Monthly Archives: March 2013

Siakap Kukus Permintaan Atuk Abah

Siakap Kukus

Dari minggu lepas lagi Atuk Abah tak lalu makan. MakLong masak macam-macam semua tak lalu ditekaknya. Oleh kerana Atuk Abah mengidap Sindrom X (darah tinggi, kencing manis, lemah jantung dan sahabat-sahabatnya), maka ini sangat menganggu kesihatannya. Bila dah terlalu lapar, biasanya Atuk Abah bantai sepaket mee Maggi. (What! Maggi mee?! Tapi kan bla bla bla… ok lets not even go there..).

Anyway semalam Atuk Abah ajak Maklong pergi pasar untuk shopping, katanya “mana tahu nampak apa-apa yang berkenan dihati”.  Lepas satu satu gerai dilalui, tak ada yang berkenan sehinggalah dia ternampak beberapa ekor ikan siakap segar. Dia minta dua ekor. “Kukus!”, dia perintah Maklong sambil berpesan supaya dimasukkan serai dan halia. Actually dia suruh Maklong bubuh gula sikit supaya terasa manisnya. Tapi dek kerana sindrom Xnya Maklong abaikan part tu. Maklong teringat kat rumah ada lagi sebiji lemon. Kalau Maklong guna lemon rasa manis dan masam tu ada sekali all-in-one.

Sampai di rumah, Maklong cuba olahkan siakap tu menurut kemahuannya. Alhamdulillah, berselera dia makan. Dia suka kuahnya dan banyak juga ikan itu dimakannya. Dia tak komen pun pasal ketiadaan gula. Cuma omelnya, serai tu lain kali  jangan dihiris halus  cukup sekadar di ketuk sahaja kerana susah dia nak mengunyah di celah gigi-giginya yang mula ompong. Yelah, Maklong hiris halus kerana nak make sure rasa serai masuk dalam ikan, tak teringat pulak dia susah nak kunyah. Alah Maklong ni macamlah baru semalam gigi Atuk Abah tu ompong. Takpe lah next time MakLong cuba ingat.

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan siakap dikelar

1 biji bawang besar – di hiris bulat

2 ulas bawang putih – diketuk dan dicincang halus

1 inci halia dihiris memanjang seperti batang mancis

1 batang serai dihiris halus atau nak ketuk sahaja pun boleh

5 biji cili padi diketuk hingga pecah

1 biji lada merah di belah memanjang

1 sudu kicap cair (Maklong guna kicap kikkoman)

1 sudu kecil minyak bijan

jus dari setengah biji lemon

beberapa titik sos ikan

1 sudu minyak masak

sedikit daun parsli buat hiasan

Caranya:

Ikan dibasuh bersih. Campurkan sos ikan, kicap cair, minyak bijan, cili padi, separuh daripada bawang putih dan jus lemon. Rasa dan imbangkan masin, masam dan manisnya. Lumurkan pada ikan dan perap sebentar. Letakkan ikan dalam bekas pengukus bersama sos perapan. Apabila dikukus, sos ini nanti akan bercampur dengan air ikan dan menjadi kuah yang sedap. Taburkan separuh dari hirisan halia, semua serai dan lada merah. Kukus hingga masak. Panaskan sesudu minyak masak hingga meruap. Tumiskan bawang putih dan halia serta bawang besar. Apabila kekuningan dan naik bau, curahkan minyak panas berserta  bawang dan halia ke atas ikan kukusan tadi. Hiaskan dengan daun parsli. Hidangkan panas-panas.

Advertisements

2 Comments

Filed under Diabetic-friendly, Fish

Kerabu Ikan Kembung Thai-Style

Kerabu Ikan Kembung

Masa musim Tahun Baru Cina baru ni Mak Long beli 2 kilo ikan kembung dipasar. Lepas tu jenuh lah Maklong nak menghabiskannya dan sampai kehabisan idea nak mengolahnya. Atuk Abah pulak sampai dah jemu tengok ikan kembung. Asyik-asyik ikan kembung. Kerabu ni Maklong dah buat minggu lepas tapi baru nak blog hari ini. Dah lama Maklong tak buat kerabu ikan. Kalau di UK dulu Maklong gunakan ikan mackerel salai (smoked mackerel). Kerabu ni sebenarnya terhasil dari lebihan pindang ikan kembung yang Maklong buat pada hari sebelumnya. Kalau nak buat guna ikan kembung fresh bolehlah bakar dulu atau goreng dulu ikan tersebut. Resepi lebih kurang seperti smoked mackerel salad yang Maklong pernah buat dulu.

Bahannya:

2 ekor ikan kembong yang telah dimasak diambil isinya sahaja dan disiat-siat

1 biji bawang besar dihiris nipis dan dileraikan

1 biji tomato dihiris nipis

1 batang serai dihiris nipis bulat-bulat

2 pokok daun ketumbar dimayang halus

sedikit parutan kulit lemon

Untuk sosnya:

5 biji cili padi dicincang halus atau ditumbuk

1 sudu sos ikan

1 sudu besar jus lemon

2 sudu minyak zaitun

1 sdk minyak bijan

Masukkan kesemuanya bahan kecuali bahan sos kedalam sebuah mangkuk dan gaulkan rata. Campurkan kesemua bahan sos kedalam mangkuk kecil dan pukul hingga sebati. Rasa terlebih dahulu. Tambahkan sos ikan atau jus lemon sekiranya perlu. Curahkan sos kedalam mangkuk besar tadi dan  gaulkan sehingga rata.

1 Comment

Filed under Diabetic-friendly, Fish