Monthly Archives: September 2012

Teh Pudina Stevia Yang Menyegarkan

Kalau kat kampung ni, kudapan sering di iringi dengan teh O yang biasanya dimaniskan dengan gula. Dengan menggunakan daun stevia kering, maklong persembahkan teh pudina stevia yang tak kurang sedapnya malah lebih menyegarkan.

Hanya didihkan secawan air dengan beberapa helai daun stevia kering selama beberapa minit, kemudian celupkan seuncang teh diikuti dengan sedikit daun pudina. Hidangkan panas-panas. Mmmmm segar!!

Advertisements

5 Comments

Filed under Beverage, Diabetic-friendly

Diabetes: Kenapa kaki saya kebas?

Male Right Foot 1.jpg

Ihsan Wikipedia

Ramai pesakit diabetes yang sering mengadu kebas-kebas kaki. Fenomena ini sering disebut dalam bidang perubatan sebagai ‘diabetic neuropathy’. ‘Diabetic neuropathy’ adalah antara komplikasi diabetes disebabkan oleh kerosakan pada hujung saraf dan ini boleh mengakibatkan rasa kebas timbul pada anggota tubuh seperti kaki dan tangan. Menurut pembacaan Maklong, neuropathy ini sukar diubati tetapi penjagaan yang betul boleh mengelakkannya dari menjadi bertambah teruk.  Diabetic neuropathy yang tidak terkawal boleh menyebabkan keadaan ini menjadi melarat membawa kepada kecederaan yang tidak disedari dan  lambat laun boleh menyebabkan berlaku amputasi. Ini kerana apabila berlaku kebas pada kaki, anda tidak akan dapat merasa sakit pada luka atau jangkitan pada kaki.  Pastikan anda sentiasa mengawal kandungan gula dalam darah dengan memakan ubat diabetes yang disyorkan doktor dan pada masa yang sama  amalkan pemakanan yang baik. Ini dapat membantu mengurangkan rasa kebas pada kaki atau tangan.

Tips penjagaan kaki

  1. Basuh kaki anda setiap hari dengan air suam dan sabun. Keringkan kaki dengan sempurna terutama pada celah jari.
  2. Periksa kaki setiap hari, kalau perlu gunakan cermin, untuk melihat samada terdapat bengkak, luka, ketuat  dan sebagainya.
  3. Gunakan losyen untuk melembutkan tapak kaki yang keras.
  4. Kalau perlu, pakai selipar di dalam rumah untuk mengelakkan kaki terluka tanpa disedari.
  5. Elakkan memakai sandal. Sebaliknya amalkan pakai kasut yang selesa dengan stokin apabila keluar rumah.
  6. Jangan lupa untuk meminta doktor memeriksa kaki anda setiap kali bertemu doktor.

Rujukan:

  1. http://diabetes.niddk.nih.gov/dm/pubs/neuropathies/
  2. http://www.livestrong.com/article/244916-what-are-the-treatments-for-numb-feet-in-diabetes/

3 Comments

Filed under Tips