Category Archives: Tips

Telur dan Kolesterol – Apa kata Dr. Hamid Arshat

Gambar ehsan Google

Gambar ehsan Google

Siapa ada terbaca komen Dr Hamid Arshat mengenai telur dan kolesterol dalam Facebook baru-baru ini?

drhamidarshat

Maklong tertarik dengan komen beliau kerana selama ini pun Maklong menyokong pengambilan telur dalam pemakanan. Memang telur mengandungi kolesterol yang

tinggi  bagaimana pun ia tidak memberi kesan negatif kepada kadar kolesterol dalam tubuh. Sebaliknya telur membantu meningkatkan HDL (good cholesterol) dan merendahkan LDL (bad cholesterol) (2010, 2006). Kajian terkini juga menunjukkan yang telur tidak menyebabkan penyakit jantung. (2013)

Selain dari itu, telur sangat kaya dengan antioksidan lutein dan zeaxanthine. Kedua-dua antioksidan ini sangat penting dalam pemuliharaan mata (kajian 2005, 2002).  Ironisnya, masih ramai pengamal perubatan yang menasihatkan supaya kurangkan makan telur, kalau boleh pun ambik yang putihnya sahaja. Alangkah ruginya! Sedangkan kuning telurlah  yang mengandungi lutein dan zeaxanthine.

Allah jadikan telur sebagai satu sumber makanan semulajadi yang paling lengkap. Ia mengandungi blok binaan yang sempurna untuk pertumbuhan dan pembesaran seekor anak ayam.  Sebiji telur mengandungi protein tinggi dengan 9 jenis asid amino, vitamin (antaranya vitamin A, B2, B5, B12, D3), zat mineral (seperti zat besi, fosforus, sulphur dan selenium) dan lemak yang baik.  Telur juga mengandungi  zat choline yang sangat baik untuk otak. Di saat harga barangan meningkat naik ekoran kenaikan harga minyak, telur adalah makanan paling berzat dan paling berkhasiat yang mampu dibeli oleh segenap lapisan masyarakat. Ia bukan sahaja  murah dan sangat mengenyangkan malah ia juga mudah diolah  dalam berbagai jenis masakan dan hidangan. Nak tahu satu berita baik tak? Telur juga boleh membantu menurunkan berat badan. Betull! Kajian ini ada buktinya.

TAPI – Sekiranya anda obes atau anda mengidap sakit jantung, darah tinggi atau kencing manis, jangan salahkan telur yang anda makan. Perhatikan makanan lain yang anda makan bersama telur atau ingredient lain yang dimasak bersama telur. Jika terdapat gula atau karbohidrat, maka itulah suspek utama yang perlu dipersalahkan dan dihindarkan.

So apa lagi? Tak perlu takut makan telur kecuali anda memang alergik pada telur.

Psst! Maklong dulu kan masa kecil pernah memasuki pertandingan yang memerlukan kekuatan seni suara. Atuk mak kata kalau nak suara elok makan telur ayam kampong mentah. Ambil telur yang betul-betul fresh, bersihkan kemudian tebuk dua lubang di hujung dan pangkal. Tutupkan satu lubang dengan jari dan letakkan lubang satu lagi ke mulut. Nganga luas-luas, lepaskan jari dan sedut isi telur dan terus telan. Maklong  amalkan setiap hari sehingga hari pertandingan. Betul atau tidak petua ni, Maklong berhasil menjadi johan hehehe.

Leave a comment

Filed under Diabetic-friendly, Tips

Mencari idea dari Jamie Oliver

Terkadang Maklong jadi buntu apa nak masak yang sesuai dengan selera semua orang. Atuk Abah dengan selera kampungnya. Paklong dengan selera westernnya. Pastu nak nak diolah pulak supaya sesuai dengan diabetesnya. Baru fikir je dah penat. So hari ini Maklong bukan lah nak berkongsi resepi tapi nak kongsikan apa yang Maklong buat bila dah ‘run out of ideas’. Maklong minat dengan Jamie Oliver (celebrity chef dari UK). Dia seorang yang kreatif. Sebagai chef dia berjuang untuk memperbaiki pemakanan anak-anak disekolah dan kita tahu selera anak-anak lebih cerewet dari orangtua lebih-lebih lagi yang terbiasa dengan makanan segera dan jajan. Hasilnya eksperimennya di beberapa sekolah, beliau berjaya mempengaruhi pihak kerajaan untuk memperuntukkan bajet bagi mengubahsuai kantin di sekolah-sekolah supaya menyediakan makanan yang lebih sihat untuk anak-anak. Maklong rasa banyak idea beliau yang kita boleh pakai. Cuba lihat video di bawah ni:

Resepi pertama adalah Fritata telor Angsa. Fritata ni sesuai untuk sarapan atau kudapan malam. Biasanya mereka yang ada diabetes selalu rasa lapar waktu malam. Dalam resepi ni, Jamie gunakan keju kambing dan keju parmesan, so kita carilah yang halal ye..

Bahan-bahan yang digunakan:

2 biji telor angsa

Butter

sedikit garam

sedikit black pepper (Jamie tak letak)

daun pudina

cili

keju kambing

parmesan

Resepi kedua pulak adalah Dada Ayam dengan Asparagus. Okey, dalam resepi ni Jamie gunakan bacon jadi kita kena derhaka sikit dan abaikan bacon tersebut. Sebaliknya kita boleh gantikan dengan lemak ayam yang dicairkan kerana  lemak cair juga boleh memperisakan hidangan tersebut.

Bahan yang digunakan:

Sebelah dada ayam yang dibuang tulangnya

Beberapa pucuk asparagus

tomato ceri

black olives

beberapa helai daun basil

sedikit butter

sedikit garam

sedikit air atau jus lemon

Resepi ketiga Couscous dengan campuran Seafood. Yang ini Maklong serahkan kepada kebijaksanaan anda untuk membuat pegubahsuaian sendiri.

Leave a comment

Filed under Anecdote, Tips

Diabetes: Kenapa kaki saya kebas?

Male Right Foot 1.jpg

Ihsan Wikipedia

Ramai pesakit diabetes yang sering mengadu kebas-kebas kaki. Fenomena ini sering disebut dalam bidang perubatan sebagai ‘diabetic neuropathy’. ‘Diabetic neuropathy’ adalah antara komplikasi diabetes disebabkan oleh kerosakan pada hujung saraf dan ini boleh mengakibatkan rasa kebas timbul pada anggota tubuh seperti kaki dan tangan. Menurut pembacaan Maklong, neuropathy ini sukar diubati tetapi penjagaan yang betul boleh mengelakkannya dari menjadi bertambah teruk.  Diabetic neuropathy yang tidak terkawal boleh menyebabkan keadaan ini menjadi melarat membawa kepada kecederaan yang tidak disedari dan  lambat laun boleh menyebabkan berlaku amputasi. Ini kerana apabila berlaku kebas pada kaki, anda tidak akan dapat merasa sakit pada luka atau jangkitan pada kaki.  Pastikan anda sentiasa mengawal kandungan gula dalam darah dengan memakan ubat diabetes yang disyorkan doktor dan pada masa yang sama  amalkan pemakanan yang baik. Ini dapat membantu mengurangkan rasa kebas pada kaki atau tangan.

Tips penjagaan kaki

  1. Basuh kaki anda setiap hari dengan air suam dan sabun. Keringkan kaki dengan sempurna terutama pada celah jari.
  2. Periksa kaki setiap hari, kalau perlu gunakan cermin, untuk melihat samada terdapat bengkak, luka, ketuat  dan sebagainya.
  3. Gunakan losyen untuk melembutkan tapak kaki yang keras.
  4. Kalau perlu, pakai selipar di dalam rumah untuk mengelakkan kaki terluka tanpa disedari.
  5. Elakkan memakai sandal. Sebaliknya amalkan pakai kasut yang selesa dengan stokin apabila keluar rumah.
  6. Jangan lupa untuk meminta doktor memeriksa kaki anda setiap kali bertemu doktor.

Rujukan:

  1. http://diabetes.niddk.nih.gov/dm/pubs/neuropathies/
  2. http://www.livestrong.com/article/244916-what-are-the-treatments-for-numb-feet-in-diabetes/

3 Comments

Filed under Tips

Betul ke santan kelapa elok untuk diabetis

Hari ini Mak LOng nak kongsi satu artikel yang Mak Long baca di blog Azrinna mengenai santan kelapa. Azrinna ini tokey satay tau, jadi kalau nak tempah satay boleh tempah dengan dia.

Mak Long ceduk sedikit dari artikel tersebut:

“Diabetis

  • Membaiki perembesan insulin dan penggunaan glukos darah
  • Melegakan stres pada pankreas dan sistem enzim tubuh
  • Membantu mengurangkan simptom dan risiko kesihatan berkaitan dengan kencing manis”

Selama kita sering diberitahu yang santan tu menggemukkan. Sebenarnya bukan santan tu yang menggemukkan tapi karbohidrat yang dimakan bersama santan yang menggemukkan misalnya nasi, gula dan sebagainya. Jadi kalau mak long masak masakan yang bersantan biasanya Mak Long akan hidang bersama quinoa atau nasi tiruan.

Ok, nak tau selanjutnya mengenai artikel tersebut, baca selanjutnya di sini.

 

3 Comments

Filed under Tips

Splenda

Apa itu Splenda?

Splenda  adalah pemanis yang Mak Long gunakan untuk menggantikan gula dalam masakan.  Biasanya  pesakit diabetes ni mengalami kecanduan gula, jadi kalau kita tiba-tiba hentikan gula dari diet hariannya, dia akan jadi ketagihan dan akan mula mencari gula semula. So, Splenda adalah gantian terbaik untuk gula.

Kandungan utama Splenda adalah sucralose.  Berlainan dengan pemanis lain, sucralose tidak mempunyai kesan ke atas insulin dalam badan. Ini kerana kandungan karbohidratnya yang hampir nil natijahnya ia tidak memberi kesan negatif pada kadar gula dalam darah.  Mak Long suka guna Splenda kerana ia sesuai untuk masakan. Splenda juga tidak mempunyai “after taste” yang pahit seperti pemanis lain. Ciri unik sucralose yang mengatasi pemanis lain adalah:

  • ia tetap stabil pada suhu tinggi atau pada pH rendah;
  • mempunyai rasa seperti gula;
  • 600 kali lebih manis dari gula.

Splenda dihasilkan dalam beberapa bentuk:

  • pil
  • serbuk

Mak Long lebih suka guna Splenda serbuk kerana ia lebih versatil.

Bagaimana menggunakan Splenda?

 

 

 

 

 

 

Jadual di atas memberikan tukaran sukatan gula kepada sukatan Splenda. Sukatan ini boleh digunakan untuk membuat kek dan juadah manis lain.


 

 

 

Di mana nak dapatkan Splenda Di Malaysia?

Untuk setakat ni, Mak Long tak tahu jawapannya. Jadi kalau anda tahu di mana Mak Long boleh dapatkan Splenda di Malaysia, tolonglah  (please pretty please ) kongsikan di sini ye.

19 Comments

Filed under Diabetic-friendly, Tips

Tolong! Jangan ambil kaki ku! (Part 2)

Dalam bahagian pertama, Mak Long ada katakan yang Mak Long dah panjangkan soalan mengenai komplikasi kaki dalam diabetes kepada dua orang pakar.

Pakar yang kedua adalah pakar herbalis Dr Siti Zawiah Abd Rahman (MD MA)

Dr Siti Zawiah memulakan kerjayanya sebagai seorang jururawat bertauliah. Beliau kemudian melanjutkan pengajiannya di peringkat lepasan ijazah dalam bidang pengubatan kanser dan haemodyalisis.

Sepanjang hayatnya, Dr Siti Zawiah memang telah mengamalkan penggunaan herba dalam masakan. Pertembungannya dengan HPA bukan sahaja mengubah persepsi nya terhadap cara perawatan pesakit tetapi juga terhadap penggunaan khasiat herba khusus untuk mengubat penyakit.

Apa yang istimewa baginya adalah HPA bukan sahaja menjual produk tetapi lebih mementingkan kepada penyebaran ilmu herba. Selepas menamatkan kursus dalam perubatan herba JAWI melalui INTIBAH selama setahun, Dr Siti Zawiah kemudian berusaha memperolehi Diploma in Herbology dari sebuah universiti di Hawaii menjadikannya seorang herbalis bertauliah di Barat dan Timur.

Beliau berpendapat bahawa herba di Barat sama dengan herba di Timur kerana dalam perubatan herba apa yang diperlukan adalah fungsi setiap herba. Setiap herba mempunyai khasiat tertentu dan khasiat inilah yang digunakan dalam mengubat penyakit.

Sebagai seorang yang sentiasa dahagakan ilmu, Dr Siti Zawiah sentiasa berusaha untuk memperdalamkan ilmunya. Terbaru, beliau telah memperolehi Diploma dalam Akupuntur dan lebih hebat lagi beliau di ijazahkan PhD dalam Perubatan Alternatif (pengkhususan bekam) dari Open University of Colombo.

Beliau juga menpunyai kepakaran dalam bidang akupuntur klinikal (Clinical Acupunture).

Berikut adalah jawapan beliau:

“Bila melihat ramai kawan kawan yg memerlukan pertolongan dalam perawatan saya rasa terpanggil untuk membantu mereka dengan apa yang saya boleh, terutama dalam perawatan penyakit Kencing Manis.

Melalui pengalaman alhamdulillah dengan menggunakan ubat ubat traditional inshaallah ia nya lebih berkesan dengan d bantu oleh penjagaan makanan makanan yang rendah kandungan gula dan karbohydrate.

Biasa nya bila saya mendapat pesakit kencing manis yang kronik,saya mengabungkan ubat ubat allorpati dengan traditional sahingga bacaan paras gula pesakit stabil. Sebagaimana ubat ubat allorpati,ubat ubat traditional juga mesti d makan 1/2 jam sbelum makan supaya bila makan ubat ubat sudah ada dalam sistem tubuh.

Ubat traditional yang terbaik untk merawat kencing manis ia lah PEGAGA. Saya menggunakan jenama HPA(Herba Penawar Alwahida)kerana sesudah 15 tahun keberkesanan nya memang terbukti. Pegaga disediakan dalam bentuk uncang dan untuk amalan satiap hari ia lah sebanyak 5 uncang satiap hari d rendam dalam jug untuk d minum pada 1 hari. Jika telah ada gangrene perlu ambil sebanyak 8 uncang.Rasa nya terlalu pahit dan kelat tapi dia berkesan d mana selepas 1 minggu kita akan lihat daging daging reput tadi akan luruh dan sel sel baru akan tumbuh. Kombinasi 2 lagi ubat traditional d guna bersama. Satu pokok dedalu yang tumbuh d atas pokok jering yang mempunyai bahan aktif nya bernama Plantisol untuk rawatan kencing manis. Dan herba Habbatus saudak atau bijirin hitam juga boleh menurun kan kadar gula dalam darah.

Pemakanan juga memainkan peranan yang sangat penting untuk pesakit kencing manis. Semua makanan yang berwarna PUTIH wajib d jauhi. Gulaputih akan menurun kan imuniti sa sa orang itu sebanyak 50% selepas 1/2jam memakan nya. Nasi putih sudah tidak  ada khasiat nya jadi memakan nya hanya membeban kan tubuh untuk memproses karbohydrate yang tinggi. Pastikan kita makan sayur sayur yang hijau dan buah buahan yang kurang manis.

Riadah juga ada lah satu cara untuk merawat kencing manis secara tidak lansung. Riadah boleh menurun berat badan dan menurun paras gula dalam darah. Riadah juga mengurangkan risiko penyakit jantung yang biasa menjadi komplikasi bagi pesakit kencing manis.

Setakat ini dulu, insyaallah kalau ada apa apa pertanyaan sila berhubung dengan saya melalui Mak Long di blognya.
Sekian terima kasih seadanya.”

Lagi Petua Untuk Diabetes

2 Comments

Filed under Tips

Tolong! Jangan ambil kaki ku!

Salam semua,

Mak Long sering mendapat soalan bagaimana untuk mengelakkan  kaki dari dipotong. Mak Long sedih benar bila mendapat soalan-soalan seperti ini kerana Mak Long tahu apabila sampai ke tahap ini sebenarnya ia sudah sangat kritikal. Mak Long sendiri  pernah ada saudara dekat yang kehilangan kakinya kerana diabetes. Jadi Mak Long faham benar dengan situasi ini dan Mak Long sangat prihatin.

Mak Long ni bukanlah seorang doktor jadi Mak Long tak ada sebarang tauliah untuk memberi nasihat perubatan mengenai situasi seperti ini. Apa yang Mak Long ada hanyalah sedikit ilmu yang Mak Long dapat dan Mak Long cuba praktikkan dan Mak Long dapati ia berkesan. Ilmu yang Mak Long yang cuba kongsikan di sini bukan ciptaan Mak Long sendiri dan Mak Long bukannya dapat dengan percuma juga. Mak Long mendapatnya dari pakar perubatan yang terlatih juga dan Mak Long tambah dengan pembacaan Mak Long sendiri. Dan Mak Long dapati apabila Mak Long sendiri menyimpang dari petua Mak Long ni, Mak Long mula lah terasa sakit-sakit. Mak Long yakin sekiranya petua ini di amalkan dengan istiqomah, insya Allah ia dapat menjimatkan kos perubatan yang tinggi dan dapat menyelamatkan kaki. Sekiranya anda sebelum ini hanya borderline diabetes, petua ini dapat mengelakkan anda dari diabetes. Bagaimana pun, seperti yang Mak Long selalu sebutkan, petua ini bukan galang ganti perubatan doktor, sekiranya anda memang dah ada diabetes, atau telah mendapat komplikasi akibat diabetes, maka nasihat doktor masih diperlukan.

Ok, untuk tidak mengecewakan mereka yang bertanya, Mak Long telah panjangkan soalan mereka-mereka ini kepada dua orang pakar yang Mak Long kenali secara peribadi.

Pakar yang pertama ialah Dr Norzita Mohd Yusof (MBBS (Malaya) IBCMT (Board Certified)  WOSAAM (Board Certified).

Ihsan Dr Nor

Dr Norzita adalah pengasas  Naturo wellness Clinic and beliau adalah orang pertama yang memperkenalkan kaedah pemakanan “low carbohydrate” yang kini Mak Long amalkan untuk membantu diabetes. Beliau mengamalkan perubatan secara holistik berasaskan terapi pemakanan. Beliau mempunyai kepakaran dalan terpi ozon, terapi “chelation” dan banyak lagi.

Berikut adalah jawapan beliau untuk soalan:

“salam…sy nk tnya mak mertua sy kna kecing manis yg agak truk la jugak skrng ni dok ada kat hspitl&dh kna potong sikit tp doktor nk potong lgi smpai kat betis mcm mn nk elak dari di potong lagi?”

Salam my answer will be in English( so sorry )…If the limbs do not want to be amputated,her sugar control must be tightly controlled and her mother-in-law mya need insulin for tight control at the moment and she needs to do ozone therapy – blood ozone and limb bagging with ozone.

Mak Long terjemahkan : Sekiranya kaki tersebut ingin diselamatkan, kadar gula dalam darah perlu dikawal dengan ketat dan ibumertua tersebut munkin perlu insulin. Kakinya boleh dirawat dengan terapi ozon .

assalamualaikum m.long…

saya nk tanyer ade tak alternatif lain tuk DM,maksud saya cara tuk mngubatinya.ayah saya dimasukkan ke wad disebabkan melecur di kaki.doktor kata kalau kaki dia bertambah teruk dia nasihatkan supaya potong..kami sekeluarga nk elakkan drpd dipotong..kalau boleh saya nk tahu ape yg patut dan ape yg tidak patut dimakan oleh ayh saya..harap mak long dpt tlg la sedikit sbyk..”

Alaikumsalam,the father needs ozone therapy but basic debridement of wound must be done by a proper nurse who knows about sterility and he needs a tight diabetic control with tight glucometer montioring ….2 hours after food has to be less than 7.8 mmol/l.

As both patients need to be on cod liver oil with at least total vitamin D of 1000 iu per day and lipoic acid and chromium at least 1200 mcg per day..InsyaALLAH

Mak Long terjemahkan: Ayah tersebut perlu terapi ozon tetapi rawatan luka pada kaki perlu dilakukan oleh seorang jururawat yang mahir dengan sterility (asas kebersihan) dan dia memerlukan kawalan ketat mengggunakan glucometer.. bacaan kadar gula dalam darah mestilah kurang dari 7.8 mmol/l   dalam 2 jam selepas makan.

Untuk kedua-dua pesakit, boleh ditambah minyak ikan kod yang mengandungi vitamin D dengan jumlah sekurang-kurangnya 1000 iu sehari dan asik lipoik serta chromium sekurang-kurangnya 1200 mcg sehari .

Mak Long harap jawapan ini membantu. Sebarang pertanyaan boleh di ajukan disini atau terus ke blog Dr Norzita.

Petua untuk Diabetes

6 Comments

Filed under Diabetic-friendly, Tips