Category Archives: Offal

Sambal Goreng Pedal Ayam

dsc00421

 

Mak Long dah lama teringin nak makan sambal goreng pedal. Kalau dikampung dulu, masakan favourite Atuk Mak untuk sahur dalam bulan puasa mesti sambal goreng. Hampir setiap hari Atuk Mak akan masak sambal goreng dan bahan-bahannya dipelbagaikan setiap hari agar tak jemu. Sambal goreng yang paling ringkas terdiri dari hirisan bawang besar, cili hidup samada merah ataupun hijau atau campurannya, bawang putih dan halia yang ditumis bersama ikan bilis dan diperisakan dengan perahan air asam dan belacan. Kalau dipagi raya sambal goreng adalah satu juadah yang tak boleh tiada dan biasanya sebagai hidangan istimewa ia akan diperkaya dengan tambahan protein biasanya makanan laut seperti udang, kerang serta sotong ataupun isi ayam seperti hati, pedal dan jantung. Antaranya sayuran yang dijadikan bahan tambahan dalam sambal goreng istimewa termasuklah tauhu, tempe, kacang panjang, kentang, suun dan tahu kering (fucok).

Minggu lepas Mak Long berbelanja di supermarket Asda dan ternampak pedal ayam di kaunter halal langsung saje Mak Long minta dalam 1.00 paun sterling. Dapat banyak juga. Kemarin baru Maklong dapat keluarkan dari peti sejukbeku dan masak sambal goreng pedal untuk pertama kali buat Pak Long. Nampaknya Pak Long suka dengan sambal goreng ni walaupun ni kali pertama dia makan pedal. Hmm … ada harapan boleh buat lagi.. ūüôā

Bahan-bahannya

500 gm pedal ayam dibersihkan dan dihiris nipis-nipis

1 biji bawang besar dibelah dua dan dihiris bulat

2 biji bawang putih dicincang halus

setengah inci halis dihiris bagai batang mancis

1 biji kentang dikupas, dibelah empat dan dihiris nipis-nipis

2 biji lada merah dihiris (Mak Long tak letak banyak sebab takut Pak Long tak tahan)

2 biji lada hijau dihiris

sedikit belacan dan asam jawa

2 sudu besar santan

Panaskan dua sudu besar minyak masak. Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, halia, cili dan tumis sehingga layu. Masukkan pedal ayam dan kacau sehingga bertukar warna. Masukkan kentang dan perahan air asam dan belacan. Akhir sekali masukkan santan dan renihkan hingga pedal dan kentang empuk. Hidangkan segera.

 

 dsc00422 

Mak Long hidangkan bersama sawi goreng dan ikan salmon.

Advertisements

8 Comments

Filed under Main Dish, Offal

Hati ayam masak kicap

13112008001

Hati ayam masak kicap ni Mak Long dapat inspirasi dari Myresepi.com dari resepi sumbangan Noreen  cuma Mak Long sesuaikan sedikit dengan bahan-bahan yang ada di dapur Mak Long 

Bahan-bahannya:

400 gm hati ayam (dibersihkan dan dipotong dua)

1 biji bawang besar (dikupas dan di hiris nipis)

2 biji kentang (dikupas dan dipotong baji memanjang)

2 biji lada hijau dihiris nipis

1 sudu teh kunyit serbuk

1 sudu teh serbuk jintan manis

1 sudu teh serbuk ketumbar

1 sudu teh serbuk bawang putih

1 sudu teh serbuk halia

1 sudu teh lada hitam ditumbuk

1 sudu besar kicap pekat

2 sudu besar air

garam secukup rasa

sedikit minyak untuk menggoreng

Untuk hidangan 4 orang

Campurkan serbuk kunyit, jintan manis, ketumbar, bawang putih, halia dan garam dalam satu mangkuk. Lumurkan campuran ini pada hati ayam dan gaulkan rata. perap sebentar 

Pijarkan minyak dan goreng kentang sehingga kuning. Kemudian dengan mengunakan minyak yang sama, goreng hati ayam sehingga masaka tetapi tidak terlalu garing. Tuangkan minyak gorengan ke dalam bekas yang lain dan tinggalkan sebanyak sesudu dalam kuali. Sekarang tumiskan bawang besar, bila dah layu, masukkan lada hijau. Masukkan kentang dan hati ayam. Masukkan lada hitam tumbuk, kicap dan air.

Kacau dan renihkan sehingga pekat sedikit.  Hidangkan segera.

1 Comment

Filed under Main Dish, Offal