Daily Archives: September 10, 2013

Homemade Mayonnaise

Homemade MayonnaiseMaklong selalu menghadapi kesukaran dalam mencari mayonnaise yang sesuai untuk diabetes. Ini kerana kebanyakan mayonnaise yang terdapat dipasaran adalah terlalu manis. Semalam Paklong decide nak buat mayonnaise sendiri. Katanya dulu semasa bujang dia selalu tolong ibunya buat mayonnaise. Maklong pernah juga buat mayonnaise sendiri tapi hasilnya kurang memuaskan. Oleh kerana mayonnaise tidak dimasak, untuk mendapatkan hasil yang benar-benar memuaskan;  bahan-bahan yang digunakan mestilah top notch. Telur mesti yang benar-benar segar. Maklong dapat petua: untuk memastikan telur segar, masukan telur tersebut ke dalam bekas kaca yang berisi air. Sekiranya telur tersebut tenggelam dan mendatar, maknanya ia cukup segar. Sekiranya tenggelam tapi menegak maknanya kesegarannya sudah kurang  dan kalau ia timbul maka ia sudah tidak segar. Selain dari itu cuka yang digunakan juga jangan yang terlalu tajam. Yang lepas-lepas, Maklong biasa guna distilled vinegar dan hasil tak berapa best. Kemudian minyak yang digunakan jangan yang ada bau atau yang sudah tengik. Maklong pernah gunakan extra virgin olive oil, harganya mahal tapi bila dah sampai rumah buka seal penutup botol, baunya tengik, emmm hampeh.

Alhamdulillah resepi yang digunakan kali ni mendatangkan hasil yang baik. Rasanya menghampiri Hellman’s Mayonnaise yang maklong selalu guna masa di UK. Paklong jumpa resepinya di Epicurious.com.

Bahan-bahannya:

Sebiji kuning telur yang besar

1 1/2 sudu teh jus lemon

1 sudu teh white wine vinegar (Maklong guna apple cider vinegar)

1/4 sudu teh Dijon mustard (Maklong guna English mustard jenis serbuk)

1/4 sudu teh garam atau mengikut rasa

sedikit black pepper (Maklong tambah tiada dalam resepi asal)

3/4 cawan minyak canola (Maklong guna all-purpose olive oil)

Masukkan kuning telur, jus lemon, vinegar, mustard dan garam dalam sebuah mangkuk yang agak sedang besarnya. Letakkan mangkuk diatas tuala lembap yang dilipat supaya ia tidak bergerak-gerak bila mula memukul nanti. Pukul semua bahan tadi sehingga kembang dan berwarna kuning cerah selama 30 minit.

Masukkan minyak setitik demi setitik sambil terus memukul setiap masa selama 4 minit. Selepas 4 minit apabila nampak mula mengental bolehlah mula tuangkan minyak secara halus sambil terus memukul tanpa henti. Apabila telah betul-betul kental, itu tanda mayones telah siap. Tutup dengan cling film dan simpan dalam peti ais. Oleh kerana mayones ini tiada bahan additive, ia tidak tahan lama. Gunakan dalam masa seminggu.

TIP:

Kadang-kadang apabila anda terlebih tuang minyak dan ini menyebabkan mayones pecah minyak. Pada peringkat ini anda pukul macamna pun ia takkan jadi. Sekiranya mayones anda pecah minyak, jangan risau. Ambil sebuah mangkuk lain dan mula semula dengan telur kuning yang baru. Pukul telur hingga kembang dan masukkan adunan yang pecah minyak tadi setitik demi setitik sambil terus memukul. Insya Allah anda akan dapat menyelamatkan mayones tersebut.

Leave a comment

Filed under Diabetic-friendly, sauce