Memahami Kecanduan Gula

Kecanduan gula adalah satu kondisi yang dialami oleh pesakit diabetes. Bermula dengan kecanduan gula inilah yang membawa kepada penyakit diabetes.  Ramai individu di luar sana yang bukan pengidap diabetes tidak menyedari yang mereka kecanduan gula.  Adakah anda mengalami kecanduan gula?

Perhatikan kalau anda mempunyai satu atau lebih simptom di bawah ini mungkin anda kecanduan gula:

  • makan bila rasa gugup atau nervous
  • selera berlebihan
  • terasa lapar walaupun baru lepas makan
  • jantung berdegup kencang bila terlepas waktu makan
  • rasa pitam bila lambat makan
  • mudah dapat selsema atau demam
  • sukar tidur waktu malam atau tidur tak lena
  • terasa letih bila bangun tidur
  • mudah rasa lelah
  • suka mengantuk diwaktu siang
  • resdung yang berpanjangan

Tidak semestinya seorang yang kecanduan gula hanya ketagih makanan manis sahaja seperti minuman manis, gula-gula, cokelat, biskut dan kek. Kadang-kadang seorang yang kecanduan gula juga suka  makan di tengah malam.

Bagaimana kita boleh jadi kecanduan gula?

Maklong ada terbaca dalam internet yang kecanduan gula menpunyai kesamaan dengan ketagihan heroin. Seperti dadah, kecanduan gula tidak datang serta merta tapi ia berlaku secara perlahan. Ini kerana gula mempunyai kesan kimiawi terhadap  otak dan tubuh kita. Bila kita makan makanan yang mengandungi gula, kesan kimiawi ini akan membuatkan kita terasa happy dan ini menjadikan tubuh kita menjadi bertambah teringin kepada gula.  Kita mula menambahkan gula dalam hampir semua jenis makanan yang kita makan bukan sahaja minuman dan kuih muih tetapi juga termasuklah semua jenis gulai, sayuran, roti, sambal, acar, sos dan kicap. Gula ditambah ke dalam makanan sebagai penambah rasa. Gula menjadi ‘secret ingredient’ dalam hampir semua jenis produk makanan yang dipakejkan samada secara nyata atau tersembunyi.  Macamana pulak gula ni tersembunyi? Apabila ia berselindung di sebalik nama-nama saintifik seperti sucrose, fructose, maltose, lactose, galactose dsbnya.  Tak percaya? Cubalah baca senarai bahan yang terdapat pada label produk makan yang dijual di kedai.

Dalam budaya Melayu pulak, masyarakat kita mengamalkan budaya  yang menggalakkan gula dalam kehidupan seharian. Pernah Maklong cabar keluarga Maklong untuk mengamalkan zero-sugar dalam rumah kerana dalam rumah kami ada ahli keluarga yang diabetes. Mereka jawab, “Nanti apa pulak orang kata kalau orang datang kita hidangkan air tanpa gula?”.  Sepatutnya kita lebih bersikap peduli apa orang kata kerana kesihatan kita, kita yang perlu jaga sendiri bukan orang lain.

Dalam persekitaran seperti inilah maka sedikit demi sedikit kita menjadi bertambah ketagih dan tanpa disedari tubuh kita mula mengalami simptom di atas.

Komplikasi kecanduan gula sangat memudaratkan kepada kesihatan. Antara komplikasi kecanduan gula

  • Berat badan bertambah dan bersamanya semua komplikasi obesiti;
  • kelemahan sistem imuniti
  • kerosakan gigi
  • diabetes bersama komplikasinya seperti hyperglicemia dan hypoglycemia

Bersambung…

Lagi Petua untuk Diabetes

Advertisements

6 Comments

Filed under Tips

6 responses to “Memahami Kecanduan Gula

  1. Salam kenal Mak Long …1st time singgah sini…seronok baca Mak Long punya statement ni pasal kecanduan gula…..terima kasih berkongsi info tersebut…salam

  2. haji zahib

    tq maklum .info yang sangat ilmiah. teruskan usaha sesungguhnya setiap amal yang baik mendapat pahala dari Allah.

  3. siti zaleha zainal abidin

    assalamualaikum

    Saya juga pernah mengalami simptom seperti yang di nyatakan. Rasa seperti sangat tak larat bekerja. Tenaga yang ada hanya cukup untuk office sahaja. Bila balik ker rumah rasa nak tidur dan relax sahaja. Ada juga darah tinggi. Tahu kena bersenam untuk kesihatan, tetapi tidak buat keranan rasa letih.
    Sekarang alhamdulilah telah sihat dan bertenaga. TQ kepada Allah kerana melalui kawan bertemu penawar iaitu Aloe vera gel keluaran Forever Living product. Saya minum setiap pagi dan malam. dan dalam masa 25 hari ada yang dah dapat melihat perubahan tenaga dan mood. Syukur sekarang rasa hidup lebih berkualiti dan daapt buat solat dengan lebig berkualiti.

  4. OniYon

    MakLong keep writing! Ingin nak baca lagi petua2 yang diberi MakLong ni..

  5. compwizz

    -*-*-**************************************************************************-*-*-

    FREE Qibla Direction Viewer for Android Smartphone and Tab available on Google Play Store

    http://paklongsfreeproductsformuslims.blogspot.com/p/free-qibla-direction-viewer-for-android.html

    FREE Pocket Arabic Alphabet for Android Smartphone and Tab available on Google Play Store

    http://paklongsfreeproductsformuslims.blogspot.com/p/free-pocket-arabic-alphabet-for-android.html

    FREE Pocket English Alphabet for Android Smartphone and Tab available on Google Play Store

    http://paklongsfreeproductsformuslims.blogspot.com/p/free-pocket-english-alphabet-for.html

    FREE Pocket Times Tables for Android Smartphone and Tab available on Google Play Store

    http://paklongsfreeproductsformuslims.blogspot.com/p/free-pocket-times-tables-for-android.html

    -*-*-*****************************************************************************-*-*-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s