Kerabu Ikan Kembung Thai-Style

Kerabu Ikan Kembung

Masa musim Tahun Baru Cina baru ni Mak Long beli 2 kilo ikan kembung dipasar. Lepas tu jenuh lah Maklong nak menghabiskannya dan sampai kehabisan idea nak mengolahnya. Atuk Abah pulak sampai dah jemu tengok ikan kembung. Asyik-asyik ikan kembung. Kerabu ni Maklong dah buat minggu lepas tapi baru nak blog hari ini. Dah lama Maklong tak buat kerabu ikan. Kalau di UK dulu Maklong gunakan ikan mackerel salai (smoked mackerel). Kerabu ni sebenarnya terhasil dari lebihan pindang ikan kembung yang Maklong buat pada hari sebelumnya. Kalau nak buat guna ikan kembung fresh bolehlah bakar dulu atau goreng dulu ikan tersebut. Resepi lebih kurang seperti smoked mackerel salad yang Maklong pernah buat dulu.

Bahannya:

2 ekor ikan kembong yang telah dimasak diambil isinya sahaja dan disiat-siat

1 biji bawang besar dihiris nipis dan dileraikan

1 biji tomato dihiris nipis

1 batang serai dihiris nipis bulat-bulat

2 pokok daun ketumbar dimayang halus

sedikit parutan kulit lemon

Untuk sosnya:

5 biji cili padi dicincang halus atau ditumbuk

1 sudu sos ikan

1 sudu besar jus lemon

2 sudu minyak zaitun

1 sdk minyak bijan

Masukkan kesemuanya bahan kecuali bahan sos kedalam sebuah mangkuk dan gaulkan rata. Campurkan kesemua bahan sos kedalam mangkuk kecil dan pukul hingga sebati. Rasa terlebih dahulu. Tambahkan sos ikan atau jus lemon sekiranya perlu. Curahkan sos kedalam mangkuk besar tadi dan  gaulkan sehingga rata.

Advertisements

1 Comment

Filed under Diabetic-friendly, Fish

Teh Pudina Stevia Yang Menyegarkan

Kalau kat kampung ni, kudapan sering di iringi dengan teh O yang biasanya dimaniskan dengan gula. Dengan menggunakan daun stevia kering, maklong persembahkan teh pudina stevia yang tak kurang sedapnya malah lebih menyegarkan.

Hanya didihkan secawan air dengan beberapa helai daun stevia kering selama beberapa minit, kemudian celupkan seuncang teh diikuti dengan sedikit daun pudina. Hidangkan panas-panas. Mmmmm segar!!

5 Comments

Filed under Beverage, Diabetic-friendly

Diabetes: Kenapa kaki saya kebas?

Male Right Foot 1.jpg

Ihsan Wikipedia

Ramai pesakit diabetes yang sering mengadu kebas-kebas kaki. Fenomena ini sering disebut dalam bidang perubatan sebagai ‘diabetic neuropathy’. ‘Diabetic neuropathy’ adalah antara komplikasi diabetes disebabkan oleh kerosakan pada hujung saraf dan ini boleh mengakibatkan rasa kebas timbul pada anggota tubuh seperti kaki dan tangan. Menurut pembacaan Maklong, neuropathy ini sukar diubati tetapi penjagaan yang betul boleh mengelakkannya dari menjadi bertambah teruk.  Diabetic neuropathy yang tidak terkawal boleh menyebabkan keadaan ini menjadi melarat membawa kepada kecederaan yang tidak disedari dan  lambat laun boleh menyebabkan berlaku amputasi. Ini kerana apabila berlaku kebas pada kaki, anda tidak akan dapat merasa sakit pada luka atau jangkitan pada kaki.  Pastikan anda sentiasa mengawal kandungan gula dalam darah dengan memakan ubat diabetes yang disyorkan doktor dan pada masa yang sama  amalkan pemakanan yang baik. Ini dapat membantu mengurangkan rasa kebas pada kaki atau tangan.

Tips penjagaan kaki

  1. Basuh kaki anda setiap hari dengan air suam dan sabun. Keringkan kaki dengan sempurna terutama pada celah jari.
  2. Periksa kaki setiap hari, kalau perlu gunakan cermin, untuk melihat samada terdapat bengkak, luka, ketuat  dan sebagainya.
  3. Gunakan losyen untuk melembutkan tapak kaki yang keras.
  4. Kalau perlu, pakai selipar di dalam rumah untuk mengelakkan kaki terluka tanpa disedari.
  5. Elakkan memakai sandal. Sebaliknya amalkan pakai kasut yang selesa dengan stokin apabila keluar rumah.
  6. Jangan lupa untuk meminta doktor memeriksa kaki anda setiap kali bertemu doktor.

Rujukan:

  1. http://diabetes.niddk.nih.gov/dm/pubs/neuropathies/
  2. http://www.livestrong.com/article/244916-what-are-the-treatments-for-numb-feet-in-diabetes/

3 Comments

Filed under Tips

MENU HARI INI

Menu hari ini

menu hari ini

Lamanya Maklong tak bersiaran lebih-lebih lagi sejak balik Malaysia ni. Sibuk mengerjakan urusan harian, blog sendiri pun jarang tengok. Sekali sekala Maklong jengah juga untuk membalas komen yang diutarakan. Pun begitu ada komen yang Maklong tak balas, harap maaf ye…

Maklong sekarang tinggal di kampung bersama Atuk Mak dan Atak Abah yang masing-masing sudah pada sakit-sakitan. Menu hari ini permintaan Atuk Abah yang mahu Maklong masakkan sayur padprik. Selalunya Maklong yang pergi pasar, tapi hari ini alhamdulillah dia sudah kuat dan berasa confident untuk kepasar sendiri. Pulang dengan udang dan sayur-sayuran, dia mintak gorengkan Maklong sayur kailan, “tapi kena potong halus”, katanya sebab selalu lekat kat gigi. Mak long gorengkan tauhu dan tempe sebagai tambahan protein. Sambal kicap tu buatan Miqdad, anak sedara Maklong yang suka memasak.

Chicken padprik

Padprik tu Maklong tambahkan dada ayam dan Maklong guna resipi ini. Padprik ini memang kesukaan Pak Long. Jom makan…

Leave a comment

Filed under Diabetic-friendly

Stevia: Berita baik untuk diabetes

Sebelum ni Mak Long pernah bercakap tentang Splenda sebagai pengganti gula dalam makanan. Hari ini Mak Long nak bercerita teng stevia pulak. Berbanding Splenda, stevia lebih mudah didapati di Malaysia. Bagaimana pun Mak Long masih belum berpengalaman lagi dalam masakan Mak Long, jadi jom kita teroka sama-sama.

Kembang stevia rebaudiana - ihsan Wikipedia

Stevia berasal dari sejenis herba bernama Stevia rebaudiana yang juga dikenali sebagai sugarleaf/sweetleaf atau daun manis. Ekstrak steviol glycoside  yang didapati dari tumbuhan ini mengandungi kemanisan 300 kali lebih tinggi dari gula. Oleh kerana stevia tidak memberi kesan negatif terhadap kadar gula dalam darah, ia sangat sesuai untuk pengidap diabetes. Stevia kini menjadi semakin popular di kalangan pengamal diet rendah karbohidrat.

Malaysia kini adalah salah sebuah negara yang sudah mengusahakan stevia sebagai tumbuhan makanan.  Sebagai pemanis stevia tidak mempunyai rasa pahit yang biasa terdapat dalam bahan pemanis lain seperti saccharin atau cyclamate. Selain pemanis seperti Equal stevia, Mak Long dapati banyak juga produk berunsurkan stevia yang kini terdapat di pasaran Malaysia.  Ini termasuklah sirap kordial yang telah dimaniskan dengan stevia seperti produk Stevia Sweet. Ini cukup baik untuk pengidap diabetes terutama di saat menghampiri hari raya.

Setakat ini Mak Long sudah pernah menggunakan stevia  untuk memperisakan masakan bagi menggantikan gula tapi Mak Long masih lagi mencari cara untuk menggunakan stevia untuk membuat kuih-muih. Sesiapa yang berpengalaman dan pernah menggunakan stevia dalam pembuatan kuih-muih harap dapat dikongsikan disini untuk kebaikkan bersama ya..

 

22 Comments

Filed under Diabetic-friendly, Uncategorized

Salad buahan buat berbuka

Pak Long sangat suka buahan untuk membuka  selera waktu berbuka. B iasanya Mak Long akan pilihkan beberapa buahan untuk dijadikan salad. Pernah ada memberi komen yang buahan yang Mak Long gunakan tidak sesuai untuk diabetes. Sebenarnya komen itu betul juga.  Buahan seperti oren, mangga atau rambutan misalnya  tidak sesuai lebih lebih lagi apabila dimakan berlebihan.  Jadi supaya pengidap diabetes tidak merasa kempunan Maklong campurkan sedikit buah oren dengan buahan lain yang rendah indeks glisemiknya seperti epal dan honeydew.  Kemudian Mak Long hidangkan dengan susu cair dan yoghurt.  Dengan cara ini, pengidap diabetes dapat menikmati kepelbagaian buah dengan cara yang lebih sihat.

Leave a comment

Filed under Diabetic-friendly, Fruit

Pucuk ubi masak lemak dengan tempeh…tapi kureng sikit…

 Semalam Mak long berbuka dengan pucuk ubi masak lemak tempe. Sejak menetap di kampung ni baru sekarang Maklong dapat makan makanan kegemaran Mak Long ini. Tapi Mak Long kureng puas hati sebab kelapa parut yang Mak long gunakan tak banyak santannya jadi santannya agak cair sedangkan Mak long suka santan pekat untuk masakan ini. Biasanya MakLong gunakan tempe yang agak tua dan sedikit kering yang MakLong akan cincang halus dan rebus dengan bumbunya sampai betul-betul lembut. Tempe tua memberikan flavor yang cukup istimewa dalam masakan ini. Kalau masak pucuk ubi macam ni Maklong boleh ratah sayur sampai habis seperiuk..  Walau tak berapa menjadi, masih tetap sedap di lidah MakLong yang dah lama merinduinya..

Haha tak  payah resipilah ye.. Nanti bila dah buat yang betul kau baru MakLOng sharekan resipinya

Selamat berbuka..

 

 

10 Comments

Filed under Uncategorized