Monthly Archives: October 2010

Mana Mak Long pergi ni…!

Salam semua. Lama benar Mak Long tak menjengah blog ni. Ramai yang bertanya Mak Long tak jawab-jawab jugak. Bagi yang ternanti-nanti jawapan tu Mak Long minta maaf ye.. Oleh kerana kebanyakan soalan tu hampir sama, berkisar apa jenis makanan yang boleh dimakan atau menu yang sesuai, Maklong akan cuba jawab dalam pos ni ye.. Biar sekali harung.

Sebenarnya banyak masakan melayu yang boleh dimakan oleh pesakit kencing manis. Cuma satu amalan kurang baik dalam masakan Melayu adalah penggunaan gula untuk memperisakan makanan terutama lauk pauk. Asalkan kita guna prinsip berpantang gula dan kurangkan karbohidrat, you wont go wrong. Belajarlah memperisakan makanan dengan salt and pepper. Belajar juga mencari alternatif pemanis untuk menggantikan gula dalam masakan. Misalnya untuk memaniskan sambal tumis gunakan jus tomato dan lebihkan bawang besar. Untuk memperisakan sambal belacan gunakan jus lemon/oren kerana buah-buhan ini mempunyai rasa manis asli. Begitu juga dengan bawang.

Dengan kata lain, jauhkan sebarang manisan dalam semua jenis makanan atau minuman, kurangkan nasi tapi lebihkan lauk-pauk dan sayur. Memang pada permulaan akan terasa janggal tapi lama kelamaan lidah kita akan terbiasa dan ia tak menjadi masalah lagi. Tak boleh lagi minum sirap, teh tarik atau kuih muih manis untuk mengiringi makanan. Sebaliknya amalkan minum air kosong sahaja, minimum 2 liter sehari. Kalau biasanya anda minum manis semasa makan, cuba gantikan dengan air sejuk berais bersama sekeping atau dua hirisan lemon. Cukup menyegarkan! Kalau keluarga anda kecil, maksud Maklong kurang dari lima ahli keluarga, Maklong cadangkan why not amalkan zero sugar dalam rumah.

Biasanya pesakit kencing manis ni kuat makan, ini tak jadi masalah. Hidangkan dia hanya satu senduk nasi bersama dua tiga jenis lebih lauk/sayur. Misalnya  kalau dulu 1 ekor ikan sekarang 2 ekor ikan goreng, kalau dulu 1 potong ayam sekarang dua atau tiga potong. Kalau dia nak makan sekor ayam pun takpa. Insya Allah tak kan menggemukkan.. Pokoknya jangan tambah nasi tapi tambah lauk/sayur. Biar dia makan sampai kenyang asalkan apa yang dimakan tu sesuai untuk kencing manis (Rujuk Tips Mak Long yang lepas ye). Kemudian kalau biasanya anda hidangkan dessert dengan kuih muih atau makanan manis, gantikan dengan buahan segar. Kalau terlalu berpantang sampai berlapar itu lebih berbahaya kerana ini akan memberi kesan kepada kandungan gula dalam darahnya.

Sebagai contoh Maklong berikan satu cadangan menu harian :

Starter :

Kacang tanah panggang berempah

Main:

Nasi Putih beras basmathi ( satu senduk sahaja seorang)

Masak  lemak pucuk ubi dengan tempe

Tahu goreng sumbat

Ikan goreng

Telur dadar

Sambal tumis udang

Dessert:

Salad buahan

As you can see, hidangan ni biasa saja. Yang berbeza cuma hidangan yang dimasak ni tidak diperisakan dengan gula atau sebarang sos atau kicap yang mengandungi gula. Kalau berani dan ingin berubah lebih drastik boleh gantikan nasi putih dengan nasi tiruan.

Panduan yang terperinci ada maklong sediakan dalam Tips pemakanan untuk pesakit kencing manis 1,2 dan 3. Maklong harap jawapan ini membantu. Good luck.

Leave a comment

Filed under Tips