Tag Archives: diabetic friendly

Insulin juice

I’ve heard that there appears to be a preparation for insulin-like juice which you can consume orally to lower your you blood sugar level. However, if you hate vegetables then it’ll be a challenge for you to take it. I found this in Facebook. If you’re afraid of needles, maybe you can check this out.

insulin juice

Okay, siapa nak cuba? Menarik ni! Jus yang dapat menurunkan kadar gula dalam darah.

Resipinya:

1 biji epal hijau
1/2 biji peria
1/2 biji timun
2 btg seleri
1/4 lemon

Diminum setiap hari.

Siapa yang dah cuba, kongsikan kesannya kat sini. Maklong belum cuba lagi. Esok nak cari bahan-bahannya.

3 Comments

Filed under Breakfast, Diabetic-friendly, Uncategorized

Mencari idea dari Jamie Oliver

Terkadang Maklong jadi buntu apa nak masak yang sesuai dengan selera semua orang. Atuk Abah dengan selera kampungnya. Paklong dengan selera westernnya. Pastu nak nak diolah pulak supaya sesuai dengan diabetesnya. Baru fikir je dah penat. So hari ini Maklong bukan lah nak berkongsi resepi tapi nak kongsikan apa yang Maklong buat bila dah ‘run out of ideas’. Maklong minat dengan Jamie Oliver (celebrity chef dari UK). Dia seorang yang kreatif. Sebagai chef dia berjuang untuk memperbaiki pemakanan anak-anak disekolah dan kita tahu selera anak-anak lebih cerewet dari orangtua lebih-lebih lagi yang terbiasa dengan makanan segera dan jajan. Hasilnya eksperimennya di beberapa sekolah, beliau berjaya mempengaruhi pihak kerajaan untuk memperuntukkan bajet bagi mengubahsuai kantin di sekolah-sekolah supaya menyediakan makanan yang lebih sihat untuk anak-anak. Maklong rasa banyak idea beliau yang kita boleh pakai. Cuba lihat video di bawah ni:

Resepi pertama adalah Fritata telor Angsa. Fritata ni sesuai untuk sarapan atau kudapan malam. Biasanya mereka yang ada diabetes selalu rasa lapar waktu malam. Dalam resepi ni, Jamie gunakan keju kambing dan keju parmesan, so kita carilah yang halal ye..

Bahan-bahan yang digunakan:

2 biji telor angsa

Butter

sedikit garam

sedikit black pepper (Jamie tak letak)

daun pudina

cili

keju kambing

parmesan

Resepi kedua pulak adalah Dada Ayam dengan Asparagus. Okey, dalam resepi ni Jamie gunakan bacon jadi kita kena derhaka sikit dan abaikan bacon tersebut. Sebaliknya kita boleh gantikan dengan lemak ayam yang dicairkan kerana  lemak cair juga boleh memperisakan hidangan tersebut.

Bahan yang digunakan:

Sebelah dada ayam yang dibuang tulangnya

Beberapa pucuk asparagus

tomato ceri

black olives

beberapa helai daun basil

sedikit butter

sedikit garam

sedikit air atau jus lemon

Resepi ketiga Couscous dengan campuran Seafood. Yang ini Maklong serahkan kepada kebijaksanaan anda untuk membuat pegubahsuaian sendiri.

Leave a comment

Filed under Anecdote, Tips

This time I’ll let the pics do the talking

The ingredients:

1 bowl of cooked quinoa

1 heart of gem lettuce

2 tomatoes

half a red onion

Chop the vegetables and add to the quinoa then add flaked smoked mackerel

2 tsp of soy sauce, 2 tsp fish sauce, 1 tsp sesame oil, 4 tsp olive oil

3 thai birds eye chillies finely chopped

Add 2 tsp of lemon juice to the chillies, oils and sauces and mix well

The result:

The finished salad mixed with the dressing. Enjoy!

 

Leave a comment

Filed under Fish, Main Dish

Brisket dimasak lemak cili padi

Bila-bila Mak Long terasa nak makan daging salai masak lemak cili padi, Mak Long akan buat masakan ni.

Brisket adalah potongan daging lembu di bahagian sebelah bawah berhampiran kaki depan. Mak Long suka beli brisket kerana potongan ini adalah yang paling murah terdapat di kedai. Mak Long biasanya beli brisket dengan tulang tanpa dipotong. Sampai rumah, Mak Long akan terus bakar brisket tu dalam oven pada suhu rendah biasa 120C berbungkus dalam foil selama lebih kurang 4 jam. Selepas Mak Long sejukkan dan bila dah sejuk Mak Long hiris-hiris nipis dan kemudian Mak Long masak semula daging tu dalam gulai ciri padi.

 

7 Comments

Filed under Main Dish, Meat

Quinoa lemak

Nasi lemak adalah sarapan tradisi Melayu. Namun bagi pengidap diabetes, nasi lemak sukar dielakkan. Mak Long sudah jumpa gantian untuk nasi lemak yang cukup berlemak mempunyai rasa dan tekstur yang hampir serupa- quinoa (disebut keenwa) lemak. Ia cukup mengenyangkan dan anda tidak akan makan bertambah.

Bahan-bahannya

1 cawan quinoa

1  tin santan kelapa blue Dragon

1 ulas bawang putih (cincang halus)

1 inci halia (parut)

1 batang serai

air secukupnya

1 kiub stok ayam

garam

Hidangan  untuk 2 orang

Rendam quinoa selama sekurang-kurangnya setengah jam. Ramas quinoa dengan jari dan bilas dengan air yang banyak untuk membersihkan buih saponin yang terdapat pada kulit quinoa. Sekiranya tidak dibersihkan dengan sempurna buih saponin boleh menyebabkan rasa pahit.

Masukkan quinoa dalam periuk. Sukat santan kelapa dan tambahkan air secukup untuk sama dengan 2 cawan. Curahkan kedalam periuk quinoa. Masukkan bawang putih, halia, serai yang telah diketuk, kiub stok dan garam. Rebus seperti nasi. Apabila telah mendidih dan hampir kering,  tutup periuk dan tutup api. Biarkan tertutup selama 15 min. Anda boleh juga gunakan periuk nasi elektrik.

Maklong hidangkan quinoa lemak dengan sambal tumis, telur rebus, timun dan ayam bakar.

8 Comments

Filed under Breakfast, Diabetic-friendly

Green salad with jerusalem artichoke and salmon

Ingredients:

2 salmon pieces

4 jerusalem artichokes

1 gem lettuce

1 salad tomato

1 tbsp pine nuts

1 tbsp groundnut oil

For the dressing:

juice of 1 lemon

3 tbsp of groundnut oil

1 red chilli finely chopped

1 tbsp dark soy sauce

1 tbsp sesame oil

2 tsp fish sauce

Serves 2

Start by making the dressing. Put all the ingredients in a bowl and mix well. Boil the jerusalem artichoke for 15 minutes. Heat the groundnut oil in a frying pan. Place the salmon pieces skin side down. Fry for 2 minute then cover for 8 minutes. Meanwhile drain the jerusalem artichokes and peel the skin.

Then chop them. Peel the gem lettuce leaves, wash them and dry. Chop them roughly. Wash and dry the tomato and chop into wedges. When the salmon is done, peel off the skin and flake the flesh. Arrange the artichokes, leaves and tomato wedges in the salad bowl. Then scatter the salmon flakes and followed by a sprinkling of the pine nuts. Drizzle over the dressing and serve.

Leave a comment

Filed under Diabetic-friendly, Fish, Main Dish

Splenda

Apa itu Splenda?

Splenda  adalah pemanis yang Mak Long gunakan untuk menggantikan gula dalam masakan.  Biasanya  pesakit diabetes ni mengalami kecanduan gula, jadi kalau kita tiba-tiba hentikan gula dari diet hariannya, dia akan jadi ketagihan dan akan mula mencari gula semula. So, Splenda adalah gantian terbaik untuk gula.

Kandungan utama Splenda adalah sucralose.  Berlainan dengan pemanis lain, sucralose tidak mempunyai kesan ke atas insulin dalam badan. Ini kerana kandungan karbohidratnya yang hampir nil natijahnya ia tidak memberi kesan negatif pada kadar gula dalam darah.  Mak Long suka guna Splenda kerana ia sesuai untuk masakan. Splenda juga tidak mempunyai “after taste” yang pahit seperti pemanis lain. Ciri unik sucralose yang mengatasi pemanis lain adalah:

  • ia tetap stabil pada suhu tinggi atau pada pH rendah;
  • mempunyai rasa seperti gula;
  • 600 kali lebih manis dari gula.

Splenda dihasilkan dalam beberapa bentuk:

  • pil
  • serbuk

Mak Long lebih suka guna Splenda serbuk kerana ia lebih versatil.

Bagaimana menggunakan Splenda?

 

 

 

 

 

 

Jadual di atas memberikan tukaran sukatan gula kepada sukatan Splenda. Sukatan ini boleh digunakan untuk membuat kek dan juadah manis lain.


 

 

 

Di mana nak dapatkan Splenda Di Malaysia?

Untuk setakat ni, Mak Long tak tahu jawapannya. Jadi kalau anda tahu di mana Mak Long boleh dapatkan Splenda di Malaysia, tolonglah  (please pretty please ) kongsikan di sini ye.

19 Comments

Filed under Diabetic-friendly, Tips