oleh pakar pemakananan Barat.

Dalam penyediaan, quinoa perlu dibasuh sehingga air basuhan benar-benar jernih untuk membersihkan saponin yang terdapat di bahagian bijirin kalau tidak ia akan terasa pahit. Seperti beras, quinoa mengembang apabila masak.  Quinoa juga sesuai dihidangkan dengan lauk-pauk Melayu.

Quinoa Pilaf

Bahan-bahannya

1 cawan quinoa

1 sudu besar butter atau minyak sapi

1 camca teh parutan halia

1 cili hijau

1/4  bawang besar dicincang halus

1/2 camca teh serbuk kunyit

1/2 camca teh serbuk ketumbar

1/4 camca teh serbuk kayu manis

1 3/4 cawan air

1/2 cawan kacang pis (frozen)

garam secukup rasa

Hidangan 4 orang

Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang dan kacau selama 4-5 minit. Masukkan halia, cili hijau dan  serbuk kunyit, ketumbar dan kayu manis.  Masukkan quinoa yang telah dicuci bersih dan air. Masukkan garam. Biarkan mendidih sehingga quinoa mengembang dan berekor. Kecilkan api dan renih selama 15 minit. Masukkan kacang pis, kacau dan tutup sehingga semua air telah menyerap ke dalam quinoa.

Maklong hidangan dengan stir fried chicken with soy sauce.

2 Comments

Filed under Diabetic-friendly, Main Dish

Quesadilla

Quesadilla

Sesuai untuk  diabetik sekiranya tortilla dihadkan tidak lebih dari 2 keping. Resipinya Maklong dapat dari sini. Maklong hidangkan dengan sour cream dan tomato salsa.

2 Comments

Filed under Chicken, Diabetic-friendly, Main Dish