Daily Archives: February 18, 2011

Jerusalem artichokes dengan kepak ayam

Jerusalem Artichokes atau sunchoke adalah sejenis ubi yang datang dari tumbuhan serupa bunga matahari. Mak Long tak tahu kalau ada nama Melayu untuk Jerusalem artichoke ni. Ubi Jerusalem artichoke mempunyai bentuk dan rupa seperti halia. Kalau nak tau rasanya, bayangkan rasa kacukan antara ubi kentang dengan sengkuang.

Jerusalem artichoke mempunyai glisemik indeks yang rendah. Ini menjadikannya sesuai untuk diabetik. Karbohidrat yang terdapat dalam ubi ini adalah jenis inulin yang apabila dihadam, tidak menjejaskan kadar glukos dalam darah.  Ia adalah jenis serat yang kaya dengan prebiotik. Kita tahu yang probiotik adalah bakteria seperti acidophilus dan asid laktik bakteria yang diam dalam usus kecil kita membantu meningkatkan kesihatan kita. Prebiotik pulak adalah “makanan” untuk probiotik. Jadi ia baik untuk sistem penghadaman kita.

Jerusalem artichoke sesuai sebagai gantian kentang. Jadi anda terasa nak makan kentang, gantikan dengan jerusalem artichoke.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Chicken, Diabetic-friendly, Main Dish