Diabetes: Kenapa kaki saya kebas?

Male Right Foot 1.jpg

Ihsan Wikipedia

Ramai pesakit diabetes yang sering mengadu kebas-kebas kaki. Fenomena ini sering disebut dalam bidang perubatan sebagai ‘diabetic neuropathy’. ‘Diabetic neuropathy’ adalah antara komplikasi diabetes disebabkan oleh kerosakan pada hujung saraf dan ini boleh mengakibatkan rasa kebas timbul pada anggota tubuh seperti kaki dan tangan. Menurut pembacaan Maklong, neuropathy ini sukar diubati tetapi penjagaan yang betul boleh mengelakkannya dari menjadi bertambah teruk.  Diabetic neuropathy yang tidak terkawal boleh menyebabkan keadaan ini menjadi melarat membawa kepada kecederaan yang tidak disedari dan  lambat laun boleh menyebabkan berlaku amputasi. Ini kerana apabila berlaku kebas pada kaki, anda tidak akan dapat merasa sakit pada luka atau jangkitan pada kaki.  Pastikan anda sentiasa mengawal kandungan gula dalam darah dengan memakan ubat diabetes yang disyorkan doktor dan pada masa yang sama  amalkan pemakanan yang baik. Ini dapat membantu mengurangkan rasa kebas pada kaki atau tangan.

Tips penjagaan kaki

  1. Basuh kaki anda setiap hari dengan air suam dan sabun. Keringkan kaki dengan sempurna terutama pada celah jari.
  2. Periksa kaki setiap hari, kalau perlu gunakan cermin, untuk melihat samada terdapat bengkak, luka, ketuat  dan sebagainya.
  3. Gunakan losyen untuk melembutkan tapak kaki yang keras.
  4. Kalau perlu, pakai selipar di dalam rumah untuk mengelakkan kaki terluka tanpa disedari.
  5. Elakkan memakai sandal. Sebaliknya amalkan pakai kasut yang selesa dengan stokin apabila keluar rumah.
  6. Jangan lupa untuk meminta doktor memeriksa kaki anda setiap kali bertemu doktor.

Rujukan:

  1. http://diabetes.niddk.nih.gov/dm/pubs/neuropathies/
  2. http://www.livestrong.com/article/244916-what-are-the-treatments-for-numb-feet-in-diabetes/
Advertisements

3 Comments

Filed under Tips

3 responses to “Diabetes: Kenapa kaki saya kebas?

  1. Terataisyaza

    Terima kasih atas perkongsian. Kepada rakan2 yg sudah jemu makan ubat hospital moden namun penyakit tidak juga sembuh2, bolehlah hubungi Dr Luqman= 0146332307, pengamal perubatan Ayurveda yang tidak asing lagi.. Jangan percaya tapi anda akan tahu sendiri keajaibannya setelah mencuba. https://www.facebook.com/luqman.ayurvedic?hc_location=timeline

  2. AZLAN SAIDI

    salam doktor lukman…..saya nk tanya kenapa kaki sebelah kanan saje selalu kebas……terutama lutut keatas(PEHA)

    • Mak Long

      Salam, Azlan boleh terus hubungi Dr Lukman pd nombor yang tertera ya. Beliau bukanlah sebahagian dari Maklongs Kitchen tapi sekadar pembaca. Maklong sendiri pun belum pernah bertemu beliau Semoga Berjaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s