Splenda

Apa itu Splenda?

Splenda  adalah pemanis yang Mak Long gunakan untuk menggantikan gula dalam masakan.  Biasanya  pesakit diabetes ni mengalami kecanduan gula, jadi kalau kita tiba-tiba hentikan gula dari diet hariannya, dia akan jadi ketagihan dan akan mula mencari gula semula. So, Splenda adalah gantian terbaik untuk gula.

Kandungan utama Splenda adalah sucralose.  Berlainan dengan pemanis lain, sucralose tidak mempunyai kesan ke atas insulin dalam badan. Ini kerana kandungan karbohidratnya yang hampir nil natijahnya ia tidak memberi kesan negatif pada kadar gula dalam darah.  Mak Long suka guna Splenda kerana ia sesuai untuk masakan. Splenda juga tidak mempunyai “after taste” yang pahit seperti pemanis lain. Ciri unik sucralose yang mengatasi pemanis lain adalah:

  • ia tetap stabil pada suhu tinggi atau pada pH rendah;
  • mempunyai rasa seperti gula;
  • 600 kali lebih manis dari gula.

Splenda dihasilkan dalam beberapa bentuk:

  • pil
  • serbuk

Mak Long lebih suka guna Splenda serbuk kerana ia lebih versatil.

Bagaimana menggunakan Splenda?

 

 

 

 

 

 

Jadual di atas memberikan tukaran sukatan gula kepada sukatan Splenda. Sukatan ini boleh digunakan untuk membuat kek dan juadah manis lain.


 

 

 

Di mana nak dapatkan Splenda Di Malaysia?

Untuk setakat ni, Mak Long tak tahu jawapannya. Jadi kalau anda tahu di mana Mak Long boleh dapatkan Splenda di Malaysia, tolonglah  (please pretty please ) kongsikan di sini ye.

Advertisements

19 Comments

Filed under Diabetic-friendly, Tips

19 responses to “Splenda

  1. Mak Long,
    Bagaimana dgn daun stevia? blh jdi bhn pengganti ke?

    • Mak Long

      Azrinna,
      Daun stevia boleh juga diguna untuk ganti gula. Cuma maklong belum pernah cuba kerana di UK stevia payah sikit nak jumpa

  2. fanezc

    boleh beli splenda di Jaya Grocery di Sunway Giza, Kota Damansara. mahal juga.

    • Mak Long

      Salam Fanezc, Thanks for the info. Berapa agaknya harga Splenda di Malaysia ye.. Kalau dah ada di Jaya Grocery, harap-harap Tesco pun ikut sama..

  3. nhm

    Urban fresh setia mall boleh dpt20++

  4. nhm

    Jaya grocerr leh dpt kat tropicana. Mall .. Empire mall. ?.boleh serch outlet jaya grocer byk outlet nya mak long :-):-):-)

  5. nhm

    Btw tesco carefour coolstorage mmg susah nak jmp
    Biasanya akan ada di urban storage n jaya grocer

    :-):-):-):-)

    • Mak Long

      Thanks nhm. Tesco, carrefour dan coolstorage adalah tpt2 yang maklong biasa pergi dan memang belum pernah jumpa. Urban storage dan Jaya Grocer tu kat mana ye?

  6. Madir

    Mak Long… Saya ada terbaca bahawa Splenda nie bahaya dan ada side effect..betul ker?

  7. Jika guna banyak 1kg, boleh contact Behn Meyer Chemicals, ejen Splenda Sucralose dari Tate & Lyle, buka China buatan. 03-80263392 Cik Alicia.

  8. Ming

    Mak Long, Saya penjual pemanis sucralose buatan Malaysia yang Halal.
    Mak Long boleh email saya di mincotrading75@gmail.com

  9. kena check jaya grocer di bukit jelutong nampaknya..puhh..harapnya ada

  10. jiemusa

    Mak long dah dpt ker splenda granular? Saya memang tgh mencari ni

  11. compwizz

    -*************************************************************************************-

    FREE Qibla Direction Viewer for Android Smartphone and Tab available on Google Play Store

    http://paklongsfreeproductsformuslims.blogspot.com/p/free-qibla-direction-viewer-for-android.html

    FREE Pocket Arabic Alphabet for Android Smartphone and Tab available on Google Play Store

    http://paklongsfreeproductsformuslims.blogspot.com/p/free-pocket-arabic-alphabet-for-android.html

    FREE Pocket English Alphabet for Android Smartphone and Tab available on Google Play Store

    http://paklongsfreeproductsformuslims.blogspot.com/p/free-pocket-english-alphabet-for.html

    FREE Pocket Times Tables for Android Smartphone and Tab available on Google Play Store

    http://paklongsfreeproductsformuslims.blogspot.com/p/free-pocket-times-tables-for-android.html

    -*************************************************************************************-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s