Daily Archives: September 9, 2013

Telur dan Kolesterol – Apa kata Dr. Hamid Arshat

Gambar ehsan Google

Gambar ehsan Google

Siapa ada terbaca komen Dr Hamid Arshat mengenai telur dan kolesterol dalam Facebook baru-baru ini?

drhamidarshat

Maklong tertarik dengan komen beliau kerana selama ini pun Maklong menyokong pengambilan telur dalam pemakanan. Memang telur mengandungi kolesterol yang

tinggi  bagaimana pun ia tidak memberi kesan negatif kepada kadar kolesterol dalam tubuh. Sebaliknya telur membantu meningkatkan HDL (good cholesterol) dan merendahkan LDL (bad cholesterol) (2010, 2006). Kajian terkini juga menunjukkan yang telur tidak menyebabkan penyakit jantung. (2013)

Selain dari itu, telur sangat kaya dengan antioksidan lutein dan zeaxanthine. Kedua-dua antioksidan ini sangat penting dalam pemuliharaan mata (kajian 2005, 2002).  Ironisnya, masih ramai pengamal perubatan yang menasihatkan supaya kurangkan makan telur, kalau boleh pun ambik yang putihnya sahaja. Alangkah ruginya! Sedangkan kuning telurlah  yang mengandungi lutein dan zeaxanthine.

Allah jadikan telur sebagai satu sumber makanan semulajadi yang paling lengkap. Ia mengandungi blok binaan yang sempurna untuk pertumbuhan dan pembesaran seekor anak ayam.  Sebiji telur mengandungi protein tinggi dengan 9 jenis asid amino, vitamin (antaranya vitamin A, B2, B5, B12, D3), zat mineral (seperti zat besi, fosforus, sulphur dan selenium) dan lemak yang baik.  Telur juga mengandungi  zat choline yang sangat baik untuk otak. Di saat harga barangan meningkat naik ekoran kenaikan harga minyak, telur adalah makanan paling berzat dan paling berkhasiat yang mampu dibeli oleh segenap lapisan masyarakat. Ia bukan sahaja  murah dan sangat mengenyangkan malah ia juga mudah diolah  dalam berbagai jenis masakan dan hidangan. Nak tahu satu berita baik tak? Telur juga boleh membantu menurunkan berat badan. Betull! Kajian ini ada buktinya.

TAPI – Sekiranya anda obes atau anda mengidap sakit jantung, darah tinggi atau kencing manis, jangan salahkan telur yang anda makan. Perhatikan makanan lain yang anda makan bersama telur atau ingredient lain yang dimasak bersama telur. Jika terdapat gula atau karbohidrat, maka itulah suspek utama yang perlu dipersalahkan dan dihindarkan.

So apa lagi? Tak perlu takut makan telur kecuali anda memang alergik pada telur.

Psst! Maklong dulu kan masa kecil pernah memasuki pertandingan yang memerlukan kekuatan seni suara. Atuk mak kata kalau nak suara elok makan telur ayam kampong mentah. Ambil telur yang betul-betul fresh, bersihkan kemudian tebuk dua lubang di hujung dan pangkal. Tutupkan satu lubang dengan jari dan letakkan lubang satu lagi ke mulut. Nganga luas-luas, lepaskan jari dan sedut isi telur dan terus telan. Maklong  amalkan setiap hari sehingga hari pertandingan. Betul atau tidak petua ni, Maklong berhasil menjadi johan hehehe.

Leave a comment

Filed under Diabetic-friendly, Tips