Tolong! Jangan ambil kaki ku!

Salam semua,

Mak Long sering mendapat soalan bagaimana untuk mengelakkan  kaki dari dipotong. Mak Long sedih benar bila mendapat soalan-soalan seperti ini kerana Mak Long tahu apabila sampai ke tahap ini sebenarnya ia sudah sangat kritikal. Mak Long sendiri  pernah ada saudara dekat yang kehilangan kakinya kerana diabetes. Jadi Mak Long faham benar dengan situasi ini dan Mak Long sangat prihatin.

Mak Long ni bukanlah seorang doktor jadi Mak Long tak ada sebarang tauliah untuk memberi nasihat perubatan mengenai situasi seperti ini. Apa yang Mak Long ada hanyalah sedikit ilmu yang Mak Long dapat dan Mak Long cuba praktikkan dan Mak Long dapati ia berkesan. Ilmu yang Mak Long yang cuba kongsikan di sini bukan ciptaan Mak Long sendiri dan Mak Long bukannya dapat dengan percuma juga. Mak Long mendapatnya dari pakar perubatan yang terlatih juga dan Mak Long tambah dengan pembacaan Mak Long sendiri. Dan Mak Long dapati apabila Mak Long sendiri menyimpang dari petua Mak Long ni, Mak Long mula lah terasa sakit-sakit. Mak Long yakin sekiranya petua ini di amalkan dengan istiqomah, insya Allah ia dapat menjimatkan kos perubatan yang tinggi dan dapat menyelamatkan kaki. Sekiranya anda sebelum ini hanya borderline diabetes, petua ini dapat mengelakkan anda dari diabetes. Bagaimana pun, seperti yang Mak Long selalu sebutkan, petua ini bukan galang ganti perubatan doktor, sekiranya anda memang dah ada diabetes, atau telah mendapat komplikasi akibat diabetes, maka nasihat doktor masih diperlukan.

Ok, untuk tidak mengecewakan mereka yang bertanya, Mak Long telah panjangkan soalan mereka-mereka ini kepada dua orang pakar yang Mak Long kenali secara peribadi.

Pakar yang pertama ialah Dr Norzita Mohd Yusof (MBBS (Malaya) IBCMT (Board Certified)  WOSAAM (Board Certified).

Ihsan Dr Nor

Dr Norzita adalah pengasas  Naturo wellness Clinic and beliau adalah orang pertama yang memperkenalkan kaedah pemakanan “low carbohydrate” yang kini Mak Long amalkan untuk membantu diabetes. Beliau mengamalkan perubatan secara holistik berasaskan terapi pemakanan. Beliau mempunyai kepakaran dalan terpi ozon, terapi “chelation” dan banyak lagi.

Berikut adalah jawapan beliau untuk soalan:

“salam…sy nk tnya mak mertua sy kna kecing manis yg agak truk la jugak skrng ni dok ada kat hspitl&dh kna potong sikit tp doktor nk potong lgi smpai kat betis mcm mn nk elak dari di potong lagi?”

Salam my answer will be in English( so sorry )…If the limbs do not want to be amputated,her sugar control must be tightly controlled and her mother-in-law mya need insulin for tight control at the moment and she needs to do ozone therapy – blood ozone and limb bagging with ozone.

Mak Long terjemahkan : Sekiranya kaki tersebut ingin diselamatkan, kadar gula dalam darah perlu dikawal dengan ketat dan ibumertua tersebut munkin perlu insulin. Kakinya boleh dirawat dengan terapi ozon .

assalamualaikum m.long…

saya nk tanyer ade tak alternatif lain tuk DM,maksud saya cara tuk mngubatinya.ayah saya dimasukkan ke wad disebabkan melecur di kaki.doktor kata kalau kaki dia bertambah teruk dia nasihatkan supaya potong..kami sekeluarga nk elakkan drpd dipotong..kalau boleh saya nk tahu ape yg patut dan ape yg tidak patut dimakan oleh ayh saya..harap mak long dpt tlg la sedikit sbyk..”

Alaikumsalam,the father needs ozone therapy but basic debridement of wound must be done by a proper nurse who knows about sterility and he needs a tight diabetic control with tight glucometer montioring ….2 hours after food has to be less than 7.8 mmol/l.

As both patients need to be on cod liver oil with at least total vitamin D of 1000 iu per day and lipoic acid and chromium at least 1200 mcg per day..InsyaALLAH

Mak Long terjemahkan: Ayah tersebut perlu terapi ozon tetapi rawatan luka pada kaki perlu dilakukan oleh seorang jururawat yang mahir dengan sterility (asas kebersihan) dan dia memerlukan kawalan ketat mengggunakan glucometer.. bacaan kadar gula dalam darah mestilah kurang dari 7.8 mmol/l   dalam 2 jam selepas makan.

Untuk kedua-dua pesakit, boleh ditambah minyak ikan kod yang mengandungi vitamin D dengan jumlah sekurang-kurangnya 1000 iu sehari dan asik lipoik serta chromium sekurang-kurangnya 1200 mcg sehari .

Mak Long harap jawapan ini membantu. Sebarang pertanyaan boleh di ajukan disini atau terus ke blog Dr Norzita.

Petua untuk Diabetes

Advertisements

6 Comments

Filed under Diabetic-friendly, Tips

6 responses to “Tolong! Jangan ambil kaki ku!

  1. yaye

    Salam, maklong tolong bg tip bgmana utk pesakit DM mengurangkan stress dan tekanan krn byk makanan yg sedap2 dah tak boleh dimakan.

    • Mak Long

      Salam Yaye,

      Terima kasih kerana sudi singgah. Sebenarnya tak perlu stress sebab rasa macam banyak benda dah tak boleh makan. Untuk hilangkan stress tu, cuba alihkan fokus minda anda untuk mencari makanan kegemaran baru. Sebab banyak lagi yang boleh di makan terutama di Mlaysia yang mempunyai seribu satu macam pilihan. Apa makanan kegemaran Yaye? Manis? Pedas? Berlauk? Klaua manis gantikan dengan splenda/stevia. Kalau pedas, masih boleh makan cuma jangan bubuh gula sebagai perisa. suka nasi? Gantikan dengan quinoa.

  2. Nor

    Assalamualaikum Mak Long,
    mak saya ada strok dan kencing manis. baru2 ni, kakinya berkudis menyebabkan berdarah dan bernanah lebih kurang besar duit 50sen di belakang betisnya sbb dia suka menggaru. tahap gulanya 7.3.
    mcmana saya nak dapatkan vitamin2 seperti yang disarankan oleh Dr.Nor seperti diatas. disbbkan lambakan vitamin yg pelbagai jenama. apakah jenama yg paling baik boleh mak long sarankan?

    • Mak Long

      Salam Nor,

      Maklong harap kudis di kaki Mak Nor segera sembuh, kalau tak sembuh cepat-cepat bawa jumpa doktor kerana bimbang jadi gangren nanti. Untuk vitamin tu Mak long tak da jenama tertentu cuma Maklong biasanya cari vitamin yang diperbuat dari sumber tumbuhan, misalnya kalau yang kapsul tidak mengandungi gelatin. Nor boleh juga cuba dapatkan nasihat dari ahli farmasi di kedai ubat. Apa pun Maklong akan panjangkan soalan Nor kepada Dr Nor mungkin dia boleh beri jawapan yang lebih baik..

  3. Nor

    terima kasih mak long. sementara itu, saya akan cuba tanya dan dapatkannya dari farmasi terdekat.

  4. compwizz

    -*-*********************************************************************************-*-

    FREE Qibla Direction Viewer for Android Smartphone and Tab available on Google Play Store

    http://paklongsfreeproductsformuslims.blogspot.com/p/free-qibla-direction-viewer-for-android.html

    FREE Pocket Arabic Alphabet for Android Smartphone and Tab available on Google Play Store

    http://paklongsfreeproductsformuslims.blogspot.com/p/free-pocket-arabic-alphabet-for-android.html

    FREE Pocket English Alphabet for Android Smartphone and Tab available on Google Play Store

    http://paklongsfreeproductsformuslims.blogspot.com/p/free-pocket-english-alphabet-for.html

    FREE Pocket Times Tables for Android Smartphone and Tab available on Google Play Store

    http://paklongsfreeproductsformuslims.blogspot.com/p/free-pocket-times-tables-for-android.html

    -*-*********************************************************************************-*-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s