Salad tengah malam

Ada ke salad tengah malam? Salad ini Mak Long buat sebab mulut terasa nak mengunyah tapi sebab hari dah larut Mak Long tak nak makan suatu yang berat. Jadi Mak Long selongkar apa yang ada dalam peti ais, maka terhasil lah salad ni. Salad ni sesuai untuk pesakit kencing manis dan mereka yang selalu terasa perut lapar waktu tengah malam. Yang penting anda perlu pastikan ianya kurang karbohidrat, labih sayuran dan lebih protin. Di sini Mak Long gunakan daun gem lettuce, parutan lobak merah, timun, sweetcorn, parutan keju dan telur rebus. Kalau tak keju boleh guna ayam atau ikan goreng/bakar  yang di siat-siat atau udang celur. Telur rebus ini Mak Long gunakan tips Nigella Lawson untuk dapatkan telur kuning yang lembut. Mudah aje. Rebus telur dalam air mendidih selama satu minit kemudian tutup api dan biarkan selama sepuluh minit. Lepas tu rendamlah telur dalam air sejuk supaya ia mudah dikupas.

Advertisements

8 Comments

Filed under Diabetic-friendly, Vegetarian

8 responses to “Salad tengah malam

  1. Mak Long,
    Brp byk karbohidrat dlm jagung ye? adakah jagung byk protein dan serat berbanding karbohidrat?

  2. zety

    Mak Long ,
    Saya ingin tanya adakah salad ini tidak memerlukan sosnya ?

  3. Angie Buyong

    Thanks for the blog. I am recently diagnosed as having diabetes so its a blessing to have more information to what kind of foods a diabetic can eat. I have been cutting sugar totally from my drinks, and now everything is ‘kosong’. I also try to avoid processed foods such as sauces and mayonnaise because (based on my food tech background) these have high content of starch (carb) and sodium. So i think these should be used sparingly. Maybe can substitute the salad dressings with lemon juice + olive oil + mixed herbs. Just some suggestion 🙂
    Again, thank you so much for this blog.

    • Mak Long

      Syabas kerana telah berjaya minum tanpa gula. After a while your palate akan menjadi lebih bersih dan sensitif dan akan dapat merasa natural sugar yang terdapat dalam makanan asli. About sauces tu, you are absolutely right!. Memang kebanyakan sos dan kicap di Malaysia yang mempunyai kandungan karb yang tinggi. Sebab tu Maklong rekomen supaya baca senarai ingredients pada food label. Di UK terdapat pilihan mayonaise yang rendah carbnya tapi di Malaysia kurang pilihan. Jadi lebih elok kalau guna sos atau mayonis yang dibuat sendiri.

  4. siti

    Bismillah
    Berkenaan resepi diatas, kandungan karbohidrat bagi satu hidangan itu agak tinggi, terutamanya bagi pesakit diabetis. Berapa ya anggaran jagung yang digunakan

    • Mak Long

      Salam Siti,
      Jagung yang maklong gunakan disini adalah jagung dalam tin yang ditinkan dengan air suling sahaja tanpa sebarang ingredient tambahan. Saiz tinnya kecil hanya 80gm jagungnya sahaja dimana kandungan karbohidratnya lebih kurang 11gm. Maklong hanya gunakan lebih kurang satu sudu besar sahaja untuk salad ini sebagai taburan atas salad dan bukan sebagai main ingredient. Memang jagung mengandungi karbohidrat dan gula asli tapi jagung biji juga mengandungi serat dan serat tidak menjejaskan paras gula semasa penghadaman. Kalau mahu Siti boleh juga gantikan jagung dengan kekacang seperti kacang kuda atau kacang merah untuk salad ini. Pada asasnya jika Siti ingin gunakan ingredient yang mengandungi karbohidrat tinggi dalam salad seperti ini pastikan kuantitinya kuantitinya sedikit sahaja. Yang penting kita kena pandai sesuaikan jenis-jenis sayuran untuk menjadikan salad supaya menarik dan enak dimakan. 🙂

  5. compwizz

    -*-*-**************************************************************************-*-*-

    FREE Qibla Direction Viewer for Android Smartphone and Tab available on Google Play Store

    http://paklongsfreeproductsformuslims.blogspot.com/p/free-qibla-direction-viewer-for-android.html

    FREE Pocket Arabic Alphabet for Android Smartphone and Tab available on Google Play Store

    http://paklongsfreeproductsformuslims.blogspot.com/p/free-pocket-arabic-alphabet-for-android.html

    FREE Pocket English Alphabet for Android Smartphone and Tab available on Google Play Store

    http://paklongsfreeproductsformuslims.blogspot.com/p/free-pocket-english-alphabet-for.html

    FREE Pocket Times Tables for Android Smartphone and Tab available on Google Play Store

    http://paklongsfreeproductsformuslims.blogspot.com/p/free-pocket-times-tables-for-android.html

    -*-*-*****************************************************************************-*-*-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s