Quinoa lemak

Nasi lemak adalah sarapan tradisi Melayu. Namun bagi pengidap diabetes, nasi lemak sukar dielakkan. Mak Long sudah jumpa gantian untuk nasi lemak yang cukup berlemak mempunyai rasa dan tekstur yang hampir serupa- quinoa (disebut keenwa) lemak. Ia cukup mengenyangkan dan anda tidak akan makan bertambah.

Bahan-bahannya

1 cawan quinoa

1  tin santan kelapa blue Dragon

1 ulas bawang putih (cincang halus)

1 inci halia (parut)

1 batang serai

air secukupnya

1 kiub stok ayam

garam

Hidangan  untuk 2 orang

Rendam quinoa selama sekurang-kurangnya setengah jam. Ramas quinoa dengan jari dan bilas dengan air yang banyak untuk membersihkan buih saponin yang terdapat pada kulit quinoa. Sekiranya tidak dibersihkan dengan sempurna buih saponin boleh menyebabkan rasa pahit.

Masukkan quinoa dalam periuk. Sukat santan kelapa dan tambahkan air secukup untuk sama dengan 2 cawan. Curahkan kedalam periuk quinoa. Masukkan bawang putih, halia, serai yang telah diketuk, kiub stok dan garam. Rebus seperti nasi. Apabila telah mendidih dan hampir kering,  tutup periuk dan tutup api. Biarkan tertutup selama 15 min. Anda boleh juga gunakan periuk nasi elektrik.

Maklong hidangkan quinoa lemak dengan sambal tumis, telur rebus, timun dan ayam bakar.

Advertisements

8 Comments

Filed under Breakfast, Diabetic-friendly

8 responses to “Quinoa lemak

  1. Salam maklong. Lama tak bersiaran, hope you are well. Camna rupa quinoa tu. Will be nice kalau tunjuk photo.

  2. Mak Long

    Salam AlongRoz,
    I am well, alhamdulillah. Memang betul lama tak bersiaran. Tahun lepas cuma ada satu pos je. Insya Allah this year azam baru. Hope to more regular. Quinoa tu halus bijinye.. Nanti I’ll do a special post just on quinoa. BTW your baby looks so cute. Kalau Maklong ada baby kecik sure dah book buat menantu.. hehehe

  3. Hajah Edah Mohamed Noor

    Where can you get Quinoa? Kedai mana jual?

    • Mak Long

      Salam kenal Hajah Edah Mohamed Noor,
      Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Mak Long. Mak Long berada di luar negeri sekarang ni jadi tak sure dimana boleh dapat quinoa tapi Mak Long dapat info yang quinoa boleh didapati di supermarket Cold storage. Cubala cari di sana atau tanyakan di health food shops.

  4. Mak Long,
    Kalau di cold storage cari kat tempat jual bijirin.

  5. lyza

    salam, mak long jika tak jumpa quinoa buleh ganti to anything else tak ?

  6. compwizz

    -*************************************************************************************-

    FREE Qibla Direction Viewer for Android Smartphone and Tab available on Google Play Store

    http://paklongsfreeproductsformuslims.blogspot.com/p/free-qibla-direction-viewer-for-android.html

    FREE Pocket Arabic Alphabet for Android Smartphone and Tab available on Google Play Store

    http://paklongsfreeproductsformuslims.blogspot.com/p/free-pocket-arabic-alphabet-for-android.html

    FREE Pocket English Alphabet for Android Smartphone and Tab available on Google Play Store

    http://paklongsfreeproductsformuslims.blogspot.com/p/free-pocket-english-alphabet-for.html

    FREE Pocket Times Tables for Android Smartphone and Tab available on Google Play Store

    http://paklongsfreeproductsformuslims.blogspot.com/p/free-pocket-times-tables-for-android.html

    -*************************************************************************************-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s