Stevia: Berita baik untuk diabetes

Sebelum ni Mak Long pernah bercakap tentang Splenda sebagai pengganti gula dalam makanan. Hari ini Mak Long nak bercerita teng stevia pulak. Berbanding Splenda, stevia lebih mudah didapati di Malaysia. Bagaimana pun Mak Long masih belum berpengalaman lagi dalam masakan Mak Long, jadi jom kita teroka sama-sama.

Kembang stevia rebaudiana - ihsan Wikipedia

Stevia berasal dari sejenis herba bernama Stevia rebaudiana yang juga dikenali sebagai sugarleaf/sweetleaf atau daun manis. Ekstrak steviol glycoside  yang didapati dari tumbuhan ini mengandungi kemanisan 300 kali lebih tinggi dari gula. Oleh kerana stevia tidak memberi kesan negatif terhadap kadar gula dalam darah, ia sangat sesuai untuk pengidap diabetes. Stevia kini menjadi semakin popular di kalangan pengamal diet rendah karbohidrat.

Malaysia kini adalah salah sebuah negara yang sudah mengusahakan stevia sebagai tumbuhan makanan.  Sebagai pemanis stevia tidak mempunyai rasa pahit yang biasa terdapat dalam bahan pemanis lain seperti saccharin atau cyclamate. Selain pemanis seperti Equal stevia, Mak Long dapati banyak juga produk berunsurkan stevia yang kini terdapat di pasaran Malaysia.  Ini termasuklah sirap kordial yang telah dimaniskan dengan stevia seperti produk Stevia Sweet. Ini cukup baik untuk pengidap diabetes terutama di saat menghampiri hari raya.

Setakat ini Mak Long sudah pernah menggunakan stevia  untuk memperisakan masakan bagi menggantikan gula tapi Mak Long masih lagi mencari cara untuk menggunakan stevia untuk membuat kuih-muih. Sesiapa yang berpengalaman dan pernah menggunakan stevia dalam pembuatan kuih-muih harap dapat dikongsikan disini untuk kebaikkan bersama ya..

 

Advertisements

22 Comments

Filed under Diabetic-friendly, Uncategorized

22 responses to “Stevia: Berita baik untuk diabetes

  1. as’salam mak long….baru semalam saya discuss dengan suami pasal stevia ni…rasa gembira pulak bila mak long post n3 pasal stevia. kat mana ye nak beli gula stevia ni mak long? saya ada pergi farmasi…ada dijual…tapi bagi saya mcm tak sesuai utk guna dlm masakan sbb pakingnya kecik2 mcm equal tu….kalau utk pemanis dlm minuman oklah….

    tapi saya ada beli satu gula…lupa dah apa brand n nama nya…kat farmasi tu jugak….farmacist tu cakap, gula ni baik utk diabetic sbb manisnya base on fruit dan rendah GI baik utk paras insulin dan glukose…..dan yang ni sesuai utk replace gula biasa sebagai bahan masakan. nanti saya update apa namanya….lupa la pulak…

  2. shima, espek,dungun

    askm mak long. saya ada tanam/semai beberapa polibeg pokok stevia.. saya nak tahu macam mana cara nak jadikan daun stevia menjadi serbuk teh.

    • Mak Long

      Salam Shima,
      Terima kasih kerana sudi singgah. Sebenarnya Mak Long hanya gunakan produk stevia yang sedia ada di pasaran jadi Mak Long tak berapa tahu macamana nak gunakan stevia dari daunnya. Nanti Mak Long cuba find out ye.. Kepada pembaca lain diluar, siapa yang ada pengalaman dan pengetahuan boleh tak dikongsikan disini?

    • nana

      salam shima,
      saya nk sgt tau cara2 daun steia mnjd serbuk teh..

  3. Fifi

    As Salam Shima, kat man awak beli benih pokok stevia tu? Sayapun berminat nak tanamnya di rumah.

  4. Aslmkm MakLong. To answer your question:
    The multigrain rice was given by my Dutch colleague – he said he bought it from supermarket in Miri (but I’ve been looking for it without success, could be out of stock right now). Not sure whether it is available in West Msia bcoz the distributor is from Miri. Here is the contact number from the packet:
    VKLIFE Sdn Bhd
    Lot 2100 ground floor,
    Yakin Commercial Centre,
    98000 Miri
    085-415998

    Are you now backed in Msia? If you want me to help you buy, Along boleh cuba tolong call the distributor. Let me know.

    • Mak Long

      AlongRoz, I am back in Malaysia now for good so if you have any links or contact for supplies of diabetic friendly ingredients it will be most helpful. Terima kasih banyak2 for the info.

      ________________________________

    • Tok Ulung

      could it be beras bario. it is “padi huma”

  5. Che Piah

    Assalamualikum mak long, sy ada terjumpa satu link yg mungkin boleh membantu, http://www.stevia.com.my/images/Minirecipe-2_MalayVer.pdf

  6. Emmy

    Assalamualaikum..
    Tgh2 mencari artikel pasal stevia, terjumpa pulak n3 maklong ni..
    Saya adalah pengguna gula stevia sejak thn lepas lg.. Mula2 beli gula stevia dul..kejap2 guna gula stevia, kejap2 guna gula biasa..almaklum masih x didedahkan lg kpd kebaikan gula stevia..zero knowledge about stevia sbb gula stevia tu hubby yg bli..
    Tp sejak akhir2 ni, baru tersedar dr tidur 🙂 bhwsany gula putih langsung x memberi khasiat kpd badan kita bahkan memberi pelbagai jenis penyakit..
    Saya kini telah menggunakan 100% gula stevia dlm masakan & minuman utk kami sekeluarga..gula biasa tu dah lama x sentuh..bekas gula tu pun dh berdebu..haha..
    Semua jenis kuih muih yg sy msk utk famili sy tukarkan gula biasa kpd gula stevia..cth kuih: cream puff jagung..intiny kalau dlm resepi guna 5sdb gula biasa, tp dgn gula stevia sy hany gunakan 1sdk shj.
    Sesiapa yg berminat utk membeli gula stevia bolehlah call/sms saya. Gula ni dlm bentuk serbuk.. Emmy 0133352499. http://www.facebook.com/emmylya.halim
    Tq..sharing is caring..

  7. As salam..maklong n rakan2…boleh dpt kan produk stevia terbaru dri sy…hanya setitik = 3sudu gula, mudah, ringkas dan sng di bawa kemane shj..juga ade insentif utk pgguna tau…mmg berbaloi2..produk bumiputera..bleh roger utk info ye 0122964202/0123379541(ct/amad). tq:-)

  8. Dapatkan daripada kami bekalan Gula Stevia yang paling murah di Malaysia. Gula Stevia di proses di kilang tempatan dan di edarkan oleh syarikat islam bumiputra, di jamin halal.

    Harga: 1/2 KG -> RM45

    Untuk Maklumat Lanjut:
    call/sms 013-431 2808 (omar)

    http://www.facebook.com/pages/Pemanis-Stevia-Rebaudiana-Paling-Murah-Di-Malaysia/350979478353752

    http://steviasentral.wordpress.com/

  9. SANUSI BIN MD YASIN

    Assalamualaikum,saya dah guna stevia cecair jenis drop,senang untuk buat air teh,kopi dll.Juga senang untuk drop dalam masakan.Saya ada jual,boleh whatsaap 013-353 1208-SANUSI

  10. pengguna bijak

    Saya juga telah bertukar dari mengguna gula putih ke stevia. memang sihat. saya telah mencuba dan mengenal pasti banyak produk dan produk stevia dari SteviaSugar Corporation menjadi pilihan. Memang betul2 stevia dan harga juga berpatutan. boleh layari lama web dia htp://www.stevia.com.my/ atau blogspot http://drstevia.blogspot.com/.
    singgah la juga blog saya http://penggunapengkaji.blogspot.com/ untuk info terbaru tentang produk, kesihatan dan pemakanan.

  11. compwizz

    ***************************************************************************************

    FREE Qibla Direction Viewer for Android Smartphone and Tab available on Google Play Store

    http://paklongsfreeproductsformuslims.blogspot.com/p/free-qibla-direction-viewer-for-android.html

    FREE Pocket Arabic Alphabet for Android Smartphone and Tab available on Google Play Store

    http://paklongsfreeproductsformuslims.blogspot.com/p/free-pocket-arabic-alphabet-for-android.html

    FREE Pocket English Alphabet for Android Smartphone and Tab available on Google Play Store

    http://paklongsfreeproductsformuslims.blogspot.com/p/free-pocket-english-alphabet-for.html

    FREE Pocket Times Tables for Android Smartphone and Tab available on Google Play Store

    http://paklongsfreeproductsformuslims.blogspot.com/p/free-pocket-times-tables-for-android.html

    ***************************************************************************************

  12. Azahar At

    Mak long,saya pengidap kencing manis masa hamil.saya juga telah mnggunakan produk stevia setelah disyorkan oleh kakak saya.saya gunakan stevia dlm masakan dan pernah juga gunakan stevia untuk membuat sendiri roti dan agar2.ank2 saya suka makan roti yang dimasukkan gula stevia,mereka kata mmg sdap.selain saya juga guna kopi stevia utk membuat prisa utk agar2.

  13. Sampai saat ini, Keajaiban STEVIA mulai terasa di Indonesia. Khasiatnya memang sudah terbukti, Meskipun belum setenar di Obat-obat lain. Tertarik untuk mempelajari khasiat tanaman stevia ?. klik disini TanamanStevia.Com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s