Category Archives: Anecdote

Mencari idea dari Jamie Oliver

Terkadang Maklong jadi buntu apa nak masak yang sesuai dengan selera semua orang. Atuk Abah dengan selera kampungnya. Paklong dengan selera westernnya. Pastu nak nak diolah pulak supaya sesuai dengan diabetesnya. Baru fikir je dah penat. So hari ini Maklong bukan lah nak berkongsi resepi tapi nak kongsikan apa yang Maklong buat bila dah ‘run out of ideas’. Maklong minat dengan Jamie Oliver (celebrity chef dari UK). Dia seorang yang kreatif. Sebagai chef dia berjuang untuk memperbaiki pemakanan anak-anak disekolah dan kita tahu selera anak-anak lebih cerewet dari orangtua lebih-lebih lagi yang terbiasa dengan makanan segera dan jajan. Hasilnya eksperimennya di beberapa sekolah, beliau berjaya mempengaruhi pihak kerajaan untuk memperuntukkan bajet bagi mengubahsuai kantin di sekolah-sekolah supaya menyediakan makanan yang lebih sihat untuk anak-anak. Maklong rasa banyak idea beliau yang kita boleh pakai. Cuba lihat video di bawah ni:

Resepi pertama adalah Fritata telor Angsa. Fritata ni sesuai untuk sarapan atau kudapan malam. Biasanya mereka yang ada diabetes selalu rasa lapar waktu malam. Dalam resepi ni, Jamie gunakan keju kambing dan keju parmesan, so kita carilah yang halal ye..

Bahan-bahan yang digunakan:

2 biji telor angsa

Butter

sedikit garam

sedikit black pepper (Jamie tak letak)

daun pudina

cili

keju kambing

parmesan

Resepi kedua pulak adalah Dada Ayam dengan Asparagus. Okey, dalam resepi ni Jamie gunakan bacon jadi kita kena derhaka sikit dan abaikan bacon tersebut. Sebaliknya kita boleh gantikan dengan lemak ayam yang dicairkan kerana  lemak cair juga boleh memperisakan hidangan tersebut.

Bahan yang digunakan:

Sebelah dada ayam yang dibuang tulangnya

Beberapa pucuk asparagus

tomato ceri

black olives

beberapa helai daun basil

sedikit butter

sedikit garam

sedikit air atau jus lemon

Resepi ketiga Couscous dengan campuran Seafood. Yang ini Maklong serahkan kepada kebijaksanaan anda untuk membuat pegubahsuaian sendiri.

Leave a comment

Filed under Anecdote, Tips

Pak Long the artist

Painting is just one of Pak Long’s hobbies. His specialty?  Water colour. I like his work and I just wish that he would do more of it.

Here, he has immortalised my kampung house, the house that I grew up in. This finished artwork will soon be hanging in a place of pride on my sister’s wall.

8 Comments

Filed under Anecdote

Kontroversi resipi Coca Cola

Cans of Coca Cola for sale is displayed at a grocery store in Phoenix, Arizona, February 9, 2011. REUTERS/Joshua Lott Read more: http://newsfeed.time.com/2011/02/15/is-this-the-real-thing-coca-colas-secret-formula-discovered/#ixzz1EBOWnd7y

Semalam Mak Long ternampak berita di Yahoo.com mengatakan yang resipi Coca Cola yang selama ini tersimpan penuh misteri dan penuh rahsia selama 125 tahun telah terbongkar. Berita tersebut turut menyiarkan resipi rahsia tersebut dengan terperinci, (Mak Long salinkan di bawah), tapi yang mengejutkan Mak Long ialah resipi tersebut mengandungi alkohol. Masya Allah! Betul ke?!  Bayangkan selama ini kita umat Islam bukan sahaja telah meminum minuman ini bergelen-gelen (secara kolektif) tapi juga turut menyumbang secara aktif kepada kekayaan syarikat Coca Cola. Bila terbaca berita tu, Mak Long pun cepat-cepat kongsikan di Facebook, tapi eh tak lama lepas berita tu dah tak boleh di baca di Yahoo pulak.. Hairan bin ajaib ye..

Malam tadi Maklong jumpa semula berita yang serupa di WordPress, Mak Long rasa wajarlah kalau Mak Long kongsikan di sini untuk manfaat kita bersama. Cuba lihat resipi ni:

The recipe:

Fluid extract of Coca: 3 drams USP
Citric acid: 3 oz
Caffeine: 1 oz
Sugar: 30 (unclear quantity)
Water: 2.5 gal
Lime juice: 2 pints, 1 quart
Vanilla: 1 oz
Caramel: 1.5 oz or more for color

The secret 7X flavor (use 2 oz of flavor to 5 gals syrup):
Alcohol:  8 oz
Orange oil: 20 drops
Lemon oil: 30 drops
Nutmeg oil: 10 drops
Coriander: 5 drops
Neroli: 10 drops
Cinnamon: 10 drops

Bukan sahaja ia mengandungi alkohol tetapi kandungan gula luar biasa tinggi. Mungkinkah bahan-bahan ini yang menyebabkan kita terlalu suka dengan Coca Cola. Kalau lah benar ini resipi nya, Mak Long tak hairan kalau Coca Cola bertindak supaya berita seperti ini tidak tersebar dan inginkan agar resipi tetap masih rahsia. Mengikut berita yang disiarkan, alkohol telah tidak lagi digunakan dalam pembuatan minuman Coca Cola.

Namun apa pulak reaksi Coca Cola terhadap berita ini?

Kalau lah benar berita ini maka sudah pasti umat Islam seluruh dunia akan bertindak mengharamkannya. Dalam berita yang ini pulak, syarikat Coca Cola masih tetap bertahan yang resipi mereka masih lagi rahsia. Mereka tidak membenarkan tapi tidak pulak menafikan resipi yang telah tersiar itu.

Untuk kita umat Islam pula, bagaimanakah dapat kita yakinkan diri kita yang minuman Coca Cola masih halal seperti yang kita anggap sebelum ini. Bukan sahaja ia mengandungi alkohol yang nyata haramnya, kandungan gula tinggi yang berbahaya kepada kesihatan tak kira samada kita diabetik atau tidak , tapi ia juga mengandungi koka yang datang dari pokok kokain. Artikel mengenai Coca Cola dalam Wikipedia menyatakan daun koka yang digunakan dalam pembuatan minuman ini telah di de-cocainised (dibuang unsur kokainnya) namun produk akhir yang dihasilkan masih mengandungi trace amounts of cocaine.  Mungkinkah bahan ini yang menjadikan kita jadi ketagih pada Coca Cola walaupun secara nyata ia tidak memabukkan?

Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat untuk dikongsikan, silalah klik pada butang di bawah ini untuk mengongsinya melalui email, Facebook atau Twitter. Mak Long juga izinkan sekiranya anda ingin berkongsi artikel ini seluruhnya di blog anda sendiri asal sahaja anda linkkan post tersebut dengan blog Mak Long. Mak Long serahkan pada diri anda sendiri untuk membuat keputusannya.

Ibarat kata Ustaz Harun Din : Tepuklah dada tanya iman kita…

8 Comments

Filed under Anecdote

Conet yang nakal

2004_0614at_home_10006

Inilah kucing Mak Long. Nama rasmi yang didaftarkan Princess. Nama Princess Mak Long pilih sebab dia suka duduk atas kusyen seolah-olah puteri yang menduduki tahta. Tapi Mak long panggil Conet aje. Pertama kali kami bawa dia balik ke rumah dia comel sangat. Jadi walaupun namanya Princess tapi yang lekat di panggilan Conet.  Conet ni nakal tapi pemalu. Dia sangat manja dengan kami berdua tapi bila saja ada tamu berkunjung, conet lari bersembunyi dalam almari pakaian Mak Long. Oleh kerana kami tinggal di dalam flat, Conet jarang keluar rumah kecuali pada waktu malam. Dia tak pernah keluar rumah melainkan berteman. Jadi tiap-tiap malam lepas Maghrib/Isya Conet akan menunggu di pintu depan mengiau dengan kuatnya meminta dibukakan supaya dia boleh keluar rumah. Bukannya lama pun. Conet akan lari masuk rumah semula bila dia ternampak jiran lalu di depan rumah.

Sudah beberapa malam Conet tak dapat keluar rumah kerana cuaca di luar sangat sejuk. Suhu jarang melebihi 10C.    Malam tadi setelah kami berdua masuk bilik tidur dan semua lampu telah dipadamkan, Conet masih lagi berlegar-legar di ruang tamu dan dapur. Sebenarnya dia agak resah sebab dah berhari-hari asyik di dalam rumah saja. Pak Long dah lena tapi Mak Long masih lagi menaip mengemaskinikan blog menggunakan laptop di atas katil. Jam dah menunjukkan pukul 10.00 malam. Tak lama kemudian, kedengaran tapak kaki Conet menguis-menguis pintu bilik tidur kami. Mak Long tahu dia nak masuk bilik. Mak Long biarkan saja. Conet melompat dan bergayut pada pemegang pintu sehingga pintu terbuka. Kemudian dia menolak pintu dengan hidungnya sehingga pintu terkuak. Conet pun masuk bilik tidur kami. Sebaik saja pintu terbuka terasa udara sejuk menyergah masuk sama. Mak Long terus marah Conet, “Conet, I wish you can close doors just as you are capable of opening them! You’ve just let the cold air in.” (Kucing UK, dia paham cakap omputih saje 🙂 ). Mak Long bangun dan tutup pintu bilik semula.

Mak Long kembali ke atas katil menyambung kerja. Conet pun melompat atas katil sama. Dia mula mengiau kecil dan menggeserkan kepala dan hidungnya pada bucu laptop Mak Long. Mak Long tahu apa yang dia hendak. Dia dah kesejukan dan sekarang dia minta dipeluk. Nantilah, Mak Long nak siapkan pos ni dulu.  Conet masih mengiau lagi dan asyik meggeser laptop dengan pipinya. Dia berhenti sekejap dan duduk di sisi laptop sambil memerhatikan Mak Long bekerja. Sedang Maklong khusyuk menaip, tiba-tiba dengan tak semena-mena Conet menerkam dan menggigit tangan Mak Long.

AUWWWWWW!! Mak Long tersentak. “Why did you have to that for?” Mak Long marah Conet. Conet lari bersembunyi di bawah meja ditepi dinding bilik tidur.  Mak Long pun cepat-cepat poskan mesej dalam blog Mak Long, padamkan laptop dan letakkanya di atas meja. Mak Long tarik selimut dan letakkan kepala atas bantal. Mak Long capai novel yang Mak Long baru mula baca beberapa hari dan mula membaca. Conet melompat semula ke atas katil dan melabuhkan perutnya atas perut Maklong. Badannya dibengkukkan dan kepalanya diletakkan diatas kedua kaki hadapannya. Mak Long usap kepala Conet perlahan sambil membaca.  Tak sampai beberapa minit dia mula berdengkur.

Alahai .. marah Mak Long kat Conet pun dah hilang…

6 Comments

Filed under Anecdote