Category Archives: Chutney

Acar Buah Epal

Acar buah epal ni Mak Long dah masak beberapa hari lepas untuk makan dengan nasi beriyani yang Mak Long masak tempoh hari tapi baru sekarang dapat rekodkan dalam blog ni. Asalnya Mak Long nak buat acar buah kering tapi buah kering tak ada, yang ada cuma buah epal saja.

Resepi acar buah epal ni Mak Long dapat dari Buku Masakan Complete Indian Cookbook tulisan Mridula Baljekar. Resepi asal menggunakan bramley epal iaitu sejenis epal yang sesuai untuk dimasak. Tapi Mak Long gunakan epal jenis Russet. Epal ini kulitnya perang dan isi berwarna kuning keemasan. Macam biasalah, epal ni Mak Long dapat dari mak mertua Mak Long yang pemurah tu.

Bahannya:

4 biji epal Russet (dikupas, buang biji dan empulur dan dipotong dadu)

secubit halba

1/2 sudu teh serbuk kunyit

1/2 sudu teh serbuk cili

garam secukup rasa

gula melaka

minyak untuk menumis

Hidangan 2 orang

Panaskan minyak dan masukkan halba, kemudian serbuk cili dan serbuk kunyit. Masukkan epal dan kacau rata. Sekarang masukkan garam dan gula melaka. Masak sehingga isi epal lembut dan jus nya mula keluar.

Hidangkan segera.

Leave a comment

Filed under Chutney