Monthly Archives: August 2011

Stevia: Berita baik untuk diabetes

Sebelum ni Mak Long pernah bercakap tentang Splenda sebagai pengganti gula dalam makanan. Hari ini Mak Long nak bercerita teng stevia pulak. Berbanding Splenda, stevia lebih mudah didapati di Malaysia. Bagaimana pun Mak Long masih belum berpengalaman lagi dalam masakan Mak Long, jadi jom kita teroka sama-sama.

Kembang stevia rebaudiana - ihsan Wikipedia

Stevia berasal dari sejenis herba bernama Stevia rebaudiana yang juga dikenali sebagai sugarleaf/sweetleaf atau daun manis. Ekstrak steviol glycoside  yang didapati dari tumbuhan ini mengandungi kemanisan 300 kali lebih tinggi dari gula. Oleh kerana stevia tidak memberi kesan negatif terhadap kadar gula dalam darah, ia sangat sesuai untuk pengidap diabetes. Stevia kini menjadi semakin popular di kalangan pengamal diet rendah karbohidrat.

Malaysia kini adalah salah sebuah negara yang sudah mengusahakan stevia sebagai tumbuhan makanan.  Sebagai pemanis stevia tidak mempunyai rasa pahit yang biasa terdapat dalam bahan pemanis lain seperti saccharin atau cyclamate. Selain pemanis seperti Equal stevia, Mak Long dapati banyak juga produk berunsurkan stevia yang kini terdapat di pasaran Malaysia.  Ini termasuklah sirap kordial yang telah dimaniskan dengan stevia seperti produk Stevia Sweet. Ini cukup baik untuk pengidap diabetes terutama di saat menghampiri hari raya.

Setakat ini Mak Long sudah pernah menggunakan stevia  untuk memperisakan masakan bagi menggantikan gula tapi Mak Long masih lagi mencari cara untuk menggunakan stevia untuk membuat kuih-muih. Sesiapa yang berpengalaman dan pernah menggunakan stevia dalam pembuatan kuih-muih harap dapat dikongsikan disini untuk kebaikkan bersama ya..

 

Advertisements

22 Comments

Filed under Diabetic-friendly, Uncategorized

Salad buahan buat berbuka

Pak Long sangat suka buahan untuk membuka  selera waktu berbuka. B iasanya Mak Long akan pilihkan beberapa buahan untuk dijadikan salad. Pernah ada memberi komen yang buahan yang Mak Long gunakan tidak sesuai untuk diabetes. Sebenarnya komen itu betul juga.  Buahan seperti oren, mangga atau rambutan misalnya  tidak sesuai lebih lebih lagi apabila dimakan berlebihan.  Jadi supaya pengidap diabetes tidak merasa kempunan Maklong campurkan sedikit buah oren dengan buahan lain yang rendah indeks glisemiknya seperti epal dan honeydew.  Kemudian Mak Long hidangkan dengan susu cair dan yoghurt.  Dengan cara ini, pengidap diabetes dapat menikmati kepelbagaian buah dengan cara yang lebih sihat.

Leave a comment

Filed under Diabetic-friendly, Fruit

Pucuk ubi masak lemak dengan tempeh…tapi kureng sikit…

 Semalam Mak long berbuka dengan pucuk ubi masak lemak tempe. Sejak menetap di kampung ni baru sekarang Maklong dapat makan makanan kegemaran Mak Long ini. Tapi Mak Long kureng puas hati sebab kelapa parut yang Mak long gunakan tak banyak santannya jadi santannya agak cair sedangkan Mak long suka santan pekat untuk masakan ini. Biasanya MakLong gunakan tempe yang agak tua dan sedikit kering yang MakLong akan cincang halus dan rebus dengan bumbunya sampai betul-betul lembut. Tempe tua memberikan flavor yang cukup istimewa dalam masakan ini. Kalau masak pucuk ubi macam ni Maklong boleh ratah sayur sampai habis seperiuk..  Walau tak berapa menjadi, masih tetap sedap di lidah MakLong yang dah lama merinduinya..

Haha tak  payah resipilah ye.. Nanti bila dah buat yang betul kau baru MakLOng sharekan resipinya

Selamat berbuka..

 

 

10 Comments

Filed under Uncategorized

Soy Collagen

Baru-baru ini Mak long diperkenalkan dengan satu produk baru yang menakjubkan. Produk tersebut adalah soy collagen. Ia adalah produk soya yang mengandungi collagen dari sumber marin yang sangat berkesan dalam mengatasi masalah kulit kering, kusam, berparut dan tidak sekata. Protein kacang soya pula mempunyai kebaikan untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Produk soy collagen ini juga diperkaya dengan astaxantin yang mempunyai pelbagai manfaat tambahan seperti:

  • meingkatkan antibodi
  • anti oksida (melindungi sel dari radikal bebeas dan membantu mencegah kanser)
  • mengurangkan risiko sakit jantung
  • menambah daya ingatan
  • menambah daya tahan dari serangan penyakit usus
  • mengeluarkan sel tidak normal di hati
  • melindungi mata dan kulit dari UV A dan UV B

Alhamdulillah setelah mencubanya selama seminggu Mak Long dapat rasakan perubahannya. Kulit Maklong jadi lebih lembut. Selain  dari itu parut-parut lama akibat bermain dengan Conet kucing MakLong yang nakal tu, dah semakin pudar. Paklong pun komen perkara yang sama. Apa yang suka ia hanya perlu diminum sahaja seperti susu dan rasanya pun sedap. Tak perlu suntikan, tak perlu botox dan tidak ada bahan kimia.

MakLong dapat tahu yang selebriti terkenal seperti Catriona Ross pun menggunakan produk ini.  Jadi kalau anda teringin untuk kulit yang cantik di hari raya ini, hubungilah Mak Long dan Maklong boleh tolong dapatkannya untuk anda.

Leave a comment

Filed under Beverage