Tag Archives: diabetes

“Anda tidak sakit – Anda hanya kehausan”

Pentingnya air dalam program pemakanan pesakit kencing manis

Semua orang tahu yang air penting dalam kehidupan seharian kita, namun bagi pengidap kencing manis, air memainkan peranan yang tersangat mustahak. Oleh kerana diabetis mempunyai potensi untuk menimbulkan komplikasi yang boleh mengakibatkan lumpuh organ dalaman seperti hati, jantung dan buah pinggang, pengidap penyakit ini perlu lebih berhati-hati.

Tubuh kita mengandungi lebih kurang 50 – 60% air. Darah mengandungi 90% air, otak kita mengandungi 85% air, 72% dalam otot, 71% dalam kulit dan 30% dalam tulang. Ellington Darden Ph.D menulis dalam artikelnya “Superhydration” yang air bukan setakat untuk menghilangkan haus, malah :

• bertindak sebagai pelarut untuk vitamin, mineral, asid amino, dan glukos
• membawa nutrisi melalui sistem tubuh
• melancarkan pencernaan makanan
• melumasi sendi
• berfungsi sebagai shock absorber di dalam mata dan sumsum tulang belakang
• mengimbangkan suhu badan
• mengenyahkan bahan kumuh dari melalui air kencing
• menghilangkan panas melalui kulit, paru-paru, dan air kencing
• menjaga kelenturan dan ketegangan kulit
• membantu kontraksi otot

Menurut Dr Batmanghelidj (Dr B), penulis  buku “Your Body’s Many  Cries For Water” , tanpa air yang cukup, tubuh kita boleh mengalami kemarau air (dehydration). Bagaimana kemarau air dalam tubuh boleh berlaku? Allah menganugerahkan tubuh kita dengan satu sistem yang benar-benar sofistikated. Sistem yang diciptakan Allah mempunyai beberapa lapisan back-up yang  saling menyokong antara satu sama lain.  Apabila tubuh kita mula kekurangan air, kita akan merasa haus. Bagaimana pun kebanyakan kita memilih untuk meminum minuman manis seperti kopi, teh, sirap atau minuman dalam tin atau botol dan bukannya minum air. Lebih teruk lagi ada juga mereka memilih untuk makan dan bukannya minum. Ini tidak akan mengatasi masalah kekurangan air dalam tubuh.  Apabila keadaan ini berlarutan,  tubuh kita akan secara otomatis bertindakbalas dengan mengaktifkan sistem back-up sedemikian hingga kita tak rasa haus lagi. Lambat laun kemarau air dalam tubuh akan berlaku. Kita tidak akan sedar yang tubuh kita kemarau air sehingga masalah kesihatan berlaku.

Dr B mengatakan bahwa keadaan ini boleh menimbulkan banyak penyakit seperti asma, arthritis,  obesiti, kemurungan, sakit punggung, gout, batu ginjal dan banyak lagi. Bagi pengidap diabetis, kemarau air boleh menjejaskan keefisyenan fungsi  insulin dalam mengatur peredaran gula dan mineral ke dalam sel tubuh selanjutnya menyebabkan kadar gula dalam darah bertambah teruk.

Kebanyakan pesakit kencing manis mempunyai masalah kegemukan dan cepat lapar. Dengan mengamalkan meminum air yang cukup setiap hari masalah ini dapat diatasi. Meminum air dapat melemahkan nafsu lapar dan membantu tubuh menghancurkan lemak. Kajian menunjukkan yang meminum air yang cukup membantu mengurangkan lemak sebaliknya  kurang minum air boleh meningkatkan simpanan lemak dalam tubuh.

Organ buah pinggang kita tidak dapat berfungsi dengan sempurna tanpa air yang cukup.  Dr Donald Robertson yang menulis “The Snowbird Diet” menjelaskan  apabila fungsi buah pinggang berkurangan, organ hati terpaksa menanggung sebahagian fungsi buah pinggang. Sedang fungsi utama hati adalah memastikan kelancaran metabolisma lemak simpanan bagi menghasilkan tenaga. Namun jika hati tidak berfungsi sepenuhnya lemak tidak dimetabolisma sepenuhnya dan kegemukan terhasil.

Apabila tubuh kita mendapat air yang cukup:

  • Fungsi kelenjar endokrin bertambah baik;
  • “Fluid retention” atau sembab akan berkurangan;
  • Lemak lebih banyak digunakan sebagai bahan bakar kerana hati bebas untuk memetabolisme simpanan lemak;
  • Rasa haus asli akan kembali; dan
  • Rasa lapar akan berkurangan.

Ok, berapa banyak air perlu kita minum untuk memastikan tubuh mendapat air yang cukup?

Kita sering disaran untuk meminum lapan gelas air sehari. Sebenarnya jumlah ini hanyalah minimum dan ia hanya benar untuk mereka yang mempunyai berat badan yang optimal. Bagi mereka yang berat badan yang berlebihan, maka jumlah ini perlu ditingkatkan. Kita perlu tambah 1 gelas lagi untuk setiap 12 kg berat tambahan.

Dr Donald Robertson menganjurkan supaya kita minum sekurang-kurangnya:

4 gelas air di waktu pagi

4 gelas air di waktu tengahari

4 gelas air di antara jam 5 – 6 petang.

Kaedah minum air yang betul.

Dengan mengambil analogi menyiram  pokok yang hampir mati kekeringan, kita tidak akan mencurahkan sebaldi air terus ke dalam pasu pokok bunga tersebut kerana ia hanya akan menyebabkan pokok tersebut mati kelemasan. Sebaliknya kita kena renjiskan air sedikit demi sedikit sehingga tanah nya dapat meresapkan air dan menghidupkan semula pokok tersebut. Begitu juga dengan manusia. Kita tidak boleh terus menonggengkan sebotol air ke dalam tekak kita kerana ia hanya akan keluar terus dalam air kencing dan tidak dapat dimanfaatkan oleh organ dalam yang sangat memerlukannya. Sebaliknya kita kenalah minum sip by sip teguk demi teguk dan setiap teguk hendaklah dipisahkan dengan helaan nafas. Demikian amalan yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Wah panjangnya artikel kali ini. Dua malam Maklong menyiapkannya. Bagaimanapun Maklong berharap ia membantu anda. So apa tunggu lagi. Pergilah minum air.

Lagi Petua untuk Diabetes

Advertisements

3 Comments

Filed under Diabetic-friendly, Tips

Quinoa

Quinoa

Quinoa (disebut keenwa) adalah satu alternatif yang baik untuk menggantikan nasi. Quinoa adalah sejenis bijirin yang berasal dari Amerika Selatan khususnya pergunungan Andes. Ia mempunyai tekstur seperti nasi. Kandungan karbohidratnya lebih rendah dari nasi sementara kandungan protin lebih tinggi dari nasi. Dalam proses penghadaman quinoa melepaskan kandungan karbohidrat secara perlahan ke dalam tubuh menjadikannya sesuai untuk pengidap diabetes.  Tak hairanlah kalau ia digelar superfood oleh pakar pemakananan Barat.

Dalam penyediaan, quinoa perlu dibasuh sehingga air basuhan benar-benar jernih untuk membersihkan saponin yang terdapat di bahagian bijirin kalau tidak ia akan terasa pahit. Seperti beras, quinoa mengembang apabila masak.  Quinoa juga sesuai dihidangkan dengan lauk-pauk Melayu.

Quinoa Pilaf

Bahan-bahannya

1 cawan quinoa

1 sudu besar butter atau minyak sapi

1 camca teh parutan halia

1 cili hijau

1/4  bawang besar dicincang halus

1/2 camca teh serbuk kunyit

1/2 camca teh serbuk ketumbar

1/4 camca teh serbuk kayu manis

1 3/4 cawan air

1/2 cawan kacang pis (frozen)

garam secukup rasa

Hidangan 4 orang

Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang dan kacau selama 4-5 minit. Masukkan halia, cili hijau dan  serbuk kunyit, ketumbar dan kayu manis.  Masukkan quinoa yang telah dicuci bersih dan air. Masukkan garam. Biarkan mendidih sehingga quinoa mengembang dan berekor. Kecilkan api dan renih selama 15 minit. Masukkan kacang pis, kacau dan tutup sehingga semua air telah menyerap ke dalam quinoa.

Maklong hidangan dengan stir fried chicken with soy sauce.

2 Comments

Filed under Diabetic-friendly, Main Dish

Menjaga ahli keluarga yang mengidap diabetes di hospital

Semalam Maklong mendapat mesej dari salah seorang pembaca blog Maklong ni mengenai ahli keluarganya yang terpaksa dirawat di hospital kerana komplikasi diabetes yang menyebabkan kakinya bernanah. Sedih betul Maklong bila dengar kisah seperti ini.

Memanglah tujuan Maklong berkongsi petua di sini semata-mata untuk mengelakkan pesakit diabetes dari sampai ke tahap ini. Sayugia Maklong ingatkan jua yang petua Maklong ini sama sekali tidak bertujuan untuk menggantikan perubatan doktor. Sebaiknya petua Maklong ini diamalkan bersama dengan perubatan doktor supaya ubat doktor tu lebih berkesan dan proses penyembuhan dapat dipercepatkan. Insya Allah kalau diamalkan dengan tekun pesakit akan mulai sembuh dan ubat doktor dapat dikurangkan sedikit demi sedikit. Jadi kalau doktor dah beri ubat tu, makanlah jangan tak makan.

Cumanya kalau pesakit diabetes tu dah terpaksa dirawat di hospital kena awasilah pemakanan yang dihidangkan di hospital. Secara umumnya pemakanan di hospital biasanya melebihkan rendah lemak. Lebih-lebih lagi waktu sarapan, the most important meal of the day, kalau diwad kelas satu atau hospital swasta mungkin istimewa lah sikit tapi kalau di wad kelas tiga kadang-kadang tu roti marjerin dengan air milo dan mungkin telur setengah masak. Ini Maklong sebutkan sepuluh tahun yang lalu ye, kalau dah berubah sekarang Maklong mintak maaf banyak-banyak. Jadi sebaiknya kalau boleh biarlah ada ahli keluarga pesakit tu yang dapat membantu menyediakan makanan tambahan untuk menampung keperluan pesakit semasa di hospital.

Maklong nak kongsi kisah orang kesayangan Maklong yang baru-baru ni juga terpaksa dirawat di hospital. Mula asalnya Maklong agak keberatan untuk bercerita kisah ni di sini sebab ini kisah peribadi tapi bila dapat mesej tu semalam Maklong ubah fikiran dan Maklong harap ia dapat dijadikan teladan untuk kebaikan bersama. Orang kesayangan Maklong tu mengidap diabetes . Bagaimanapun dia masuk hospital bukan kerana komplikasi diabetes tapi kerana penyakit lain yang perawatan dan perubatannya boleh memberi impak secara langsung terhadap penyakit diabetesnya.

Makanan yang disediakan untuk sarapan pagi : roti dengan majerin, cereal dengan susu rendah lemak. Hidangan tengahari sandwic dengan isi yang dipelbagaikan dan makan malam boleh jadi nasi dengan lauk kari atau fish and chips. Selain dari itu pilihan untuk makanan halal walau pun ada disediakan tapi sangat terhad. Jadi Maklong usahakan dengan kerjasama kedua mertua Maklong untuk memastikan yang orang kesayangan Maklong tu sentiasa mempunyai cukup bekalan makanan halal yang sesuai dengan keperluan diabetiknya. Hampir setiap hari kami bekalkan dia dengan telur rebus, keju, peanut butter yang tidak bergula, butter, sosej yang telah dimasak, ayam bakar yang dihiris nipis atau daging bakar yang telah dihiris nipis. Maklong bekalkan jugak sayur-sayur segar seperti salad lettuce, timun dan tomato ceri, buahan segar seperti epal/pic, biskut ryevita yang mempunyai kandungan karbohidrat rendah untuk dimakan bersama butter atau peanut butter. Nasib baiklah dia ada bilik jadi dia boleh simpan makanan tersebut dalam biliknya sendiri. Oleh kerana banyaknya makanan tu kami kena sediakan cooler bag untuknya siap dengan icepack sekali. Selain daritu kami berikan jugak dia berbotol-botol air untuk minuman.

Minggu pertama Ramadan, ubat baru diperkenalkan dan bila Maklong buat kajian sedikit mengenai ubat itu, Makong dapati memang ianya mempunyai impak secara terus terhadap penyakit diabetes. Beberapa kali dia cuba berpuasa tapi gagal kerana terpaksa berbuka disebabkan kesan negatif ubat itu terhadap diabetesnya.

Sepanjang dia berada di hospital, Maklong pastikan yang Maklong hadir dalam sesi konsultansi dengan pakar yang merawatnya bukan sahaja untuk mendapatkan penjelasan tapi jugak untuk memberi pendapat dan maklumbalas terhadap perawatannya. Pakar tersebut taklah sentiasa sependapat dengan Maklong tapi sekurang-kurangnya dia dengar jugak apa Maklong katakan.

Minggu kedua Ramadan doktor pakar menukar preskripsi dan ubat lain pulak diperkenalkan. Alhamdulillah ubat yang akhir ini nampaknya lebih serasi dan dua minggu kemudian orang kesayangan Maklong tu dah boleh balik rumah. Alhamdulillah juga kerana dengan ubat ini dia dapat berpuasa dengan sempurna. Awalnya doktor menjangka yang rawatan hospital tu boleh berlanjutan hingga enam bulan tapi berkat Ramadan Allah keluarkan dia selepas beberapa minggu.

Dalam mengamalkan petua ini, kita pasti akan bertembung dengan orang-orang yang mungkin tidak setuju dengan kita. Kadang-kadang orang itu adalah doktor/ahli perubatan yang merawat pesakit atau kadang-kadang mereka itu adalah teman-teman atau saudara-mara atau ahli keluarga kita dan boleh jadi juga orang itu adalah pesakit itu sendiri.

Jangan putus asa dan jangan mengalah. Banyakkan bersabar, berdoa dan banyakkan bersedekah. Insya Allah, Allah tu Maha Mendengar. Dia yang Empunya penyakit dan Dialah jua yang Empunya penyembuhnya. Kita hanya dapat berusaha. Wallahu a’lam.

Lagi Petua untuk Diabetes

6 Comments

Filed under Tips

Petua Pemakanan Untuk Kencing Manis – Bhg 3

Makanan yang perlu dielakkan sama sekali:

  • Gula – semua jenis
  • semua jenis manisan dan coklat (kecuali coklat masakan yang mengandungi minima 70% coklat asli dalam kuantiti yang rendah)
  • semua jenis makanan yang mengandungi gula derivatif yang mempunyai akhiran -ose seperti glucose, sucrose, lactose, maltose dan banyak lagi.
  • Makanan berkanji seperti pulut, beras (terutama beras siam), gandum, jenis-jenis ubi seperti ubi kentang dan ubi kayu
  • Susu rendah lemak atau susu skim, dan susu pekat manis (Susu cair atau susu segar penuh krim dibolehkan dalam kuantiti yang sedikit)
  • Yoghurt rendah lemak dan yoghurt berperisa (termasuk susu berperisa)
  • Sos cili, sos tomato dan kicap (kecuali kicap jenama Kikkoman kerana jenama ini tidak mengandungi gula)
  • Semua jenis minuman dalam botol/tin, sirap dan skuasy
  • Buahan dalam tin dan jus buah-buahan (buahan dalam bentuk jus mempunyai kandungan gula lebih tinggi dari buahan segar) kecuali jus yang dicairkan – satu bahagian dicampurkan 4 bahagian air.

Makanan yang sesuai dimakan:

  • Semua jenis daging – kambing, lembu
  • jenis burung – ayam, itik, turkey, puyuh, merpati dsbnya
  • Hati, limpa, paru, buah pinggang (mengandungi khasiat vitamin dan mineral yang sesuai untuk tubuh)
  • Sosej dan nuget (bagaimanapun awasi senarai bahan dalam produk di pasaran kerana kebanyakan terdapat bahan tambahan yang perlu dielakkan seperti gula dan bijirin)
  • Semua jenis lemak binatang – tiada had seperti butter dan minyak sapi. Jangan buang lemak daging dalam masakan.
  • Ikan dan makanan laut termasuk yang dikeringkan
  • Telur – tiada had termasuk telur asin (kecuali telur “Omega-3” kerana telur jenis ini telah dihasilkan dari makanan tiruan yang mengandungi hormon tambahan)
  • Minyak kelapa, santan, kerisek, butter, minyak sapi, krim dan yoghurt penuh lemak
  • Keju kecuali cottage cheese. Pastikan anda dapatkan keju yang vegetarian kerana keju yang tidak dilabel vegetarian adalah tidak halal.
  • Herba dan rempah ratus
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan segar bergantung kandungan karbohidrat
  • Tauhu, tempeh dan produk dari soya

Sayur-sayuran yang sesuai

  • Lobak merah
  • Lobak putih
  • Leek
  • Labu air
  • Labu panjang
  • Labu kuning
  • Asparagus
  • Taugeh (termasuk taugeh kacang hitam, taugeh kacang soya, taugeh kacang hijau)
  • Kacang panjang
  • Semua jenis Kobis
  • Bunga kobis
  • Broccoli
  • kacang buncis
  • Kacang tolo
  • Tomato (segar atau dalam tin)
  • semua jenis cili
  • Lada benggala
  • Bayam
  • Kangkung
  • Kailan
  • Semua jenis Sawi
  • Semua jenis cendawan
  • Dedaun salad
  • Dedaun hijau seperti pucuk ubi, pucuk ranti, pucuk labu, pucuk manis
  • Semua jenis ulam herba
  • Bebawang (seperti bawang besar, bawang putih, bawang merah, daun bawang)
  • Kucai
  • Petula
  • Bendi
  • Timun
  • Terung
  • Kelapa termasuk kelapa parut
  • Bangkuang atau sengkuang
  • water chestnut
  • Celery
  • Brussel sprout

Buah-buahan segar yang sesuai

  • Epal
  • Mangga (tidak lebih dari satu)
  • Nanas
  • Jambu batu
  • Betik
  • Peach
  • Strawberry
  • Blueberry
  • limau bali
  • limau nipis
  • limau kasturi
  • Tembikai dan jenis-jenis melon
  • Belimbing
  • Blackberry
  • Raspberry
  • Kiwi
  • Oren
  • Limau mandarin
  • Pear dan buah lai
  • Laichi
  • Avocado
  • Durian (tidak lebih dari 2 ulas)
  • Rambutan (tidak lebih dari 2 biji)

Kekurangan idea untuk menu masakan? Dapatkan inspirasi dari senarai resepi Maklong yang mesra diabetik atau diabetic-friendly dan hidangkannya bersama nasi tiruan.

Petua Pemakanan untuk Kencing Manis – Bhg 1

Petua Pemakanan untuk Kencing Manis – Bhg 2

62 Comments

Filed under Diabetic-friendly, Tips