Category Archives: sauce

Homemade Mayonnaise

Homemade MayonnaiseMaklong selalu menghadapi kesukaran dalam mencari mayonnaise yang sesuai untuk diabetes. Ini kerana kebanyakan mayonnaise yang terdapat dipasaran adalah terlalu manis. Semalam Paklong decide nak buat mayonnaise sendiri. Katanya dulu semasa bujang dia selalu tolong ibunya buat mayonnaise. Maklong pernah juga buat mayonnaise sendiri tapi hasilnya kurang memuaskan. Oleh kerana mayonnaise tidak dimasak, untuk mendapatkan hasil yang benar-benar memuaskan;  bahan-bahan yang digunakan mestilah top notch. Telur mesti yang benar-benar segar. Maklong dapat petua: untuk memastikan telur segar, masukan telur tersebut ke dalam bekas kaca yang berisi air. Sekiranya telur tersebut tenggelam dan mendatar, maknanya ia cukup segar. Sekiranya tenggelam tapi menegak maknanya kesegarannya sudah kurang  dan kalau ia timbul maka ia sudah tidak segar. Selain dari itu cuka yang digunakan juga jangan yang terlalu tajam. Yang lepas-lepas, Maklong biasa guna distilled vinegar dan hasil tak berapa best. Kemudian minyak yang digunakan jangan yang ada bau atau yang sudah tengik. Maklong pernah gunakan extra virgin olive oil, harganya mahal tapi bila dah sampai rumah buka seal penutup botol, baunya tengik, emmm hampeh.

Alhamdulillah resepi yang digunakan kali ni mendatangkan hasil yang baik. Rasanya menghampiri Hellman’s Mayonnaise yang maklong selalu guna masa di UK. Paklong jumpa resepinya di Epicurious.com.

Bahan-bahannya:

Sebiji kuning telur yang besar

1 1/2 sudu teh jus lemon

1 sudu teh white wine vinegar (Maklong guna apple cider vinegar)

1/4 sudu teh Dijon mustard (Maklong guna English mustard jenis serbuk)

1/4 sudu teh garam atau mengikut rasa

sedikit black pepper (Maklong tambah tiada dalam resepi asal)

3/4 cawan minyak canola (Maklong guna all-purpose olive oil)

Masukkan kuning telur, jus lemon, vinegar, mustard dan garam dalam sebuah mangkuk yang agak sedang besarnya. Letakkan mangkuk diatas tuala lembap yang dilipat supaya ia tidak bergerak-gerak bila mula memukul nanti. Pukul semua bahan tadi sehingga kembang dan berwarna kuning cerah selama 30 minit.

Masukkan minyak setitik demi setitik sambil terus memukul setiap masa selama 4 minit. Selepas 4 minit apabila nampak mula mengental bolehlah mula tuangkan minyak secara halus sambil terus memukul tanpa henti. Apabila telah betul-betul kental, itu tanda mayones telah siap. Tutup dengan cling film dan simpan dalam peti ais. Oleh kerana mayones ini tiada bahan additive, ia tidak tahan lama. Gunakan dalam masa seminggu.

TIP:

Kadang-kadang apabila anda terlebih tuang minyak dan ini menyebabkan mayones pecah minyak. Pada peringkat ini anda pukul macamna pun ia takkan jadi. Sekiranya mayones anda pecah minyak, jangan risau. Ambil sebuah mangkuk lain dan mula semula dengan telur kuning yang baru. Pukul telur hingga kembang dan masukkan adunan yang pecah minyak tadi setitik demi setitik sambil terus memukul. Insya Allah anda akan dapat menyelamatkan mayones tersebut.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Diabetic-friendly, sauce

Mak Long’s thousand island dressing

Seperti cili sos, kebanyakan sos thousand island yang terdapat di pasaran mengandungi kandungan gula yang tinggi justru ia tidak sesuai untuk pengidap diabetes. Mak Long buat sos untuk bean salad malam ni.

Ingredients:

2 sudu besar mayonais

1 sudu besar sos cili Pak Long

1 sudu besar krim

1 sudu teh jus lemon

1 biji telur rebus (dikupas dan dicincang halus)

secubit garam

secubit serbuk lada hitam

Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam mangkuk dan kacau hingga sebati.  Selesai.

Leave a comment

Filed under Diabetic-friendly, sauce

Pak Long’s low carb chilli sauce

Kebanyakan sos cili yang terdapat di pasaran adalah tidak sesuai untuk pengidap diabetes. Kandungan gula yang tinggi dalam sos cili di pasaran mempunyai dua fungsi utama; pertama untuk mengimbangkan rasa pedas dan kedua sebagai preservative (bahan awet). Jadi Mak Long tidak lagi menggunakan sos cili dalam hidangan atau masakan. Hari ini Pak Long telah membuat sendiri sos cili yang sesuai untuk pengidap diabetes dengan mengubahsuai resepi sos cili yang dijumpainya di sini.

Ingredients:

1 tin of chopped tomatoes

1 onions (finely chopped)

1 cup of Splenda

3 red chillies (finely chopped)

2 cloves garlic

1 tbsp rice vinegar

1 tsp salt

Put everything in a saucepan and  bring to boil. Once boiled simmer for half an hour with the lid on. Once soften blitz the sauce using a hand blender. Put the lid back on and simmer for another 15 minutes. The sauce is now ready to use.

4 Comments

Filed under Diabetic-friendly, sauce, Vegetarian